tujuh: Mahogany

3 0 0
                                    

'Berhenti.'

Rombongan yang terdiri daripada tujuh anggota itu menghentikan larian mereka. Syamil, dalam bentuk serigalanya memandang sekeliling. Matahari sudah tegak di atas kepala dan keadaan di dalam hutan juga semakin cerah.

'Kita dah ada dekat mana, Beta?' Syamil bertanya kepada Beta yang memandu perjalanan mereka menggunakan telepati.

'Hampir memasuki pinggir hutan Aksa. Lagi tiga jam kita akan keluar dari hutan ini.'

Serigala Syamil memandang ahli rombongan satu-persatu. Wajah masing-masing mula memunjukkan raut lelah.

Syamil mengubah kembali bentuknya kepada manusia.

"Kita berehat di sini."

Satu persatu ahli rombongan mengubah bentuk daripada serigala ke manusia.

"Damia, jangan lupa rawat luka kau." Damia hanya diam mendengar itu. Dia tidak menyangka bahawa pemimpin mereka sedar dengan luka di lengannya yang kembali terbuka disebabkan perjalanan mereka dari pagi tadi lagi.

Akhirnya, rombongan kawanan Lamia itu berehat di kawasan lapang di dalam hutan Aksa di samping mengisi tenaga kembali. Ada juga yang mengambil masa ini untuk mengisi perut.

°

°

°

°

°

Syamil menghentikan larian kaki empatnya. Dia menghela nafas panjang. Akhirnya mereka sampai ke destinasi. Mereka sudah sampai di pintu gerbang memasuki wilayah Mahogany.

Dapat dia lihat ketibaannya mengejutkan pengawal pintu gerbang wilayah Mahogany. Namun mereka tetap menjalankan tugas mereka dengan membenarkan Syamil dan rombongannya masuk diiringi beberapa serigala penjaga Mahogany. Mereka dibawa ke rumah agam milik Alpha pemimpin. Rumah agam yang berfungsi seperti pusat pemerintahan sepertimana di kawanan Lamia.

"Lamia?" Fokus Syamil teralih ke arah seorang Gamma ketika mereka sampai di rumah agam Mahogany.

"Syima..." Gamma yang dipanggil Syima tersebut mengukir senyuman nipis. Dia memberi isyarat untuk pergi kepada pengiring rombongan Syamil tadi.

"Biar aku yang iring korang kepada Alpha."

°

°

°

°

°

Alpha pemimpin Mahogany itu berdecih. Dia sedang duduk di meja kerjanya seperti kebiasaan Alpha pemimpin lainnya; menyemak tumpukan dokumen yang menyebalkan.

"Alpha..." Gamma tadinya memberi peringatan kepada Alpha pemimpin Mahogany tersebut. Sungguh, rombongan Lamia sekarang adalah tetamu, dan tetamu perlu disambut baik. Yah, walaupun kawanan mereka bermusuhan.

"Terus saja." Syamil melempar surat yang dikirim Mahogany tempoh hari ke hadapan Alpha pemimpin Mahogany itu.

"Alpha, saya akan bawa ahli rombongan lain ke penginapan mereka dulu." Gamma Syima bersuara apabila melihat Syamil yang terus sahaja dengan tujuannya ke Mahogany.

Suasana dalam bilik kerja Alpha Mahogany seketika hening dengan pemergian ahli rombongan dari Lamia yang dibawa ke tempat untuk mereka menginap. Syamil mengerutman keningnya apabila dokumen yang sepatutnya ada di tangan Damia diserahkan kepadanya oleh seorang Beta yang juga salah seorang ahli rombongannya.

Perbincangan diteruskan setelah kembalinya Gamma yang terus berdiri di sebelah Alpha.

"Aku tak tahu kenapa kau boleh tuduh kawanan aku menceroboh wilayah kau, Hakim."

Alpha pemimpin Mahogany yang bernama Hakim itu sekali lagi berdecih. Jika tadi Syamil melempar surat kirimannya ke hadapannya, kalini dia melempar sebuah kalung dihadapan Syamil.

Syamil kenal kalung itu. Kalung tanda kawanannya.

