BKM 5

11.6K 500 19
                                    

AYDEN melangkah turun ke tingkat bawah dengan berpakaian singlet hitam beserta seluar tracksuit.

Tuala kecil yang tergantung ditengkuknya ditarik.Peluh yang berada di serata wajah dan badan dilapnya.

Kaki dibawa langkah menuju ke ruang tamu.Rakan-rakannya yang sedang bermain game dihampiri.

Punggungnya terus dihenyak disofa empuk yang berada disebelah rakannya.

Badan disandar.Anak matanya tunak memandang ketangkasan rakannya dalam bermain game.

"Eh Ayden.Rayyan dengan Afiq mana?"soal Zyan.Matanya hanya difokuskan pada kaca tv.

"Gym."jawab Ayden sepatah.

"Aik.Tak habis lagi ke?"

Ayden hanya menggeleng sebagai jawapan.

"Dahlah kau.Chaw."ujar Ayden lalu terus berdiri.Baru beberapa tapak dia berjalan kehadapan, soalan yang dilontarkan Zyan padanya membuatkan dia berhenti seketika.

"Mana?"

"Mandi.Asal nak ikut?"sinis dia menyoal.

Zyan terngadah.
"What the...fuck?!"terjatuh kontroler PS4 yang berada ditangan.

Ayden hanya tersengih sinis.

"Pergi siap sekarang.Kita pergi sarapan."arah Ayden.Setelah itu dia terus berlalu meninggalkan Zyan yang masih terpinga-pinga.

"Eh mana Cikmah?!"jerit Zyan kuat.Berharap Ayden mendengar soalan yang disoalnya tadi.

Harapannya hanya sia-sia apabila hanya bunyi cengkerik yang kedengaran.Dia berpusing semula kehadapan menghadap kaca tv yang sudah bertulis loser.

"CikMah cuti."

Eh?Zyan berpusing semula kebelakang.

Oh Afiq.

"Cuti?Cuti apa?Asal aku taktau."

"Cikmah inform Ayden je.Semalam kan kita tak balik.Kita stay markas.Memang la kita taktau."jawab Afiq sebelum dia melabuhkan punggungnya diatas sofa yang berdekatan dengan Zyan.

Zyan mengangguk.

"Kenapa Cikmah cuti?"soalnya lagi meminta penjelasan.

"Suami dia sakit."

"Ouh maknanya Cikmah cuti lama lah kan?"

"Hmm."gumam Afiq.Matanya tunak memandang kaca telefon.

Zyan mengangguk berulang kali.Faham.

•••

AWAL pagi lagi dia sudah keluar dari hotel yang menjadi tempat bermalamnya semalam.

Kaki dibawa langkah menuju ke deretan gerai kecil yang berada disitu.Perutnya yang sudah berkeroncong kuat disentuh.

Bibir bawahnya digigit.Ditangannya hanya ada kad pemberian arwah babanya sahaja.Duit kertas sekeping pun tidak ada.

Gerai mana ada yang guna kad.Diorang guna cash.Jadi mana dia nak cari duit cash?Mahu pergi bank namun tempat terletaknya jauh dari situ.

Dia mengeluh perlahan.Sudah rupa gelandangan sahaja gayanya.Yang bezanya cuma gelandangan jenis dia ni berharta sedikit.

Kepalanya diketuk beberapa kali.Naik gila dia memikirkan jalan hidupnya ini.

Matanya memandang setiap orang yang lalu lalang dihadapannya.Dia mengeluh sekali lagi.

Dia menunduk sebelum dia berpusing.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now