HARI berganti hari.Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan.
Kini genap 9 bulan kandungan Hanina. Dia kini kerap berasa letih.Sembilan bulan dia mengusung anaknya didalam perut.
Dia juga sering terfikir,adakah dia sempat melihat bentuk rupa anaknya?
Soalan itu dua tiga hari ini semakin berlegar difikiran.Jika Tuhan ingin menarik nyawanya berilah dia kesempatan untuk melihat wajah anaknya terlebih dahulu.
Perutnya yang kian membesar diusap lembut. Dia menghembuskan nafas lelah.
"Mama sayang anak mama.."
"Mama pun sayang papa.."
Tindak balas yang diberikan anaknya padanya membuatkan dia tersenyum tipis.Seperti faham sahaja si kecil itu akan maksudnya.
"Dah besar jadi anak yang berguna buat papa..Hormat papa..Jangan pernah susahkan papa ya sayang..Jadi anak yang soleh..Dengar kata..Andai nyawa mama tak panjang..."
"Hanina!How many must I told you?!Everything gonna be okay?!Aku akan.."
"Aku cuma ingatkan anak aku.Due aku dah dekat.Bila-bila aku boleh bersalin.Kalau nyawa aku tak panjang sekurang-kurang aku sempat nasihatkan anak aku.Aku nak yang terbaik untuk dia kelak.Kau fahamkan?"lembut Hanina membalas.
"Ya tapi kau macam tak yakin yang kau akan selamat.Kau tak habis-habis cakap macam tu.Cubalah cakap yang elok-elok sikit."bebel Bella. Kadang geram juga dia. Sudah puas dia mengingatkan gadis itu, namun bukannya makan saman.
Hanina hanya tersenyum tipis.
"Assalamualaikum.."
Hanina dan Bella serentak berpaling.
"Waalaikumusalam..Mama.."Hanina mengumam perlahan.
Tengku Fatila tersenyum.Tangan menantunya dicapai.Hanina mencium belakang tangan ibu mertuanya lembut.
Hormat.
"Menantu mama macam mana?Okay?Cucu mama pula?Sihat?"soal Tengku Fatila.Perut menantunya yang sudah membukit besar dipandang dengan senyuman dibibir.Gembira kerana tidak lama lagi cucunya akan lahir kedunia ini.
"Hanina dengan baby okay je."
"Er Ayden macam mana ma?Dia dah okay?"perlahan suara Hanina menyoal.
Wajah Tengku Fatila berubah kelat.
"Eh aunty, saya pergi dapur dulu ya.Korang sembang lah dulu."pamit Bella.Sengaja dia ingin memberi privasi kepada kedua wanita itu untuk berbicara.
Hanina berpaling sebelum dia mengangguk kecil.Sempat dia memberi senyuman pada gadis itu.
Bella faham akan maksud senyuman itu namun dia hanya mengangguk sahaja.
Kini berbalik pada soalan tadi.Hanina memandang wajah kelat ibu mertuanya.Dia tahu jawapannya.Dia menunduk.
"Ayden terseksa lepas Hanina tinggalkan dia. Ayden banyak sibukkan diri dengan kerja. Makan dia tak teratur.Sudah berbuih mulut mama bercakap dengan dia,tapi dia buat endah tak endah."
"Afiq kata waktu cuti pun dia masih bekerja. Dia banyak duduk di office.Balik sekali-sekala. Bila ditanya,dia kata tiada apa yang menarik dekat rumah.Kalau balik pun dia banyak mengurung kan diri dalam bilik.Hari dia gelap tanpa Hanina.Dunia dia kosong."sambung wanita tua itu lagi.
Diam. Hanya bunyi deruan air-cond yang kedengaran.
Tidak mengambil masa yang lama.Tiba-tiba tangisan milik Hanina terhambur kuat.Dia teresak.Wajahnya ditekup menggunakan tangannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/286798236-288-k775990.jpg)
YOU ARE READING
Babygirl kepunyaan mafia
Mystery / Thrillerkarya pertama yyourtulips__🦋 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sahaja? Tengku Ariq Ayden. Dia disuruh rakannya untuk mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai pe...