Ryujin p.o.v
" Aduh! Wei bongok! Tak pandang depan ke?" Bunga Lili putih di tangan ryujin berterbangan di udara dan hinggap di lantai apabila seseorang melanggar bahunya secara tak sengaja. Dia mendengus dan mengambil kesemua bunga Lili yang terjatuh.
" Sorry lah cik.. Saya tak sedar tadi. Ryujin?" Ryujin mengangkat muka melihat gerangan yang melanggarnya. Urgh.. Mamat ni lagi! Takde orang lain ke dia boleh jumpa selain mamat ni? Benci betullah!
" Kau stalker aku eh Choi Beomgyu? Macam mana kau boleh ada kat sini juga? Ikut aku je kerja kau. Kat luar sekolah pun nak ikut orang ke?" Soal Ryujin sedikit kemarahan. Beomgyu membuat muka menyampah.
" Kau ingat kau artis semua orang nak ikut? Aku datang sini nak melawat nenek akulah.. Kau datang sini buat apa dengan bunga ni semua?" Beomgyu menghulurkan bunga lili yang dikutipnya untuk ryujin. Ryujin menjulingkan mata ke atas sebelum berlalu dan membuat muka tak tahu. Akibat nak tahu, beomgyu mengikut ryujin dari belakang sehingga mereka tiba di dua kotak penyimpanan abu dan barang si mati. Beomgyu sedikit terkejut melihat gambar ryujin ketika kecil di kedua-dua buah tempat itu.
" Kau nak tahu sangat kan? Ibu dengan ayah aku. Diaorang kena bunuh dengan ah long lepas serahkan aku kat Omma Jisoo... Aku sayang diaorang walaupun aku tak pernah jumpa." Kata Ryujin merenung gambar wanita dan lelaki itu. Beomgyu mendiamkan diri. Tak berniat nak menganggu ryujin. Biarlah dia melayan perasaannya.
" Sorry ryujin. Aku tak tahu pun pasal semua ni.." Secara tiba-tiba, pertemuan mereka bermain di kepala beomgyu. Macam mana budak lelaki SOPA cakap yang ibu dengan ayah ryujin buang ryujin sebab mereka bencikan anak mereka itu.
" Ceh.. Aku tak perlukan simpati orang beomgyu. Aku tak lemah macam yang orang sangkakan." Balas Ryujin kembali. Bunga Lili dibahagikan kepada dua sebelum dia meletakkan satu bahagian di kotak ibunya dan satu lagi bahagian di kotak ayahnya. Dia membongkokkan badan perlahan sebelum beredar keluar. Beomgyu masih mengikutinya.
" Hei Ryujin. Kalau tak keberatan, jom saya belanja minum nak?" Ajak Beomgyu sedikit riang. Ryujin memusingkan badan menghadap lelaki itu dan mengangguk perlahan tanpa senyuman. Mereka berhenti di sebuah kafe yang agak kosong. Beomgyu memesan Hot Chocolate bersama Ice Americano. Dia tahu ryujin menyukai Ice Americano. Itupun sebab Puan Kim yang cakap.
" Thanks.." Ryujin berkata perlahan sebelum memasukkan tangannya ke dalam poket. Cuaca agak sejuk diluar sehingga mereka berdua terpaksa memakai baju yang tebal. Mungkin sebab semalam hujan kot.
" Macam mana kau dengan kelab Rap tu? Best ke?" Beomgyu memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Mata ryujin merenungnya dengan pandangan pelik.
" Takde soalan lain kau boleh tanya ke selain pasal Kelab Rap tu Beomgyu? Aku tak faham dengan kau ni. Memang ahli MPP sekolah omma aku pelik macam kau ke?" Soal Ryujin perlahan. Beomgyu yang malu hanya mampu tersenyum sahaja.
" Kalau kau takde soalan, aku nak tanya kau. Kenapa ahli MPP buat kerja gila nak berkawan dengan anak-anak pengetua sekolah yang gila-gila?" Soalan Ryujin membuatkan beomgyu menelan air liurnya. Tak payah jawab soalan tu boleh kan?
" Kami.. Ah. Aku..." Beomgyu kehilangan kata-kata bila nak bercakap dengan perempuan di depannya ini. Macam ryujin ada sihir yang membuat penolong bendahari ni kehilangan seribu kata.
