Chapter 1

51 8 8
                                    

Jam di tangan dilihat. Sudah menunjukkan 6.45 petang. Tapi bas yang ditunggu masih tidak menampakkan bayang. Lagi 15 minit nak pukul 7, Cocon dan Merus tak diberi makan lagi. Mujur saja solat Asar sudah ditunaikan di surau berdekatan.

Growl~

Adumak...Perut aku pon tak diisi lagi. Perutku diusap. Bertahan la perut. Kejap lagi bas sampai la tu.

"Nah," tiba-tiba saja sebungkus roti berada di hadapan mata. Aku melihat wajah gerangan yang menyuakan bungkusan tersebut. Lelaki. Bila pula dia berada di sini. Liurku ditelan.

"Ambil jelah. Ini roti dari bakeri saya. Dijamin sedap. Alang-alang ni saya promote sekali," katanya. Ohh..Pembuat roti rupanya. Patut la tiba-tiba je muncul. Mungkin baru balik dari bakerinya.

Bungkusan roti yang kini sudah berada di tanganku hanya dipandang kosong. Aku memandang ke arah pemilik bakeri tadi semula. Hanya berpakaian biasa dan berseluar slack. Telinga disumbatkan dengan earphone yang bersambung dengan telefon pintarnya. Tak rupa macam baker pon.

Dia yang mungkin perasan aku masih memerhatikannya mula menoleh ke arahku. Earphonenya ditarik keluar dari telinga lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Kenapa? Tak sedap ke?" Pertanyaannya membuatkanku tersentak. Bungkusan di tangan aku pandang. Tak buka lagi macam mana nak tahu sedap ke tak? Orang itu yang perasan akan bungkusan roti di tanganku masih tidak terusik mula ketawa kecil.

"Makanlah. Saya tau awak mesti lapar. Tunggu bas dari pukul 5 lagi kan?" Sekali lagi aku tersentak.

Macam mana dia tau? Dia stalk aku ke? Dari tadi ke dia perhatikan aku? Ini. Sangat. Bahaya. Manalah pergi bas ni? Pakcik driver ni singgah mamak dulu ke apa? Mana pula perginya nenek yang membaca surat khabar di sebelah aku tadi? Kenapa tinggalkan aku berdua dengan lelaki ni? Aku mula gelisah. Dah tak senang duduk.

"Err..awak ni jangan la fikir bukan-bukan. Tadi ada pekerja saya yang nampak awak dari tadi tercongok dekat sini. Dia bagitahu saya. Awak janganlah takut. Saya takkan buat apa-apa," kata-katanya sedikit membuatku lega. Sikit jelah... Nampak sangat ke kegelisahan aku tadi?

Bungkusan di tangan mula dikoyak. Aroma roti itu sangat kuat memikat selera makanku. Bau butter yang seperti baru dicairkan menusuk masuk ke rongga hidungku. Sehingga sekali lagi membuatkan perutku berbunyi.

Wajahku kini berbahang apabila figura di sebelahku mula ketawa kecil. Tak boleh ke dia senyap aje? Pura-pura tak dengar ke, janganlah gelakkan aku. Bertambah malu aku dibuatnya.

Roti itu aku gigit sedikit ala-ala perempuan melayu terakhir. Bukan nak control ayu, tapi aku sekarang ni sumpah malu. Lagi-lagi apabila aku terlihat senyuman kecilnya ketika aku mula menyuap roti ini.

Tiba-tiba kunyahanku terhenti. Terpempam. Terkaku. Terkaget. Dan pelbagai reaksi ter lagi.

"Wau!" Tanpa sedar ucapan itu terpacul keluar dari mulutku. Orang sebelah ketawa kecil lagi.

"Sedap kan? Ini menu terbaru di bakeri. Belum dikeluarkan lagi. Saja nak bagi awak cuba," katanya.

Aww~ Terharunya aku. Adakah aku orang pertama yang merasa menu barunya ini? Tak mungkinlah.

Tapi roti ni, serius sedap. Krim yang terisi di dalamnya memang cukup cair. Seperti baru dicairkan. Butter yang menyalut roti ini memang cukup rasa. Tak lebih dan tak kurang. Bentuk roti ini pun agak unik bagi aku.

Kalau tak mengenangkan maluku nanti akan berganda, memang aku melahap je depan dia ni. Aku tengah lapar sangat ni. Dari tengah hari aku tak makan. Sarapan pagi tadi pun hanya makan biskut kering dan secawan teh O aje.

B A K E RWhere stories live. Discover now