Chapter 6

25 8 4
                                    

Lapar ah tengok roti tuh🤤
Happy reading🐊❤

Aku terkaku. Bukan kerana pertanyaannya. Tapi...suara itu. Suara yang aku rindukan. Suara yang membuatkan aku terfikir-fikirkan keadaannya.

Yerk geli pulak buat ayat camni.

Aku mengangkat kepala perlahan-lahan. Nampak dia dengan apron pink nya sedang tersenyum manis ke arahku.

Senyuman itu. Senyuman yang aku rindukan juga.

Aku geleng kepala laju. Stop berangan Rozi. Mesti dia tak ingat aku.

Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Patut ke aku buat drama berlari keluar dari bakeri ini? Lepas tu dia pun menjerit memanggil namaku sambil mengejarku?

Oh tidak, itu bukan aku. Buatnya dia tak kejar buat malu lima keturunan aje.

Aku senyum nipis lalu mengabaikannya.

"Eh dia palau kita pulak. Saya tanya ni, awak taknak cincin ke?" Dia bertanya lagi. Membuatkan aku berkerut pelik.

"Cincin apa yang awak maksudkan ni?"

"Bersuara pun. Ingatkan bisu tadi," aku menjelingnya geram. Gurau kasar nampak!

"Banyak lah Abang Riz punya cincin. Penyepak nak penyepak?" Dana menyampuk menyelamatkan keadaan kami. Fuhhh...

Eh sekejap.

"Abang?" Aku memandang mereka berdua silih berganti. Lama punya lama tenung sampai nak tembus sampai ke pluto baru aku dapat tangkap.

"Ohh macam tu rupanya. Kau orang berdua ni tak patut betul kan? Patut la lama tak tau khabar. Tup-tup rupanya dah bersatu dah dua kawan aku ni. Bukannya nak bagitau. Dana, I taktau pulak you kenal dengan pembuat roti ni. Bila kau orang kahwin?"

"Errr..."

"Cik, ni pesanan blueberry tart tadi. Cik dah decide nak tambah apa-apa lagi?" Gadis tadi kembali bersama sekotak yang aku agak dalamnya terdapat blueberry tart yang Kak Sue idamkan.

"Terima kasih. Ini duitnya. Takpe lah tak jadi saya nak tambah," aku membuat proses pembayaran dengan duit yang Angah kasi. Sambil-sambil tu aku bertukar nombor dengan Dana. Tak boleh jadi, banyak benda aku nak gosip balik dengan dia ni.

"Ada masa datang la lagi. Teman I kat sini. Kut-kut you rasa nak gemukkan badan ke datang je eh. Hujung minggu ni you tak buat apa-apa kan? Kita gosip kat sini jelah. Kalau dalam phone tak syok sangat," kata Dana sewaktu aku berura-ura ingin meninggalkan bakery itu.

"Ha yelah-yelah. Ada-ada jelah you ni. Kalau ada masa ke nanti I cuba datang, okey?" Hailah Dana ni. Mesti dia rindu habis ni. Yelah kitorang memang terputus habis nak berhubung bila dia tiba-tiba menamatkan zaman kolejnya tanpa sempat kami bersua muka untuk kali yang terakhir. Alhamdulillah, ada rezeki lagi dapat berjumpa.

Dia mengangguk kepala dengan muka yang tersebik gedik.

"Kedai ni memang selalu terbuka untuk pelanggan yang manis macam awak. Silalah datang lagi ye," si dia pula bersuara. Ayat terakhirnya kedengaran seperti dia berkata kepadaku 'awak kena datang juga walaupun terpaksa!'

Eh apa-apa jelah yang otak aku ni fikir.

Dana terus memukul bahunya kerana berkata sedemikian kepadaku.

Keluar saja dari bakery tersebut aku terus kembali ke arah motor bapak gajah besar namati milik Angah. Kelihatan dia sudah terpacak di situ sambil cuba melindungi diri daripada dipukul dengan beg tangan oleh seorang gadis yang tidak aku kenali. Ni mesti kes mengorat tak toleh kiri kanan ni.

Ya Allah...rasa macam taknak datang dekat. Taknak aku mengaku adik dia.

