BAB 2

293 29 5
                                    

Jisoo p.o.v

   " Puan kim?" Suara seorang lelaki menyedarkan jisoo dari termenung jauh. Pengetua yang berumur 28 tahun itu mengangkat muka dan tersenyum nampak ketua MPP, chan di hadapan pintu biliknya. Dia mengangguk dan chan melangkah masuk.

   " Ni Sir yugyeom minta cuti 2 hari atas urursan keluarga. Tapi, dia ke tandas sebab tu dia minta chan hantarkan untuk pengetua tandatangan." Kata chan. Borang mengambil cuti bersebab itu dihlurkan kepada jisoo. Jisoo meneliti sebelum mendatadangi borang itu.

   " Rajin betul kamu ni chan.. Tak sia-sia saya lantik kamu sebagai presiden MPP." Kata jisoo. Senyuman diukir manis sebelum kepalanya teringatkan sesuatu benda.

  " Chan, sekolah kita masih ada kekosongan?" Tanya jisoo sedikit perlahan. Chan mengangguk sambil membuat kira-kira.

  " Kita masih ada 24 kekosongan sebelum mencapai target 2500 orang pelajar puan." Jawab chan. Jisoo menangguk-angguk sambil cuba membuat sesuatu di dalam kepalanya. Merangka strategi mengubah anak-anaknya.

  " Okey. Simpan 14 kekosongan untuk saya. Saya ada calon pelajar yang akan dimasukkan ke sini. Boleh?" Tanya puan kim kembali.

  " 14 ? Oh.. Okey puan. Mereka masuk esok ke? Seragam macam mana?" Tanya chan bertubi-tubi. Dia memamng mengambil berat hal pelajar sekolah ni.

  " Ya.Esok. Pasal seragam nanti saya uruskan dengan miss lisa. Kamu boleh balik semula ke MPP chan. Oh ye, panggilkan miss lisa sebelum balik ke MPP." Chan mengambil borang yugyeom semula sebelum menuju ke tempat miss lisa.

  " Puan nak jumpa saya?" Tanya lisa. Jisoo mengangguk. Dia meminta lisa menutup pintu sebelum masuk.

----

Chan p.o.v

    " Esok ada student baru lagi.." Kata chan sebelum mengeluh duduk dikerusi sebelah jun yang sedang sibuk meneliti dokumen berkenaan kokurikulum pelajar tingakatan 1. Dia mengerutkan kening melihat kepenatan chan. Pergi lari padang ke apa budak ni?

   " Apahal kau penat sangat? Pergi jumpa puan kim je pun.." Tegur mingyu. Matanya meneliti setiap perkataan yang patut diletakkan dalam majalah sekolah tahun lepas. Apasal banyak typo setiap perkataan ni?

  " Wei, kau tau tak semalam gyu, penolong setiausaha kita bergaduh dengan budak perempuan kat kedai 7eleven." Kata changbin tiba-tiba. Semua memandang dia dan muka beomgyu yang kemerahan.

   " Muahahah! Wei, budak lelaki kat sekolah ni tak cukup ke sampai kau nak gaduh dengan budak sekolah lain? Perempuan pulak tu.." Kata hyunjin dengan gelak tawanya lagi.

  " Buakn salah aku eh.. Budak tu yang geram dengan kawan aku kat SOPA. Tak pasal-pasal rosak imej aku sebagai budak cemerlang tercalar. Dan lagi satu kenapa kau cerita kat diaorang changbin? Karang nantisi instafamous dengan tik tok master tu viralkan aku pulak!" Marah beomgyu. Matanya memandang felix dan minho yang sedang menulis sesuatu dalam telefon mereka.

   " Eh, bijaknya kau gyu. Memang kitaorang baru nak post ni." Kata minho menunjukkan skrin telefonnya. Felix turut membuat benda yang sama dengan senyuman sampai telinga.

   " HYUNG! FELIX!" Beomgyu mengejar kedua-dua ahli MPP itu. Bising sekejap bilik MPP dengan gelak ketawa mereka semua.

--------

Ryujin p.o.v

   "UHUK! Unnie, air!" Kata ryujin yang tersedak ketika sedang makan. Sana menggeleng-gelengkan kepala sebelum menghulurkan segelas air suam kepada ryujin. 

   " Tu lah.. Makan macam orang kebulur tak jumpa makanan setahun. Kan dah tersedak." Bebel mina sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Ryujin yang sudah rasa lega sedikit menjeling mina dengan tajam.

   " Mana adalah unnie! Ni mesti ada orang gosip pasal ryu ni. Disebut nama ryu sampai tersesak anak orang tengah makan." Kata minju mempertahankan ryujin. Mina mencebik. Pinggan yang sudah kosong diletakkan ke dalam singki. Tiba-tiba,

   " OMMA DAH BALIK! AUCH!" Suara jisoo menjerit kedengaran. Kelam kabut sana ke depan melihat apa yang terjadi kepada omma mereka. Bantal kesayangan tzuyu iaitu bantal yoda selemat mendarat di muka jisoo.

  " Ops. Sorry, omma. Mana tzuyu tahu omma nak balik masa ni? Salah yurilah ni. Main campak-campak bantal. Kan dah kena omma?" Marah tzuyu pada adiknya. Yuri mencebik.

   " Unnie mulakan dulu..." Marah yuri balik.Mana boleh dia disalahkan sedangkan unnienya bersuka ria. Tzuyu menjegilkan mata. 

   " Dah sudah tu. Kamu adik-beradik kalau tak gaduh tak sah kan? Omma ada bawa hadiah balik ni.." Kata jisoo sambil meletakkan beg kertas itu di atas meja. Sana mengintai isi beg itu dan mengeluarkan sepasang baju sekolah bersama skirt.
  
      " Ommaaa... kan kitaorang tak nak pergi sekolah lagi...." rungut yuri melihat baju itu.
  
      " Sekejap. Omma ni bukan lencana sekolah omma ke?" Tanya lia memandang baju itu dengan mata bulat.
  
       " Yalah. Kamu akan ke sekolah omma..." Kata jisoo tenang.
  
      " HA? TAK NAK!!!!"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

OUR LIFE AT BOY SCHOOLWhere stories live. Discover now