"Alah... Naik motor ni ke? Naik skuter adik jelah senang," aku mula protes bila nampak Angah dengan selamba badak sumbunya baring di atas motornya yang bapak gajah besar namati.
"Habis kau ingat aku ada kereta ke? Taknak aku naik skuter kau tu. Tayar dah la keding macam takde isi. Aku ni dah la sado. Mahunya baru sekerat jalan dah semput skuter kau tu. Lagipun nampak macam pondan lah kalau aku yang sado ni naik skuter macam tu. Jatuhlah maruah aku sebaga-"
"Sado apa kau Ngah? Cakap jelah kau ni gemuk. Ish, nak hina skuter orang pulak! Cepat lah jom. Membebel je dari tadi," pantas ku potong kata-kata Angah yang dah serupa keldai Shrek cari biskut. Angah ni memang, kalau membebel kalah perempuan.
"Gemuk kau panggil aku dik? Kau tengok aku buat apa. Dah cepat la naik," Angah mencampakkan sebuah helmet ke arahku. Cekap aku menangkapnya.
Setelah menyarungkan helmet, aku mula terkial-kial memanjat motornya yang bapak gajah besar namati. Angah ni sengaja tau menyusahkan aku.
"Jangan merempit woi!" Sempat kami menangkap suara Kak Sue berpesan. Angah pula membalas dengan membunyikan hon motor yang panjang. Tengok lah tu nak attention. Terus aku pukul bahunya kuat.
DI kawasan perumahan ini Angah hanya membawa dalam kadar sederhana laju. Aku haraplah kekal begini sampai ke pekan. Sampailah di simpang jalan besar...
"Peluk aku kuat-kuat dik," tiba-tiba Angah bersuara disebalik helmet fullface yang dipakainya.
"Ha? Kenap-ARGHHH WOI!!" Mau terpelanting aku dibuatnya ketika Angah memecutkan motornya yang bapak gajah besar namati ni dengan kadar yang sangat laju. Terus aku peluk pinggangnya erat.
Nak je aku cubit perut berlemaknya itu. Tapi tulah, Angah pakai jaket pulak. Acah cool kononnya kan.
Skrett...
Angah mula memperlahankan motornya yang bapak gajah besar namati apabila ingin membelok ke kawasan pekan.
Aku pula membetulkan kedudukan aku yang agak terkedepan dan terlalu rapat dengan Angah. Helmet pun aku betulkan sikit. Menyampah betullah dengan Angah ni.
"Dah jom turun. Ke nak Angah dukung? Takut la ada yang pening-pening lalat ke tadi," Angah gelak besar melihat mukaku yang serupa lembu korban nak serang tukang sembelih. Aku dah agak dia sengaja kenakan aku!
Sekali lagi aku terkial-kial ketika turun dari motornya yang bapak gajah besar namati ni.
"Kau pergi belikan pesan Kak Sue dulu ye. Angah nak ke kedai buku," kata Angah.
"Alah tapi Rozi nak pergi DIY," balasku pula.
"Pergi lah lepas beli tart tu. Takut kedai tu tutup," aku hanya mengangguk dengan kenyataan Angah.
"Duit?"
"Kau orang ni sama je kan? Suka main order tapi duit tak dikirim. Apa kau ingat Angah ni bank bergerak kau orang ke apa? Nah la ambil, baki pulang balik," Angah terus berlalu pergi selepas memberikanku sekeping not 50 ringgit.
Aku pula tersengih sendiri. Memang tak la nak pulang balik. Hoho.
---
Huhuu masih ade ye yang membaca?
Terima kasih ye T^TKalau korang rase cerita ni memuaskan tekan la butang bintang tu><
YOU ARE READING
B A K E R
Short Story[ O N G O I N G] Pertemuan diantara gadis pejabat dan seorang pembuat roti di sebuah perhentian bas. " Ambil jelah. Ini roti dari bakeri saya. Dijamin sedap. Alang-alang ni saya promote sekali"- Rizky " Terima kasih err...cef?"- Rozita " Awak bole...