"Ngah!" Aku menegurnya bila melihat si gadis kelihatan tidak rasa ingin berhenti memukul.

"Ni abang awak ke? Bawak dia pergi jauh-jauh. Dah la membuat percubaan mencuri. Jangan sampai saya call polis. Dia cuba nak raba saya awak tau tak?!" Tempikan si gadis itu membuatkan aku garu kepala. Aduh..nasiblah tak ramai orang kat sini.

"Eh, tolong sikit ye. Jangan nak berdrama sangat. Aku dah nak tolong, aku jugak yang difitnah. Kena pukul pulak tu. Ingat tak sakit ke ha? Meh aku try pukul kau pulak," Angah dah berura-ura nak menyilangkan lengan bajunya sebelum aku menghalangnya. Karang tak pasal-pasal jadi kes lain pulak.

Angah ni bukan jenis toleh kiri kanan. Dengan perempuan pun nak gaduh hailah... Kau tak nampak lagi dia bergaduh dengan budak-budak. Memang waktu tu aku tak mengaku dah dia abang aku.

"Dahla Ngah. Mengalah jelah kau ni pun," aku cuba memujuknya untuk tidak melakukan pergaduhan.

"Ha kau ni pulak cepatnya datang balik? Dah singgah belum DIY tu? Karang tutup kau jugak yang meroyan,"pertanyaan Angah membuatkan aku bertambah pusing. Aduh Angah ni, aku nak cepat balik lah.

"Adik nak balik. Nah duit baki," aku menghulurkan lebihan duit tadi. Dia mengambilnya dengan pandangan tidak percaya.

"Dik, kau ni biar betul? Kau okey ke tak ni?" Soalan dia tidak aku balas. Sebaliknya aku memandang ke arah lain.

"Okey jom balik," Angah dah mula menyarungkan helmet ke kepalanya. Helmet milikku turut disarungkan tanpa aku pinta.

"Eh, kita tak habis lagi tau!" Si gadis bersuara apabila seketika sudah diabaikan.

"Ko saba jap. Kau ambik nombor ni, kau tak puas hati apa-apa nak aku ganti rugi ke tolak tepi dulu. Esok-esok kita bincang. Janji kau tak bawak benda ni sampai ke balai. Aku takde niat nak buat apa-apa pun ye," motornya yang bapak gajah besar namati distart.

Kali ini mudah saja aku memanjat motor yang bapak gajah besar namati itu. Entah la mungkin kaki aku tiba-tiba memanjang?

Sebelum sempat Angah menunggang, aku sudah memeluknya dulu. Apabila motor sudah bergerak, perlahan-lahan air mataku gugur. Walaupun tidak teresak-esak, genggaman aku di jaket Angah dieratkan. Air mata itu berlalu pergi dibawa angin. Bersama rasa yang tertekan di hati.

Sampai sahaja di rumah aku terus turun dari motor bapak gajah besar namati itu tanpa bersuara. Helmet aku sendiri Angah yang bukakan. Masuk ke dalam rumah aku terus meletakkan pesanan Kak Sue ke atas meja. Teguran Kak Sue juga aku hanya membalas dengan anggukan.

"Kenapa dengan Rozi?" Aku dengar Kak Sue bertanya kepada Angah sebelun aku menghilangkan diri ke dalam bilik. Aku taktau apa yang Angah jawab. Mungkin dia hanya mengangkat bahu.

Sekali lagi tanpa menanggalkan tudung dan stoking, aku menyembamkan mukaku ke atas bantal yang sering aku melepaskan perasaan. Aku tak tau kenapa dan aku tak suka bila aku rasa macam ni. Entah lah mungkin faktor bulan mengambang? Emosi pon tak stabil sangat.

Beria je kau ni Rozi. Mengalahkan Kak Sue yang mengidam pulak.

---

Alhamdulillah cukup banyak la tu kan😅maap ye block lama sangat pastu mood tadak nasib la semalam dapat inspirasi siket.

Maaf sebab tak cukup perencah hebat-hebat rasa maggi cukup rasa. Ayat pun dah tunggang-langgang ×-×

Kalau nak lagi komen saya comel. Sekian.





















Ndak laa gurau saja ma...
Dah,nunite.

B A K E RWhere stories live. Discover now