"Aku takkan tuduh sembarangan, ketua Rogue."

Ya, ketua Rogue. Itu adalah panggilan Hakim kepada Syamil. Hal itu disebabkan kawanan Lamia yang terdiri dengan Rogue. Kawanan Lamia dianggotai oleh Rogue yang 'dikutip' oleh Syamil.

Itu sebenarnya adalah penghinaan. Walhal Syamil hanya membantu para rogue yang tiada arah tuju, memberi mereka 'rumah' baru.

Syamil menahan sabarnya namun seketika dia tersedar sesuatu.

"Warrior aku jumpa kalung ni dekat pinggir hutan Aksa yang masuk dalam wilayah aku ketika mengejar para penceroboh. Siapa lagi yang memiliki kalung ni kalau bukan kawanan kau ha?"

Syamil mengeluh. "Itu milik Omega aku. Dia sesat dalam hutan Aksa dua hari yang lalu."

"Huh?"

"Tsk." Syamil kesal. "Maaf, tapi nampaknya Omega aku termasuk wilayah kau waktu dia tersesat."

"Sekejap." Syima bersuara membuatkan kedua Alpha pemimpin itu fokus kepadanya. "Penceroboh yang dikejar warrior tempoh hari adalah seorang Alpha."

"Apa?!" Hakim mendengus kasar.

"Penceroboh yang dikejar itu bukan Omega milik Alpha Syamil." putus Syima.

Hakim memejam matanya, kusut dengan masalah yang dibincangkan.

Syamil menyua dokumen yang dipegang sedari tadi. Kalini tiada lagi acara melempar.

"Dalam tu adalah jadual aktiviti kawanan aku dalam tiga hari yang lepas, kalau kau masih tak percaya."

Hakim mengeluh berat. Dia sedar Lamia bukan dalang pencerobohan itu, hanya saja Lamia adalah sasaran utama kerana mereka adalah musuh sejak azali.

"Sudahlah. Bincang esok saja. Kepala aku sakit. Lagipun dah lewat, kau pun datang terus bincang takdanya nak rehat sekejap, cih." Putus Hakim.

Syamil hanya mengangkat bahunya. Kemudian dia menyusul Syima untuk ditunjukkan tempat di mana dia akan bermalam.

Hakim juga bangun untuk menyusul ke biliknya. Kepalanya diurut perlahan. Entah kenapa kepalanya sangat pening harini.

Langkah kakinya terhenti apabila hidungnya menangkap feromon yang pekat memasuki deria baunya. Kalini kepalanya pusing bukan main sehingga dia perlu bertumpu di dinding dengan sebelah tangannya.

Matanya membulat melihat satu sosok yang meringkuk di atas lantai, di lorong menuju biliknya yang menjadi sumber feromon tadi. Tanpa sedar, Hakim menarik sosok tersebut lalu dihentak ke dinding, memaksa sosok itu untuk duduk. Kepalanya pusing bukan main akibat feromon petrichor milik sosok tersebut.

Serigala dalam diri Hakim melolong kuat.

'Mate! Mate!'

Hakim mencengkam kasar pipi sosok itu lalu dipaksa untuk mendongak untuk melihat wajahnya. Jelas kelihatan raut kesakitan daripada wajah itu. Bukan, bukan sakit disebabkan cedera. Tapi disebabkan gejolak panas yang mencengkam seluruh tubuh terutama di bahagian perut.

Hakim menggeram rendah. Anak matanya berubah menjadi merah dan menyinar garang. Dirinya sudah dikawal naluri Alpha.

"Sial!"

Dia sudah tak tahan lagi. Rutnya terpancing oleh feromon sosok itu.

Hakim menggendong sosok yang merintih kesakitan itu masuk ke dalam biliknya lalu pintu ditutup kasar dengan tendangan menghasilkan bunyi dentuman yang kuat sekali.

『••✎••』

Rut: masa mengawan bagi Alpha. Sama seperti heat. Jika heat sebulan sekali, rut pula ada yang tiga bulan sekali, ada yang empat bulan sekali. Heat dan rut juga boleh terpancing jika terangsang dengan feromon yang menyengat.

KawananWhere stories live. Discover now