MELIHAT kedatangan 'menantu' kesayangannya kerumahnya benar-benar mengejutkkan mereka sekeluarga.
Mujur tak pitam Tengku Fatila.Ingatkan anak dara siapalah yang dibawa anaknya.Rupanya menantu sendiri.
Kini mereka tahu cerita sebenar.4 tahun menghilangkan diri dan hari ini muncul dengan penampilan yang baharu.
Alhamdulillah.Dia bersyukur sangat-sangat. Anaknya juga sudah seperti sedia kala.
Bahagia.
"Mama.."
"Eh?Ya?Kamu nak apa?"lengan menantunya dipeluk.
"Terima kasih sebab masih terima Hanina lepas apa yang Nina dah buat dengan anak mama."
"Sudahlah.Jangan difikirkan lagi hal lepas. Sekarang kita buka buku baru.Hanina dah balik ni pun mama dah bersyukur."
"Mama nak berterima kasih dengan Hanina sebab masih memilih keluarga ni.Masih nak balik ke keluarga ni.Masih memilih anak mama untuk jadikan pendamping."
Hanina tersenyum.Suaminya yang sedang bermain bersama anak-anaknya sempat dikerling.Pandangannya kembali dihalakan kewajah ibu mertuanya.
"Dia suami Hanina.Hanina sayangkan dia. Mana mungkin Hanina nak tinggalkan dia?"ujarnya tulus.
Tengku Fatila turut mencarik senyuman.
"Terima kasih jadi menantu mama."Tidak sempat Hanina menjawab, suaminya tiba-tiba datang kearahnya dengan wajah yang cemberut.
Hanina berkerut hairan.Tengku Fatila pula hanya tersenyum.Faham benar dia dengan perangai anaknya yang satu itu.
"Sayang..Tengoklah anak awak tu!" adu Ayden separa merengek.
"Kenapa?Saya tengok elok aje tu dia main."
Anaknya yang sedang bergelak ketawa bersama rakan lelaki itu dipandang.Elok sahaja.
"Ada ke patut dia sembur air liur dekat abang! Kotor tau!" makin menjadi-jadi Ayden mengadu.
Dia memeluk pinggang isterinya erat.Wajah disembamkan ke perut sang isteri.
Hanina hanya tersenyum.Alahai encik suami. Itupun nak mengadu.Manja betul!Kalah anak-anaknya.
Ingatkan anaknya sahaja yang kuat menempel!Rupa-rupanya papanya pun sama!
"Eleh kena air liur anak dia sikit dah mengadu. Sebelum ni tak pernah pun.Ada bini dia mula la naik perangai mengada dia tu.Dasar manja!"kutuk Afiq selamba pada abangnya.
Kutukkan adiknya dihiraukan.Sukahati akulah!Cakap la yang sebenarnya kau tu jeles!
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam..Sa.."
"Waalaikumusalam..Eh Bella!"Hanina terjerit teruja.Suaminya yang masih memeluk pinggangnya ditolak ketepi.Dia bertindak memeluk Bella erat.
Afiq yang hampir teruja tadi terus terdiam ditempatnya.
"Ya Allah Nina.Rindunya aku dengan kau!Sampai hati kau tipu aku.Aku mati-mati ingatkan kau dah takde tau..."Bella teresak di dakapan milik Hanina.
Hanina tersenyum segaris.
"Sorrylah.Aku tak sengaja.Bukannya aku saja-saja tipu korang semua.Keadaan yang memaksa."pujuk Hanina.Semakin erat dia memeluk gadis itu.
Tersedu-sedu Bella menangis.
Hanina bertindak menggosok belakang badan gadis itu bagi menenangkannya.
Ayden dan Afiq hanya memerhati.Mereka berpeluk tubuh.
Tengku Fatila menahan tawanya dari terhambur.Kedua anak lelakinya dipandang.
YOU ARE READING
Babygirl kepunyaan mafia
Mystery / Thrillerkarya pertama yyourtulips__🦋 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sahaja? Tengku Ariq Ayden. Dia disuruh rakannya untuk mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai pe...