Chapter 5

34 8 6
                                    

Ting tong...

Masuk-masuk je dalam Rizky's Bake ni, terus menusuk bau haruman pelbagai jenis pasteri yang dibakar. Cantik betul dekorasi kedai ni.

"Welcome to Rizky's Bake. Pay with money and you'll take some, honey!" Dengar suara riang yang aku agak kenali.

Bukan main ye trademarknya.

"Dana? Sejak bila you kerja sini?" Aku menyoal gadis periang itu apabila menyedari dia ialah kenalanku. Danasya, teman sekolejku ketika dulu. Aku nampak dia agak terkejut sebelum kembali tersenyum manis.

"Eh, Rozi! Lama gila tak jumpa you. Oh ye. I kerja dengan family laki I. Kedai ni pun baru berapa minggu buka sebab tu you... tak tau...kot? Hehe," Dana membalas dengan sengihan nampak gigi.

"You dah kahwin?!" Aku agak terkejut. Gadis periang yang dulunya playgirl, sudah berkahwin terlebih dahulu sebelum aku? Pulak tu, tak diajaknya aku. Ceis! Dana sengih tak bersalah.

"Panjang ceritanya," balasnya.

"Pendekkan,"

Dana menarik nafas dahulu sebelum memandangku.

"Ya."

Mendengarkan satu perkataan yang terdiri daripada dua huruf itu sahaja, aku dah mula terkinja-kinja. Tangannya aku genggam erat.

"Sejak bila? Berani you tak ajak I kan? Siapa suami you tu? Apa nama dia? Hensem tak? Orang mana?" Bertubi-tubi aku menyoalnya. Badannya aku goyang-goyangkan. Sehingga membuatkan bola matanya berpusing-pusing.

"Relaks Rozi. Nanti I cerita. You masuklah dulu. Hari ni kedai kami ada buat promotion. Untung you hari ni. Roti kedai kami sedap-sedap tau. You kena beli banyak-banyak," katanya dengan nada ceria. Aku tersenyum lebar melihatnya. Banyak dugaan gadis ni dulu. Aku harap sangat dia dah jumpa kebahagiaan dia yang sebenar.

"Dah ada isi ke?" Aku senyum nakal sambil mengusap perutnya yang agak kempis. Dapatku lihat wajahnya yang mula memerah bak delima.

"Eh, cepat-cepat la you masuk. I kena jaga pintu ni. Nanti kita borak lagi ye?" Kelihatan yang Dana agak gelabah. Pantas dia menolak aku masuk ke dalam kedai tersebut. Aku hanya ketawa melihat dia yang cuba menyembunyikan malunya.

Aku meneliti keseluruhan bakeri ini yang aku agak berkonsepkan tema orang Italy. Siap disediakan meja untuk orang menikmati makanan di dalam ni. Dekat hujung sana pula aku nampak ada satu sangkar yang menempatkan beberapa ekor arnab.

Comelnya!!! Geram aku tengok arnab yang gemuk tu.

Oke Rozi. Kembali ke misi anda mencari blueberry tart untuk Kak Sue.

Aku beralih pula ke bahagian depan kaunter pembayaran yang menempatkan pelbagai jenis pasteri. Kecur liur aku dibuatnya. Kalau macam ni la gayanya, memang habis duit yang Angah kasi tadi. Atau mungkin tak cukup? Takpe. Lain kali aku datang sini lagi memang aku paw Angah habis-habisan. Lepas tu aku minta pula dekat Kak Sue. Muahahaha untung betul jadi bongsu ni. Aku menganguk-angguk kepala sambil tersengih sendiri.

"Err...hello, excuse me? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Tersentak aku dengan teguran itu. Cepat-cepat aku kawal ekspresi wajahku.

"Emm..saya nak blueberry tart 20, lepas tu yang ni saya nak 10 tapi erm macam banyak je. Nanti tak habis pula. Kalau macam tu saya nak yang ni 15 yang ni pula 10 lepas tu yang ni 7. Iyy banyak pula yang sedap ni. Yang ni pun aku nak juga hurmmm..." aku menggosok daguku. Berfikir-fikir untuk membuat pilihan yang tepat. Kalau salah pilih nanti sampai ke tidur asyik terbayang-bayang.

"Ahaa!!" Tanpa sedar suaraku menjadi kuat membuatkan perhatian orang lain beralih kepadaku. Tapi aku hanya membuat tidak tahu. Orang depan aku ni pon agak tersentak bila aku tiba-tiba menjerit.

"Apa kata awak pilihkan untuk saya. Mana yang paling sedap? Senang sikit saya nak memilih," pintaku.

"Kalau macam tu boleh saya tau apa yang awak suka? Maksud saya macam kekacang, berry, cream, chocolate, fruit or anything else?"

"Saya suka semua la haduh macam mana ni? Takpe lah awak bungkus dulu 20 blueberry tart tu sementara saya berfikir. Okey?" Cadangku. Yang aneh-aneh jelah aku ni. Dia tertawa kecil sebelum mengangguk perlahan. Kemudian dia berlalu pergi. Mungkin mahu menyiapkan pesanan blueberry tart itu.

Aku kembali meneliti setiap jenis makanan yang ada. Eclair ni nampak sedap lahhh. Bavarois, Ardèchois, Cannoli, Chiacchiere, ehh yang idak-idak jelah namanya. Apa punya bahasalah ni? Tapi semua nampak menggiurkan. Nak meleleh air liur aku.

"Cincin taknak adik manis?"

----

Mueheheh maafkan daku karna sudah lama menghilang... siyya saybok lah uolls. Kepada yang still menunggu ( ceit macam lah ade) mintak maaf sangat-sangat🙏 Nah seketul bicara❤ stay tune next chapter ^^

B A K E RWhere stories live. Discover now