Chapter 2

34 8 1
                                    

Sejak hari itu, kami sering bertemu di bus stop setiap kali aku menunggu bas ketika pulang waktu kerja.

Kadang kala aku merasa cepatlah waktu kerja habis supaya aku dapat bertemu dengannya. Tapi aku tahu, dia juga mesti sibuk dengan perniagaannya.

Baru aku terfikir, tidak pernah sekalipun aku pergi ke bakerinya. Sebab dia selalu membawa menu barunya ke sini dan menyuruhku untuk mencuba.

Bukan setakat aku, bahkan orang lain yang turut berada di situ disuruhnya mencuba. Pernah beberapa kali aku ingin memberi bayaran, tapi dia tetap menolaknya dengan cara yang sama.

"Menu baru. Tak perlu bayaran," itu katanya. Takkanlah hari-hari ada menu baru? Dia kan meniaga. Mana nak dapat untungnya kalau setiap hari begini?

"Bahan jualan di kedai. Bukan di sini," itu yang dibalas ketika aku mempersoalkannya.

Jadi aku hanya membiarkan. Seronok apa makan percuma. Hihi. Siapa je yang tak suka kan? Lagipun aku dapat bertemunya selalu.

Sering kali aku berfikir, jika satu hari nanti Iki sudah tidak datang ke sini dan kami akan tidak bertemu. Lagi. Apakah perasaanku ketika itu? Geram? Sedih? Rin...Rindu?! Eh, mengarut!

Tapi itulah yang aku rasakan sekarang.

Masuk hari ini, genap sudah 2 bulan perpisahan kami yang ku sendiri tidak jangka. Tanpa khabar berita. Tanpa kata-kata terakhir. Dia meninggalkanku seorang diri dalam keadaan tertanya-tanya.

Ke mana ye dia pergi? Bercuti? Berpindah? Atau urusan perniagaan? Atau mungkin dia ada masalah? Dan banyak lagi persoalan yang berlegar-legar di sel-sel otakku.

Pernah la juga aku menjejakkan kaki ke bakerinya. Tapi hasilnya...Kosong. Ye kedai roti itu sudah kosong tidak berpenghuni. Juga terdapat satu kertas yang bertulis 'For Rent or Sell' di pintu kedai tersebut. Menambahkan lagi pelbagai soalan di kepalaku.

Sedih. Kecewa. Macam-macam rasa yang muncul. Kenapa dia tidak memberitahuku jikalau dia berpindah? Kenapa dia tidak mahu berkongsi masalah jikalau dia punya?

Kenapa... Adakah dia sengaja tidak mahu memberitahuku? Dia tidak terfikir ke yang aku ini memikirkannya? Aku sudah menganggapnya sebagai kawan aku sendiri.

Aku. Ya mungkin hanya aku yang beranggapan sebegitu. Dan dia cuma menganggap aku sebagai orang yang sering berjumpa di bus stop?

Friendzone. Wah... Amat sakit ye friendzone yang sebenar-benar friend ini.

Rindu... Aku rindu ingin bergelak ketawa dengannya. Saling bertukar cerita tentang hal kerja. Saling mengeluh dan memberi kata-kata semangat. Kadangkala bertengkar hanya kerana harga roti yang tidak ingin diterimanya.

Aku rindukan semuanya. Walaupun kami baru berkenalan dalam beberapa bulan.

Aku mengeluh. Tidak perlulah aku memikirkannya lagi. Buat serabut kepala je. Dia bukannya fikirkan aku pon. Yelah... Siapalah aku ni padanya kan?

Sedarkan dirimu Rozita!


---

Alhamdulillah siap chapter 2><

Tq sudi bace🥺

B A K E RWhere stories live. Discover now