SELIPAR yang berada ditepi rumah disarungkan ke kaki.Dia melangkah menuju ke pangkin kecil yang menjadi tempat kebiasaannya untuk mengambil angin petang.Sawah padi yang terbentang luas dihadapannya dipandang.Hari ini genap seminggu arwah ayah angkatnya meninggal.
Ibunya pula sudah membaik seperti selalunya. Alhamdulillah kesedihan ibunya tidak berpanjangan.
"Buat apa dekat sini?"
Hanina berpaling.Wajah kacak lelaki dingin itu menjadi tatapan matanya.
"Takde buat apa.Saya memang selalu duduk dekat sini kan."jawabnya.
"Awak buat apa datang sini?Kata harini nak balik Kl."
"Sape kata aku balik harini?"provok Ayden.
"Afiq kata."
"Siapa suruh kau percaya dia."
"Habistu bila awak balik?"
"Minggu depan."jawab Ayden.
Hanina berkerut hairan.Pantas wajahnya dipalingkan memandang wajah kacak milik jejaka itu.
"Lamanya.Awak buat apa duduk sini lama-lama?"
"Kerja."
"Oh...Sini la awak duduk sebelah saya."pelawa Hanina.Ruang kosong yang berada disebelahnya ditepuk.
Ayden hanya menurut.Dia melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu.
"Awak."panggil Hanina.
"Hm."sahut Ayden dengan gumamannya.
Gadis itu dikerling sekilas sebelum dia mengalihkan semula pandangannya ke tempat lain."Awak kerja apa?"
"Bunuh orang."jawab Ayden tenang.
"Hah?"Hanina tercengang.Selamba dia je.Muka bukan main tenang.
"Killer."sepatahnya menjawab.
"Tak payah nak main-main eah awak.Nanti saya yang bunuh awak karang."
Terjongket kening Ayden.
"Beraninya kau nak bunuh aku."Hanina hanya tersengih.
"Awak ikut saya nak?"
"Mana?"
"Sawah."
Belum sempat Ayden menyoal soalan selanjutnya, dia terus meninggalkan lelaki itu.
Ayden hanya mengikut jejak gadis itu.
Mereka lalu di laluan kecil yang berada disitu.Sampai sahaja ditengah sawah Hanina mendepakan kedua tangannya.
Dia memejam matanya erat.Udara segar disedutnya.
Matanya dibuka semula.Ayden dipandang.
"Awak..Awak pernah ada masalah?"soal Hanina dan membuatkan Ayden berkerut hairan.
"Soalan kau tu takde yang bodoh lagi ke?"
"Ada.Tapi setakat ni, soalan tu lah yang paling bodoh."jawab Hanina sebelum dia tertawa geli hati.Lawak dengan kebodohan sendiri.
Ayden turut tertawa.Namun kedengaran sangat terpaksa.Lawak ke?
Hanina berhenti dari ketawa apabila mendapat jelingan maut dari lelaki itu.
"Ok fine!Saya tak ketawa dah."air mata yang hampir keluar berpunca dari tawanya tadi diseka.
Ayden hanya mendiamkan diri.Dia berjalan meninggalkan gadis itu.Gelak lah kau puas- puas.Nanti sekejap lagi adalah tu yang menangis.
YOU ARE READING
Babygirl kepunyaan mafia
Mystery / Thrillerkarya pertama yyourtulips__🦋 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sahaja? Tengku Ariq Ayden. Dia disuruh rakannya untuk mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai pe...