BAB 5

264 29 0
                                    

Di rumah Jisoo, 

   " Unnie, boleh wony tanya soalan tak?" Semua mata yang dipanggil unnie yang berada di depan televisyen memalingkan muka ke wonyoung yang baru duduk di sebelah yujin. Kusyen diambil satu dan dipeluk.

   " Tanyalah.." Kata eunbi di sebelah chaewon sambil mencapai penutup bekas brownies di depannya. Dia meletakkan bekas yang sudah ditutup di depannya.

   " Kenapa omma tak kahwin lagi lepas ahjussi jin tinggalkan dia? Omma dah sakit hati ke? Tak nak kahwin lagi?" Tanya wonyoung selamba. Cerita di Tv tidak dipedulikan seketika kerana semua berfikir jawapan untuk soalan spontan wonyoung.

   " Entah.. Mungkin sebab omma belum jumpa lelaki yang betul-betul sayangkan kita dan dia sendiri. Bukan sebab harta je.." Balas sana tenang. Wonyoung mengangguk-anguk tanda faham. Bekas keropok di tangan yujin diambil sebelum dimakan sedikit.

   " Apa kata kita cari suami untuk omma? Sebagai tanda terima kasih sebab omma jaga kita selama ni.." Tiba-tiba yena mengeluarkan cadangan. Semua memandangnya dengan dahi berkerut. Biar betul nak tolong omma?

   " Entah kenapa yuri setuju pula.. Lagipun, omma kan sibuk uruskan sekolah, kita lagi.. Apa kata kita pulak tolong omma kali ni.." Kata yuri bersetuju dengan cadangan yena. Mereka semua berfikir sesuatu sambil meletakkan tangan di dagu.

  " Unnie rasa cadangan yuri dengan yena tu okey.. Memang omma sibuk kan.." Kata sana pula. Matanya masih memandang Tv. Chaeyeon menggelengkan kepalanya.

   " Unnie, kita ni perempuan. Dan mana kita nak cari lelaki yang macam tu.. Lainlah kalau lelaki, mesti dia tahu mana nak cari lelaki baik.." Bantah chaeyeon. Jihyo yang mendengar tiba-tiba tersenyum evil dan menyebabkan semua memandangnya.

   " Jihyo ada cadangan..." Dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang sebelum panggilannya dijawab.

???: Helo, apahal telefon ni?
Jihyo: Haih.. Ahjussiku Junho.. Orang telefon salah, tak telefon salah. Apa yang betul?
Junho: Takdelah.. Telefonlah tepat pada masanya.. Semua tengah rehat ni..
Jihyo: Ahjussi ada kat rumah lah? Boleh jumpa?
Junho: No problem. Tapi datang sendirilah. Kitaorang takde mood nak jemput.
Jihyo: Banyak songeh punya orang tua.. yelah.. Kitaorang datang. Jangan lari pulak pergi kedai lepak. Sepak kang!
Junho: Mentang-mentang dah besar, main sepak-sepak je eh..
Jihyo: Of cozlah... Ni kan jihyo.. Bye, ahjussi. Jumpa nanti.
Junho: Hmmm..

   " Jom jumpa diaorang." Kata jihyo. Mereka semua bangun dari duduk masing-masing dan mengemaskan diri untuk berjumpa orang yang menjaga mereka apabila jisoo sibuk di sekolah. Atau ketika jisoo ada mesyuarat di tempat jauh.

--------

Sevenstraytxt p.o.v

    " Aduh! Kau ni pahal hyung?! Tiba-tiba baling kertas kat muka orang.." Marah wonwoo pada jun. Kertas-kertas kemasukan twitzone yang dibaling kepadanya dikumpulkan kerana bersepah di atas mejanya sendiri.

   " Kau tu yang apahal.. Tiba-tiba berangan macam orang gila.. Tersenyum seorang diri pulak.. Ada masalah mental ke?" Tanya jun kembali. Wonwoo tersengih untuk menghilangkan malunya. Ingat takde orang sedar dia berangan, tapi masalah bila abang long kawasan sedar dia berangan.

   " Takdelah.. Aku cuma teringat sesuatu je.." Balas wonwoo. Jun memandangnya dengan muka tak percaya. Macam baru kenal wonwoo semalam. 

   " Mesti hyung fikir pasal budak perempuan baru tu kan? Muka semua bukan calang-calang cantik, tapi.. Perangai aduhai.. Tak boleh bawa bincang betul. Savage betul semua.. Lawan wanna one selamba je.." Keluh hyunjin pula yang leka bermain telefon dari tadi.

  " Mestilah kan.. Hyung jatuh cinta dengan tarzan tadi.. Dia terjun nak rehat selamba je.. Dahlah punya tinggi kelas kita.." Kata chan pula. Teringat mina yang menghilangkan diri sebaik sahaja waktu rehat berbanding kakak-kakaknya yang lain.

    " Siapa nak jatuh cinta dengan tarzan? Kau je lah.. Hyung tak nak okey.." Bantah wonwoo. Sedangkan dia suka tengok mina, walaupun ganas dan savage namun kecantikannya memang tak dapat dinafikan. Visual macam adik-beradiknya yang lain.

   " Hyunglah.. Tak nak mengaku. Padahal tenung anak Puan kim macam nak tembus.." Perli dk pula. Wonwoo memuncungkan bibirnya tanda protes. Ketika mereka sedang sibuk bergaduh, tiba-tiba,

   " Hyung, kitaorang dah sampai!! Bersama 14 americano.." Entah dari langit mana, soobin muncul bersama han dan felix membawa 14 americano yang dibeli di kafe berhampiran. Mereka mengagihkan americano itu kepada yang lain.

   " Oh ye, lupa nak cakap. Tadi kitaorang jumpa Puan kim. Dia minta kita datang awal esok. Katanya nak buat mesyuarat dengan MPP berkenaan pelajar baru tu.." Han memaklumkan. Anggukan dari jun dan yang lain membuatkan dia kembali menilik telefonnya.

   " Takde benda lain nak bincang selain budak baru tu ke?" Beomgyu soal dirinya sendirian. Sebuah rantai loket dengan huruf 'R' dikeluarkan dari poket. Rantai ni milik budak yang gaduh dengan dia kat 7eleven masa tu. Dia teringgal rantai ni.. Mungkin tercabut masa dia marah.. Nantilah dia pulangkan..

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OUR LIFE AT BOY SCHOOLWhere stories live. Discover now