Chapter 10

12 2 0
                                    


"Assalamualaikum," aku melangkah masuk ke dalam rumah dengan lemah.

Malunya aku satu hari ni. Rupanya semalam aku salah faham tentang mereka. Tak patut betul!

"Ya Ita. Danasya ni adik ipar saya. Dia kahwin dengan adik saya, Qayyum. Qayyum! Sini kejap," dia melaung memanggil seseorang. Tak lama kemudian, datang seorang lelaki yang turut berpakaian serba putih dengan apron marron di badannya.

"Awat?"

"Ni Qayyum. Suami I. Adik kepada Abang Riz. Kerja dia duduk kat dapur je buat air," Dana menggapai lengan Qayyum lalu dipeluknya. Ohh patutlah aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni.

"Ini siapa? Bakal kakak ipar ke?" Qayyum memandang Dana.

"Nampak gayanya."

"Wau Riz! Dalam diam rupanya. Patutlah bila mama nak carikan calon kau tolak siap-siap," Qayyum tersenyum menyakat.

"Diamlah. Dah korang berdua pergi sambung buat kerja," dia mengarah. Mereka berdua pula lekas-lekas bangkit kembali ke dapur.

"Awak jelas sekarang Ita?" Dia senyum kepadaku.

Aku menghentak kaki sendiri. Kedua tangan digunakan untuk menutup wajahku yang sudah merah menahan malu.

Kenapalah aku tak tanya awal-awal? Sampai ke sudah aku malu dengan pemikiran sendiri. Tulah, lain kali fikir positif sikit. Kan dah malu macam ni.

"Yang kau ni dah kenapa? Terhentak-hentak. Yang tutup muka tu kenapa? Macam kena sampuk je aku tengok kau ni," satu suara menegur. Mematikan semua yang ada dalam isi fikiranku. Aku cepat-cepat cover dengan buat muka tidak tahu.

"Angah ni, tak baik tau cakap macam tu!" Aku memarahinya. Dia nak aku kena sampuk betul-betul ke apa? Dia sekadar membalas dengan mengangkat sebelah bahu.

"Macam mana dating hari ni? Kau tak bagitau pun kau dah ada boyfriend eh. Kalau dia tak call aku mintak izin nak pinjam kau, sampai ke sudah aku tak tau siapa yang buat kau gila bayang selama ni," bicara Angah itu sedikit sebanyak membuatkan wajahku kembali memerah.

"Dia bukan boyfriend Rozi lah!" Aku menafikannya. Suka hati je claim macam tu.

"Apa-apa jelah. So, apa jadi? Taknak share dengan aku?" Dia menggamitku duduk di sebelahnya. Angah sedang menonton televisyen. Kuaci di hadapannya disuakan ke arahku.

"Share apanya? Takde apa yang best pun. Memalukan aje." Wajahku kembali memerah apabila mengingat kembali peristiwa tadi. Aduhh memang memalukan! Memang tak tidurlah aku malam ni kalau asyik teringatkan benda ni.

Tidak mendengarkan respon daripada Angah, aku lantas memandangnya. Pandangannya sedang merenung televisyen. Tapi aku dapat agak, fikirannya menerawang ke arah lain.

"Angah?" Aku melambai tanganku dihadapan wajahnya. Nampak dia sedikit tersentak dengan teguranku.

"Angah okey tak?" Soalku agak pelik. Tak pernah nampak Angah termenung macam ni. Ada apa-apa yang menganggu fikiran dia ke?

Aku nampak dia agak mengelamun sebentar sebelum kembali memandangku.

"Adik..." Ha sudah. Ini dah makin pelik ni.

"Aku rindu dia," kata-kata Angah itu membuatkan hati aku menjadi sayu. Sampai aku pun terbawa emosi dengan kata-katanya tadi.

"Kau nak ziarah dia ke?" Aku soal. Nampak dirinya menggelengkan kepala.

"Tak nak. Aku... aku tak cukup kuat lagi," perlahan saja suaranya. Menambahkan lagi kesayuan di hatiku.

Aku sekadar mendiamkan diri. Membiarkan Angah menenangkan dirinya sendiri.

Dah dua tahun perkara itu berlalu. Tapi kesannya masih terbawa sampai ke hari ini. Kerana itu sampai sekarang Angah masih tidak membukakan hatinya kepada sesiapa.

"Adik..." Angah memanggil lagi. Aku sekadar memandang wajahnya.

"Aku nak peluk kau boleh? Aku dah lama tak peluk orang," permintaannya kembali membuatkan aku berkerut dahi.

