HANINA melabuhkan punggungnya disebelah ibunya,makcik Salmah.Ibunya yang sedang melipat pakaian dipandang.
"Ibu.."
"Ya Hanina?Kamu nak apa?Dah siap kemas barang-barang kamu ke?"soal makcik Salmah pada satu-satunya anak daranya itu.
"Uhm dah.Hanina cuma nak tanya ibu,majikan ibu tu macam mana?"soal Hanina.
"Macam mana apa?Macam tu lah."jawab makcik Salmah bersahaja.
"Bukan.Maksud Hanina,majikan ibu tu macam mana?Dia baik ke?Dia garang tak?"masam wajahnya apabila melihat ibunya seperti sengaja hendak mengenakannya.
"Dia baik je sayang..Garang tu ibu tak pasti sebab dia tak pernah pulak marah-marah ibu.Tapi ibu pernah tengok dia marah pekerja dia.Boleh tahan garang lah jugak."terang Makcik Salmah pada gadis itu.
"Garang yang macam mana tu bu?"
"Eh yang kamu banyak tanya ni kenapa?Dah jatuh cinta ke dengan majikan ibu tu?"provok Makcik Salmah.Dia memandang wajah cantik anaknya dengan lirikan nakal.
"Ish apa ibu ni!Melalut sampai kesitu pula!Hanina cuma tanya je.Lagipun Hanina rasa macam Hanina taknak lah ikut ibu kerja dekat rumah dia tu."luah Hanina dengan wajah serba salahnya.
"Dah kenapa pula?Kan ibu dah cakap dengan majikan ibu.Dia dah bagi kebenaran dah pun. Lagipun dia nak bagi ibu ada teman.Jadi apa salahnya?Apa yang kamu nak risaukan lagi ni?"wajah kelat anaknya dipandang dengan pandangan hairan.
Hanina menggeleng kepalanya.
"Bukan apa bu..Hanina cuma tak selesa je.Hanina pun baru je kenal dia.Dia pun tak kenal Hanina lagi.Mungkin dia taknak bagi Hanina tinggal serumah dengan dia tapi disebabkan ibu dia terpaksa bagi Hanina tinggal situ."Hanina mengutarakan perasaan gusarnya pada sang ibu.
"Tak baik kamu fikir macamtu.Mana tahu niat dia ikhlas nak tolong Hanina?Dia tahu yang Hanina takde tempat tinggal sebabtu dia ambil Hanina kerja sebagai jadi pembantu.Kalau Hanina kerja dengan dia,mesti Hanina ada tempat tinggal."
"Hanina takut dia tak selesa bila ada perempuan macam Hanina dalam rumah dia..Ibu fahamkan?Hanina masih muda. Mustahil dia boleh selesa tinggal dalam rumah tu.Pergerakan dia jadi terbatas."luah Hanina lagi.
"Ibu ada.Dan bukan hanya ada ibu dekat rumah tu.Kawan-kawan dia yang lain pun ada jugak dekat situ.Hanina jangan risaulah."
"Macam mana Hanina tak risau kalau.."
"Hanina sayang.Dengar sini apa yang ibu nak cakap.Tuan Ayden tak selalu ada dekat rumah.Dia pergi kerja pagi balik malam. Kadang sampai tak balik langsung.Jadi Hanina akan jumpa dia jarang-jarang."
Hanina mengeluh.
"Kalau macamtu takpelah."
"Esok kita dah balik Kl.Nanti mesti ibu rindukan rumah ni."makcik Salmah tersenyum segaris.
"Ibu jangan risau.Nanti ada masa lapang kita baliklah sini lagi.Kita lawat arwah ayah."pujuk Hanina.Bahu ibunya dipeluk dari tepi.
Ibunya hanya mengangguk.Sekeliling rumahnya dipandang.
Abang..Mah rindu dengan abang.Mah janji Mah takkan lupakan abang.Mah janji Mah akan selalu jenguk abang dekat sini nanti.Mah akan selalu doakan yang terbaik buat abang.Harini genap seminggu abang pergi.Mah rindu abang..Maafkan Mah sebab tak dapat jadi isteri yang terbaik buat abang.Rumah ni Mah akan jaga elok-elok macam nyawa Mah sendiri.Mah sayangkan abang.Semoga abang tenang dekat sana.
Aamiin..
"Ibu.Kenapa ibu termenung ni?Ibu rindukan arwah ayah?"
"Jawapannya tetap sama.Jawapan ibu tak akan pernah berubah.Tak pernah sedetik pun ibu tak rindukan arwah ayah."jawab Makcik Salmah.
YOU ARE READING
Babygirl kepunyaan mafia
Mystery / Thrillerkarya pertama yyourtulips__🦋 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sahaja? Tengku Ariq Ayden. Dia disuruh rakannya untuk mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai pe...