BKM 24

9.1K 392 3
                                    

MEREKA serentak memandang ke muka pintu. Wajah seseorang menyapa kornea mata.

Wajah PA Ayden yang tampak gusar membuat tanda tanya di fikiran kesemua jejaka yang berada disitu.

Suasana tegang tadi berubah menjadi semakin tegang apabila mendengar ujaran yang keluar dari mulut lelaki itu.

Serentak dengan itu hujan turun dengan lebat membasahi bumi.Ayden memandang keluar bangunan.Wajahnya diraup kasar.

Ya Allah..

Afiq yang sudah tidak tahan dengan abangnya mula meluru kearah lelaki itu.Selamat sebuah tumbukan melekat diwajah lelaki muda itu.

Rayyan dan yang lain menahan tangan Afiq dari terus menumbuk wajah Ayden yang hanya diam menerima tumbukan dari adiknya.

"Masalah tak akan dapat selesai kalau korang bertumbuk dekat sini.Afiq please.Jangan rumitkan lagi hal ni.Kita boleh bincang elok-elokkan."lembut Rayyan bertutur.

Dia berdiri ditengah-tengah diantara kedua beradik itu.

"Nak bincang elok-elok kau cakap?Kau tengok lah perangai sial jantan ni macam mana?!Aku yang lelaki ni bila dengar dia cakap macam tu pun aku sakit hati,apatah lagi Hanina!Perasaan perempuan ni lembut la sial!Kalau aku tahu kau buat perangai macam ni,jangan haraplah aku nak setuju kau kahwin dengan dia!Sebelum korang kahwin lagi aku dah pesan. Kau lupa?Jangan mainkan perasaan dia!Kalau kau masih tak boleh nak move on dengan perempuan jalang tu,kau jangan beria nak kahwin dengan dia!Cukuplah dia menderita dulu!"seusai habis bicara,Afiq terus berlalu ingin keluar dari bilik tersebut.

"Afiq kau nak pergi mana?"soalan yang keluar dari mulut Rayyan membuatkan Afiq berhenti dari melangkah.Tanpa berpaling dia menjawab.

"Aku nak cari Hanina.Aku tak akan biarkan dia kena hujan.Aku taknak jadi apa-apa dengan dia."setelah itu,dia terus berjalan keluar dari bilik tersebut.

Bilik yang berpenghuni itu menjadi sunyi sepi.Hanya bunyi air hujan yang mengalir deras yang kedengaran disegenap ruangan.

"Turunkan ego kalau betul kau sayang."pesan Farish sebelum dia juga turut berlalu.

"Jangan dia dah tiada baru kau terhegeh-hegeh nak cari dia."

"Sementara dia masih ada,layanlah dia dengan baik.Bukan layan dia macam kucing kurap."

"Dia ada perasaan.Macam mana kau sakit hati bila Bella duakan kau.Hanina berkali ganda sakit hati bila dengar kau cakap macamtu."

"Jangan disebabkan ego rumah tangga korang runtuh.Jangan disebabkan masa lalu kau dengan Hanina sampai ke tahap berpisah.Aku pasti suatu hari nanti kau akan menyesal sebab buat dia macam ni.Aku nampak cinta dekat mata dia.Tolong jangan persiakan cinta dia Ayden."sambung Rayyan.

Ayden menunduk kesal.Ya Allah.Ampunkan dia.Dia tiada niat mahu menyakitkan hati isterinya..

"Kalau kau cintakan dia,aku nak kau pergi cari dia sekarang.Tak elok biar dia sorang-sorang dengan keadaan hujan macamni. Bahaya. Keadaan dia..."

Tanpa mendengar ujaran rakannya dengan lebih lanjut dia terus berlalu.Kunci keretanya yang berada diatas meja sempat dicapai.

*****

Ayden meliarkan matanya memandang sekeliling tempat.Sudah merata tempat dia mencari gadis itu tapi sampai sekarang masih belum ditemui.

Ya Allah selamatkan lah isteriku..

Matanya tiba-tiba terpaku pada seorang gadis yang duduk dikerusi yang berada diperhentian bas.Keretanya laju diparking di pinggir jalan. Dia keluar dari keretanya tanpa membawa payung.

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now