"Semua dah siap?" Gamma kawanan Lamia itu bertanya kepada ahli yang lain. Seperti yang diperintah oleh Alpha pemimpin mereka tempoh hari, Ismi berserta kumpulan juruteknik Alpha Zain akan menuju ke menara kawalan yang terletak di sebelah Barat rumah agam kawanan Lamia.
"Ada apa-apa yang masih belum lengkap ke?" Kini Luna mereka pula bertanya memastikan rombongan yang diketuai Gamma itu betul-betul sedia untuk berangkat.
Rombongan yang dibawa Gamma Ismi terdiri daripada Alpha Zain, lima orang werewolf yang mahir dalam penyelenggaraan bangunan dan juga dua orang werewolf petarung, masing-masing merupakan Beta dan Zeta juga seorang Omega sebagai pembantu.
"Kejap, mana Imtihan?" seorang he-wolf yang mendengar soalan Ismi itu mendengus apabila dia baru sedar ketiadaan kembarnya itu. Imtihan adalah Omega yang akan bersama mereka sebagai pembantu manakala Imtiyaz sendiri adalah salah seorang juruteknik muda di bawah kumpulan Alpha Zain.
"Ada ni ha." Omega lelaki yang disoalkan tadi datang bersama Firash di belakangnya.
"Jangan cakap yang kau buat bekal makan banyak-banyak lagi Firash?" Jina bersuara melihat kedatangan kedua Omega berbeza jantina tersebut.
Firash tersengih. "Begitulah. Perut perlu diisi tahu?"
Ismi yang melihat Imtihan kesusahan membawa kesemua bekal yang dibuat oleh Firash itu hanya menggelengkan kepalanya. Dia dapat lihat Imtiyaz yang segera membantu kembarnya untuk membawa bekal-bekal makanan itu.
Humaira menarik senyuman nipis. Sekali lagi dia bertanya tentang keadaan rombongan tersebut. Kalini, mereka benar-benar sudah sedia untuk berangkat. Kesemua ahli sudah cukup. Segala keperluan juga sudah dipastikan tidak ada yang tertinggal.
"Jangan lupa kalung kalian." Pesan Luna kawanan Lamia itu disambut dengan senyuman ahli rombongan tersebut. Sungguh, kalung itu sangat berharga bagi ahli kawanan Lamia.
Ismi melihat satu persatu ahli rombongannya. "Alpha Zain, sudah pastikan semua alat yang diperlukan cukup?" Ismi bertanya sekali lagi untuk kepastian yang lebih meyakinkan.
"Cukup." Zain memberikan senyuman. Lengannya diusap olah seorang Beta.
"Hati-hati." pesan Jina.
Zain mengusap kepala pasangannya sambil tersenyum manis lalu mengangguk.
Ismi melihat pasangan itu sekilas lalu menghadap Humaira apabila Zain sudah selesai dengan Jina.
"Luna, kami berangkat." Setelah itu, rombongan yang diketuai Gamma Ismi itu pun berubah menjadi serigala lalu berlari keluar daripada rumah agam tersebut menuju ke arah Barat, di mana terletaknya menara kawalan tersebut.
Perjalanan mereka tidak memakan masa yang lama. Mereka hanya perlu berlari merentas keliling kawasan penempatan yang bernaung dalam wilayah Lamia. Boleh saja mereka memasuki kawasan penempatan warga penduduk hanya saja waktu ini penduduk sudah memulai kegiatan mereka masing-masing jadi kawasan tersebut menjadi sibuk. Jadilah mereka mengambil perjalanan megelilingi kawasan penempatan walau lebih jauh.
Tiga jam rombongan tersebut berlari dalam bentuk serigala, mereka pun sampai ke tujuan.
Namun bukanlah menara kawalan yang masih kukuh berdiri mereka dapatkan, tapi runtuhan menara tersebut.
Menara kawalan di bahagian Barat Lamia rebah menyembah bumi.
"Apa...yang sudah terjadi?" Imtihan menatap runtuhan tersebut bingung. Imtiyaz memaparkan reaksi yang sama dengan kembarnya. Mereka diperintahkan untuk membaiki segala kerosakan yang ada di menara kawalan tersebut. Tidak pula ada laporan mengatakan menara ini roboh.
Zain menapak mendekati runtuhan menara tersebut. Keningnya berkerut setelah melihat kepingan-kepingan sisa runtuhan itu dan Ismi menyedari reaksi Alpha tersebut.
"Ada yang tak kena ke Alpha Zain?"
"Ada yang meruntuhkan menara ini..." Dia menunjuk salah satu kayu yang patah.
"Bekas kapak..." Imtiyaz bergumam ketika melihat kayu yang ditunjuk Zain.
"Benar. Juga..." Hidung Zain bergerak menghidu udara. "Ada feromon asing yang bukan milik mana-mana ahli kawanan Lamia. Feromon yang sudah menipis menunjukkan mereka sudah lama meninggalkan tempat ini."
Ismi memejam matanya. Pening dengan situasi sekarang.
"Jadi maksud Alpha Zain, ada pihak yang merobohkan menara ini dengan sengaja?" Imtihan meyimpulkan keadaan.
"Ya."
"Jadi? Apa yang perlu kita lakukan sekarang?" Kini Zain menatap Ismi yang sedang memegang keningnya, tabiat ketika Gamma tersebut sedang berfikir.
"Bagaimana kalau menara ini dibina semula, adakah peralatan yang dibawa mencukupi?"
Mendengar pertanyaan itu membuatkan Zain berfikir sejenak.
"Cukup."
"Bagaimana dengan sumber bahan pembinaan?"
"Itu... Memandangkan menara dibina dengan kayu, hutan di belakang kita boleh dijadikan sumber."
"Berapa hari diperlukan?"
Kalini Zain agak ragu memberi jawapan.
"Hampir seminggu."
Ismi memejamkan matanya lagi. Kalini lebih lama. Ahli rombongan itu menunggu jawapan Gamma mereka yang satu itu. Suasana menjadi hening sejenak.
"Kita bina semula menara kawalan ni." Putus Gamma Lamia itu.
"Kenal pasti apa yang diperlukan dan juga apa yang perlu dilakukan dalam pembinaan semula ini. Petang ni pembinaan menara kawalan Barat dimulakan."
Maka petang kemudian, ahli pasukan juruteknik Alpha Zain yang asalnya datang untuk memperbaiki kerosakan di menara kawalan itu mendadak menjadi buruh pembinaan.
YOU ARE READING
Kawanan
Werewolf[ON HOLD] Pembuangan dirinya daripada kawanan asal hanyalah satu permulaan. Kerana itu dia bangkit walau harus menjadi satu kelainan. Started : 15092021 Ended : -