-------
Jihyo p.o.v
Rumah besar yang sunyi itu ditenung oleh ryujin. Rumah milik ayahnya dan ibu tirinya. Dulu, dia melarikan diri dari rumah ini. Namun sekarang dia kembali ke rumah ini. Semuanya apabila mengetahui berita tentang Puan Park, ibu kandungnya balik ke Korea dan sekarang ni berada di rumah ini. Mungkin sedang kerjakan ibu tirinya. Dia menekan loceng rumah itu dan seorang lelaki yang dikenalinya membuka pintu rumah itu.
" Hey my little sister.. Miss you so much!" Jimin, abang jihyo yang tinggal bersama ibu mereka memeluk adiknya erat. Jihyo ditarik masuk ke dalam rumah. Di situ, Puan Park dan Tuan Park membincangkan sesuatu sementara Puan Choi, ibu tiri jihyo cuma duduk memandang ke lantai.
" Oh my god! My daughter.. Omma minta maaf sangat sayang.. Omma tak pernah tahu kamu diseksa perempuan ni. Omma minta maaf sangat-sangat sebab tak pernah tanya pasal kamu sepanjang kamu duduk sini.." Puan Park memeluk jihyo. Jihyo rindukan pelukan ibu kandungnya namun entah kenapa sekarang ni dia macam membandingkan pelukan jisoo dari pelukan ibunya.
" Kau kenapa perempuan? Terkejut tengok adik aku masih hidup ke? Sebab selama ni kau mengharapkan dia mati kan?" Soal Jimin tanpa rasa bersalah. Tuan Park terus bangun dari duduknya.
" Jimin! Hormat sikit! Dia ibu tiri kamu. Walaupun dia dera jihyo, dia tetap isteri appa!" Marah Tuan Park. Pelukan antara Puan Park dan Jihyo dileraikan. Jihyo memandang jijik muka Puan Choi.
" Nampaknya appa lebih pentingkan isteri gila appa ni berbanding anak kandung appa sendiri kan? Jihyo lari dari neraka ni masa umur 5 tahun tau appa! 5 tahun! Kalau bukan sebab Omma Jisoo jumpa Jihyo, mesti sekarang ni appa takkan dapat jumpa anak kandung appa ni lagi. Dan perempuan tu akan dapat apa dia nak selama ni iaitu HARTA!" Jihyo menekan perkataan harta itu dengan kuat.
" Dahlah Jihyo.. tak payah pedulikan mereka. Omma pun dah berecrai dengan lelaki tak guna ni. Jom keluar.." Puan Park menarik anaknya keluar dari rumah yang digelar neraka oleh jihyo dan jimin itu.
" Adik, apa kata bawa omma dengan abang jumpa Omma Jisoo kamu tu. Abang teringin nak kenal dengan perempuan yang baik tu. Boleh ye adik?" Soal Puan Park perlahan ketika mereka bertiga baru memasuki kereta milik Puan Park itu.
" Haah.. Bukan selalu dapat jumpa perempuan macam Omma Jisoo kamu tu. Baik betul dia sanggup ambil kamu sebagai anak angkat dia.." Kata Jimin pula. Jihyo tersenyum memandang muka abang dan ibunya itu.
" Mestilah boleh. Omma Jisoo pun teringin nak jumpa omma. Dia pernah kata omma cantik sebab lahirkan anak cantik macam hyo ni..." Sempat lagi Jihyo membangga diri. Jimin membuat muka annoying manakala Puan Park tergelak. Kereta itu membelah jalan raya menuju ke rumah Puan Kim.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
OUR LIFE AT BOY SCHOOL
RandomPUAN KIM, IBU ANGKAT KEPADA TWITZONE TELAH MEMINDAHKAN 14 ORANG ANAK ANGKATNYA KE SEKOLAH MILIKNYA. NAMUN KESEMUA MEREKA MEMBANTAH KERANA SEKOLAH YANG MEREKA AKAN MASUK KE SEKOLAH YANG KHAS UNTUK LELAKI. PELBAGAI BANTAHAN DIKELUARKAN NAMUN SEMUANYA...