BKM 22

9.2K 354 8
                                    

BELUM sempat Ayden mahu membuka bicara, Hanina sudah pantas berlari menuruni kereta. Pintu rumah dibukanya.

Ayden terkebil-kebil apabila melihat tubuh kecil isterinya hilang disebalik pintu besar rumah miliknya.

Pintu kereta yang masih belum ditutup isterinya dipandang dengan bibir yang terkemam.Nasib bini kalau tidak..

Hm taulah apa dia nak buat.

Hanina pula yang sudah berada didalam rumah mula melilaukan matanya.

Kelibat ibunya yang masih memakai telekung dipandangnya dengan mata yang bersinar.

Ya!Kini dia sudah pulang semula kerumah lelaki itu dengan gelaran yang baharu. Setelah seminggu dia tinggal di rumah ibu mertuanya, kini dia pulang semula ketempat asalnya, iaitu rumah milik suaminya.

"Ibu!"dia terjerit kecil sebelum bertindak memeluk batang tubuh ibunya erat.

"Eh hanina.Dah balik?Tuan Ayden mana?"soal Makcik Salmah.Walaupun anak gadisnya itu sudah berkahwin dengan majikannya,dia tetap mahu memanggil lelaki itu dengan gelaran tuan.Dia sudah terbiasa dengan panggilan tersebut.Jadi untuk apa dia mahu menukarnya?

Hanina meleraikan pelukan.Wajah tua ibunya dipandang sebelum dia tersengih.Tepi kepalanya digaru.Er..

Soalan Makcik Salmah terjawab apabila mendengar suara seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum Cikmah."sapa Ayden lembut.Tangan tua itu disalamnya.Begitu juga dengan Ayden.Sudah beribu kali wanita tua itu menyuruh memanggilnya dengan gelaran ibu. Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Ayden.

Dia sudah terbiasa dan dia tiada niat pun mahu menukar gelaran untuk wanita itu. Masing-masing dengan keras kepala sendiri.

Bukan nak berlagak tapi sudah bertahun-tahun mereka memanggil dengan gelaran mereka tersendiri.Jadi bila mahu menukar gelaran jadi kekok.Rasa macam lain sangat.

"Waalaikumusalam.Tuan.."

"Oh ya.Tuan nak makan ke?Kalau nak CikMah boleh tolong masakkan.Maaf lah CikMah tak masak apa pun lagi.CikMah ingatkan.."

"Eh takpe lah bu.Ibu rehat je.Nanti kalau Ayden nak makan biar Hanina je yang tolong masakkan.Lagipun kitorang masih kenyang lagi ni."jawab Hanina laju memintas kata-kata ibunya.

Ayden hanya mengangguk.Ada benarnya juga kata isterinya.Sebelum pulang tadi mereka awal-awal sudah makan dirumah mamanya. Pelbagai masakan yang dimasak oleh mama nya buat menantu kesayangannya ini.

"Kalau macam tu takpelah.Korang pergi lah rehat dulu."

Hanina tersenyum tipis.Tangan ibunya dilepaskan.

"Kami naik dulu ya bu."pamit Hanina.Makcik Salmah hanya mengangguk.

Ayden turut tersenyum tipis.Tangannya mula menggenggam tangan isterinya erat.Setelah itu kedua pasangan sejoli itu terus berlalu naik ketingkat atas.

Makcik Salmah hanya memandang sehingga kedua pasangan itu hilang dari pandangannya. Perlahan bibirnya mencarik senyuman. Alhamdulillah.Lepasni ada orang yang boleh menjaga anak daranya yang seorang itu.Tidak ada dia mahu bersusah payah mahu memikirkan tentang perkara itu lagi.

Doanya dimakbulkan oleh Allah sebelum dia pergi.Walaupun dia hanya sebatas ibu angkat kepada gadis itu, dia tetap akan mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia bukan?Pasti setiap ibu mahu melihat anaknya bahagia sebelum dia melelapkan mata buat selamanya.

*****

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now