"Kau dah kenapa? Gelilah! Pergilah peluk Kak Sue sana. Dia kakak kau kan."

"Kakak aku kakak kau jugak. Malulah aku nak cakap kat dia. Nanti dia mengata aku. Kau adik aku takpe. Senang dibuli," kata Angah. Pernyataannya itu sedikit membuatkan aku mencebik.

"Yelah... cepat, lima saat je." Aku membukakan tanganku untuknya. Laju saja aku dah terperangkap dalam pelukan Angah. Hati aku agak sedikit sayu dengan keadaan ini.

Sejujurnya, aku pun rindu nak dapat perhatian begini. 

Mak dan ayah dah lama pergi meninggalkan kami tiga beradik sejak aku sekolah menengah lagi. Waktu itu, Kak Sue dan Angah bekerja keras untuk menyara kami bertiga. Aku pula, disuruh belajar bersungguh-sungguh. Walaupun sering bercakaran, tapi itulah cara kami berkasih sayang sebenarnya. Setiap malam aku menangisi nasib hidup, setiap kali itu jugalah ada Kak Sue yang menenangkan aku dan Angah yang memberi semangat agar kami kekal ceria.

Walaupun ada kalanya Angah annoying dan Kak Sue pula terlebih tegas, aku bersyukur dan bahagia kami kekal bersama sehingga sekarang.

Dalam sayunya perasaan kami, aku dapat tangkap bunyi hingus yang disedut. Aku menarik sengih walau mataku turut berkolam.

"Kau menangis ke Ngah? Patutlah takde siapa nak dekat kau ni." Aku berkata sekadar menceriakan suasana. Kedengaran Angah ketawa kecil.

"Kau semenjak dah ada boyfriend ni, makin menjadi kau ye." Balas Angah.

"Dia bukan boyfriend orang lah."

"Yelah bukan boyfriend. Lepas ni jadi bakal suami terus."

"Angah ni!"

"Sampainya hati korang kan."

Suara Kak Sue itu membuatkan kami serentak mengangkat kepala. Alamak, bakal mak orang ni dah datang. Bila nampak Kak Sue dah mula tekup muka, kami sama-sama bangkit lalu mendapatkannya.

"Sampai hati korang berkasih sayang tak ajak aku. Patutlah aku rasa rumah ni tiba-tiba jadi sayu. Ada orang buat jejak kasih rupanya." Dalam pada mengalirkan air mata, Kak Sue berkata-kata. Membuatkan aku dan Angah ketawa bersama.

"Kau ni kak, tak payahlah menangis. Orang kata kalau orang mengandung ni menangis, nanti baby yang keluar tu pun ikut menangis je. Aku tak nak hadap suara tangisan baby sepanjang masa nanti," kata Angah. Kak Sue terus menepuk bahunya kuat.

"Ye ye je kau ni. Eleh, tadi kau pun menangis jugak. Tak payah nak kata aku," Kak Sue membalas. Lantas dia membuka tangannya lalu menarik kami berdua ke dalam pelukan.

"Aku rindu laki aku. Entah bilalah dia nak balik."

"Itulah kau. Siapa suruh kahwin dengan tentera? Hadaplah kau kena tinggal selalu."

"Dia tinggal aku untuk jaga negara. Tak macam kau. Asyik duduk rumah je."

"Eleh, aku duduk rumah nak jaga korang jugak. Kalau tak, siapalah nak hadap orang mengandung yang selalu mengidam ni?"

Aku ketawa kecil. Tengoklah, dalam pada Angah malu nak minta pelukan Kak Sue, dia jugalah yang menjadikan hubungan kami bertambah erat.

"Aku sayang korang tau. Jadi jangan selalu menyusahkan aku sampai aku rasa nak buang korang."

"Ai kak, kasarnya bergurau. Aku harap baby dalam perut tu tak ikut perangai  macam maknya nanti."

"Kau boleh tak jangan selalu kaitkan anak aku?"

"Yelah kak, tak sabar nak tunggu baby keluar. Bestnya dapat main dengan baby!" Aku mengusap perut Kak Sue yang semakim membesar.

"Haah. Kau jugaklah nanti yang jadi kuli jaga anak dia ye. Aku tolong tengok je."

"Eleh, kita tengok nanti siapa yang akan jadi kuli."

"Dah dah, takde siapa akan jadi kuli. Korang berdua adik aku. Takkanlah aku nak kulikan korang?"

Tuhan, kekalkanlah kebahagiaan ini.

---

Hai! Happy new year i guess? Hope this year more better than before.

Dah 2023, cerita ni tak habis lagi🗿

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

B A K E RWhere stories live. Discover now