BKM 19

9.7K 394 20
                                    

DUA MINGGU BERLALU...

Hanina memandang pantulan dirinya yang berada didalam cermin kaca besar yang elok terletak dihadapannya.Dirinya dipandang dengan mata yang berkaca-kaca.

Empangan air matanya ditahan sebaik mungkin.Namun tidak sampai beberapa saat air matanya mengalir turun membasahi wajahnya.

Andai sahaja ummi dan babanya masih ada, pasti mereka lah orang yang paling bahagia sekali.

TukTuk!Tuk!

Pintu bilik yang diketuk dari luar membuatkan Hanina pantas menyeka air matanya.Sempat dia menilik wajahnya buat kali terakhir dicermin sebelum dia berlalu ke pintu.

Mujur sahaja makeup nya tidak luntur. Almaklumlah makeup mahal lah kata kan. Pakai untuk satu hari sahaja tapi makeupnya bukan main mahal!

Membazir sahaja!

Pintu dikuaknya dari dalam.Dia menyengetkan kepalanya sedikit untuk melihat gerangan yang mengetuk

"Akila.Ariqa."dia memanggil kedua nama kesayangannya itu.Seorang sahabat baiknya manakala seorang lagi adik ipar kesayangannya.

"Weh Nina!Lawanya weh!Bapak lah!Gempak siak kawan aku ni!"Akila menjerit kecil sebelum dia bertindak memeluk erat tubuh kecil milik rakannya.

"Omg kak!So gergous lah kak!Cantik sangat-sangat!Adik suka!Nanti kalau along tengok ni mesti dia cair!"ujar Ariqa juga.Tidak mahu kalah.

Pintu ditutup semula.Masing-masing mengambil tempat di birai katil.Hanina berada ditengah-tengah diantara kedua gadis itu.

"Nak kahwin dah kawan aku sorang ni.Aku je yang masih single."sambung Akila.Dia memasang wajah sedih.

Hanina dan Ariqa berpandangan sebelum masing-masing tertawa.

"Jodoh dah ada depan mata tapi kau tu memilih."ujar Hanina tiba-tiba membuatkan dahi rakannya berkerut seribu.

"Siapa?"

"Akil."dengan senang hatinya dia menyebut nama rakan mereka yang satu itu.

Mendengar sahaja nama yang keluar dari mulut rakannya,Akila pantas mengeluarkan jari tengah miliknya.

"Jangan nak buat cerita Aleeya Hanina. Kitorang kawan biasa je."pangkas Akila.

"Elele..Mana lah tau korang berjodoh?Kan Ariqa?Kalau ada jodoh tak kemana pun."

"Betul tu akak!"sokong Ariqa.

"Ha tengok.Adik ipar aku pun sokong."

"Ish merepek kesitu pula korang.Kau tu.
Macam mana sekarang?Banyak benda yang kau kena ceritakan dekat aku!Dahlah tak bagitau kau tinggal mana.Aku ingatkan dah jadi gelandangan rupanya tinggal dengan Ceo!"ujar Akila kegeraman.Lengan rakannya dicubit geram.

Sengaja dia mahu menukar topic.

Hanina tersengih.

"Sorrylah.Aku tak berniat pun taknak bagitau kau.Aku cuma.."

"Cuma apa?Tak payah nak bagi alasan!Lepas settle semua ni nanti,aku nak dengar semuanya.Aku tak kira!"tegas Akila.

Hanina hanya tertawa kecil.
"Jangan risau lah.Nanti aku cerita okay."

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now