BAB 13

78 16 3
                                    

Wonyoung p.o.v

     " Puan pengetua cari saya ke?" Pintu bilik pengetua dibuka dengan perlahan. Kelihatan turut ada seorang lelaki dan seorang perempuan di dalam bilik itu. Jisoo mengangguk dan mengisyaratkan wonyoung masuk.

    " Duduk wony... Omma nak cakap sesuatu dengan kamu." Kata Jisoo perlahan. Wonyoung perasan ibunya kelihatan lain dari biasa. Matanya memandang kedua-dua orang asing di depan matanya ketika ini. Kenapa ni? Ada apa-apa ke sampai dia kena panggil ke sini?

    " Wony... Omma tak tahu nak mula dari mana... Haih... Perempuan ni ibu kandung kamu Wony... Dan lelaki ni datuk kamu. Ibu kamu tahu tentang kamu dari blog yang sana buat dulu.. Dan dia nak jumpa kamu..." Kata Jisoo perlahan-lahan dan lembut. Wonyoung memandang wanita itu sebelum tergelak sinis.

     " Selepas buang saya dulu? Hmm?" Soal wonyoung dengan suara sinis. Jisoo terdiam. Dia tahu anaknya sangat menunggu peluang ni. Peluang memarahi ibu kandung yang membuangnya ketika dia baru lahir dulu.

    " Maaf Wonyoung... Ibu tak bermaksud nak buang kamu. Ibu terlalu muda masa tu. Ibu tak tahu macam mana nak tanggung benda ni seorang diri. Ayah kamu tak nak bertanggungjawab. Maafkan ibu wonyoung... Maafkan ibu...." Wanita itu berkata dengan nada sayu. Tapi sayang hati Wonyoung dah lama tertutup untuk seorang ibu kandung. Di dalam hatinya ada seorang wanita saja dan wanita itu Jisoo.

      " Tolonglah berhenti dengan drama ni. Sakit telinga sayalah dengar semua benda ni! Merapu je semua benda! Eh, perempuan! Saya boleh mati masa kau letak saya kat lorong belakang tu tau. Saya boleh kena makan dengan anjing atau kena bunuh dengan entah siapa-siapa... Kenapa tak letak kat rumah anak yatim je?" Wonyoung berkata dengan suara yang tinggi. Jisoo tenang di tempat duduknya. Manakala wanita kelihatan sangat bersalah sekarang ni.

     " Kamu jangan kurang ajar. Apapun jadi, dia yang lahirkan kamu ke dunia ni. Anak saya masih terlalu muda untuk menjadi seorang ibu ketika itu. Sebab tu saya minta tinggalkan kamu kat tempat lain biar ada orang jaga kamu." Lelaki itu memarahi wonyoung kerana berkurang ajar dan dia dijeling oleh wonyoung dengan tajam.

    " Macam mana dengan saya pulak?! Saya masih kecik dan perlukan ibu masa tu! Tapi, dia tinggalkan saya macam tu dengan harapan saya dapat hidup tanpa dia. Ya saya berjaya hidup tanpa dia kerana Omma. Satu-satunya ibu yang saya ada. Kalau dia tak berbaik hati nak bawa saya balik dan jaga saya sampai saya besar macam ni, saya mungkin dah takde kat dunia ni lah!" Balas Wonyoung semula. Dia memandang Jisoo dan meminta diri untuk keluar. Jisoo mengangguk membenarkan. Tak menunggu lama, Wonyoung terus keluar dari bilik pengetua. Malas dia menunggu lebih lama dalam bilik itu.

Jisoo p.o.v

     " Jadi Tuan dengan Puan dah nampak kan kesan membuang anak? Saya tak didik dia macam tu. Dia dah lama rancang apa yang dia nak cakap kat ibu kandung dia kalau dia jumpa Puan satu hari nanti. Rasanya tu baru sikit. Kalau lagi lama, mungkin lagi banyak benda dia nak cakap. Puan patut bersyukur dia cakap sikit je." Kata Jisoo dengan nada perlahan. Lelaki itu tak mempedulikannya dan terus menarik anaknya yang masih menangis keluar dari bilik Jisoo.

      " Dah tua tapi perangai macam budak belum matang..." Kutuk Jisoo apabila kelibat lelaki dan wanita itu menghilang. Bangga rasanya dia dengar apabila namanya disebut oleh anaknya sebagai satu-satunya ibu untuk Kim wonyoung.

----------

Hyunjin p.o.v

     " Macam mana nak masuk asrama?" Soalan Yuri di sebelahnya membuatkan Hyunjin yang sedang menyemak kemasukan ke dalam asrama untuk tahun itu  mengangkat muka. Apahal tiba-tiba budak ni nak masuk asrama?

      " Kau kenapa? Ni asrama lelaki lah... Mana ada asrama perempuan. Lagipun, asrama ini untuk budak yang tinggal jauh. Kalau kau setakat jalan kaki boleh sampai sini, tak payahlah nak masuk asrama." Balas Hyunjin. Yuri mencebik.

    " Aku nak duduk asrama. Ibu kandung aku dah dapat jejak aku kat mana. Dari semalam dia menjerit suruh aku keluar sebab nak jumpa aku. Semaklah aku dengan perempuan gila tu! Nak je aku balik pasu bunga mina unnie kat kepala dia!" Marah Yuri teringat kejadian semalam. Hyunjin kelihatan sedikit terkejut dan mengangkat sebelah keningnya.

     " Wait. Ibu kandung kau?" Soal Hyunjin perlahan. Yuri menganggukkan kepalanya sebelum memandang ke arah Hyunjin.

     " Aku tak rasa kau dah hilang ingatan masa Chan Oppa terangkan kat kau tentang aku. Sampai dikatanya nasib baik ibu aku tak bunuh aku. Dan sebab kau adalah pengawal tak bergaji aku, kau terpaksa menarik aku ke sini temankan kau baca benda membosankan tu kan Exco Asrama?" Soal Yuri semula dengan suara sinis. Ini agak mengejutkan. Macam mana dia tahu semua tu sedangkan mereka semua ketika itu di rumah. Ketika mesyuarat dijalankan.

      " Tak. Aku tak hilang ingatan lagi Kim Yuri. Kenapa kau tak nak dengan dia? Dia ibu kandung kau kan? Dia yang lahirkan kau ke dunia ni kan?" Soal Hyunjin semula dengan pelik. Yuri mencebik perlahan.

     " AKu tak minta lahir dari perempuan tu. Dan aku tak minta lahir ke dunia ni pun. Aku lagi sanggup duduk selama-lamanya dalam perut ibu aku dari lahir ke dunia ni. Diakan ada masalah mental. Buatnya aku kena bunuh macam mana? Oh lupa. Kau mana kisah aku mati ke tak. Kau lagi suka kitaorang mati sebab takkan menyusahkan korang lagi." Malas menunggu lama, Yuri terus keluar dari perpustakaan itu. Hyunjin nak menghalang namun dijeling oleh Pengawas perpustakaan. Dia hanya boleh memandang Yuri yang semakin meninggalkannya di belakang.

      " Haih... Hati Anak Puan Kim memang semunya sama keras..."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OUR LIFE AT BOY SCHOOLWhere stories live. Discover now