BKM 17

9.4K 379 27
                                    

POKOK bunga ros yang diberi bakal ibu mertuanya disiram.Dia tersenyum manis. Keluarga lelaki itu semua menerimanya dengan baik.Tiada seorang pun yang tidak suka akan dirinya.


Dia berasa dirinya sangat beruntung kerana mendapat bakal mertua yang baik seperti mereka.

"Ha senyum-senyum apa tu!"sergah seseorang dari belakang.

Terlepas pili yang berada ditangannya.Dia lantas berpaling memandang gerangan yang menyergah.

"Ish!Apa awak ni!"

"Apa?"

"Kalau saya mati terkejut tadi macam mana?"soalnya membuatkan Ayden mencebik.

"Kau bukannya ada sakit jantung pun."jawab Ayden selamba.

"Manalah tau ajal sampai sebab terkejut kena sergah."jawab Hanina tidak mahu kalah.

Ujaran gadis itu dihiraukannya.Kerusi yang berada disitu menjadi tempat pelabuhan punggungnya.

"Awak ni dah tak reti nak kerja ke?"soal Hanina apabila ujarannya dihiraukan lelaki itu.

"Sukahati akulah nak kerja ke tak.Ada masalah dengan kau ke?"wajahnya di smirk.

Hanina mengertap giginya kuat.Ee geramnya aku!Kerja dia nak menyinis kan orang sahaja!

"Ergh malas saya layan awak.Daripada saya layan otak mereng awak ni,baik saya layan miko!"bebel Hanina kegeraman.Pili paip ditutupnya.

Setelah itu dia terus melangkah ingin masuk kedalam rumah.Baru beberapa tapak, tangannya tiba-tiba dicapai lelaki itu.

"Awak lepas sekarang!"

"No!"

Hanina memandang lelaki itu tajam.

"Ok-ok.Sorry.Aku gurau je."

"Sejak bila awak pandai bergurau?Biasanya beku manjang."ujar Hanina sebelum dia mengambil tempat disebelah lelaki itu.

"Bila-bila je."jawab Ayden sarkastik.Sengaja mahu membuat gadis itu geram dengannya.

"Miko mana?"

"Saya sedekah dekat jiran."jawab Hanina tanpa rasa serba salah.

"Aku takde jiran."

"Oh ya eah?"soal Hanina sebelum dia tersengih.Nak menipu tapi tak pandang kiri kanan.

"Daripada kau sedekah kucing aku dekat jiran,baik kau sedekah otak kau."

Membulat mata Hanina.
"Eh kenapa pula!"

"Yelah.Otak kau bukannya boleh pakai pun."

"Siapa kata tak boleh pakai?"

"Aku."selamba Ayden menjawab.

"Eee awak ni annoying betul!"

Ayden hanya memasang wajah tidak bersalahnya.Setelah itu masing-masing membuat hal sendiri.

Ayden leka mengamati wajah gadis itu yang termenung memandang lantai mozek dibawah.

"Hanina."panggil Ayden setelah lama berdiam diri.

"Iya saya?"sahut Hanina.

"Kenapa kau terima aku?"

"Sebab saya nak kikis harta awak.Harta awak kan banyak."jawab Hanina.Wajah kacak milik lelaki itu dikerling.Sengaja ingin menguji lelaki itu.Namun riaksi yang diberi membuatkan rahangnya jatuh.

"Oh."

Terkebil-kebil mata bundar itu apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Just 'oh' Mr.Ayden?"

Babygirl kepunyaan mafiaWhere stories live. Discover now