Sana p.o.v
" Eh perempuan.. Hidup kau ni pelik betullah. Kot ye pun nak jadi stalker, pergilah stalk lelaki yang hensem macam aku.. Yang kau nak jadi stalker mak kau sendiri buat apa?" Sana menoleh ke belakang memandang datar Jun. Tuhan berilah dia kesabaran supaya dia tak bunuh anak orang kat sini.
" Aku tak ajak kau ke sini pun kan.. Kau yang gedik nak ikut aku 24 jam. Apa kau ni babysitter aku ke? Dan lagi satu, bila masa kau hensem. Muka macam monyet sesat masuk bandar ada hati nak cakap diri sendiri hensem." Balas Sana selamba. Dia menoleh ke depan kembali memandang Jisoo bersama seorang lelaki yang tak dikenali. Jun pun memandang ke arah Jisoo dan lelaki itu sebelum dia tersedar.
" Oh? Aku kenal lelaki tu. Tak silap akulah.." Kata-kata Jun membuatkan Sana memandang tepat ke arahnya dan membuatkan lelaki china itu menelan air liurnya melihat pandangan tajam sana.
" Kau kenal dia? Siapa dia? Dia baik ke jahat? Dia ada gf? Dah kahwin atau masih single?" Bertubi-tubi soalah keluar dari mulut sana hingga membuatkan Jun pening. Soalan mana dia nak jawab ni?
" Ya aku kenal dia. Dia abang Hyunjin. Nama dia Park Jinyoung. Kalau aku tak silaplah, abang tiri rasanya.. Dia masih single sampai sekarang. Pasal gf tu aku tak tahu.. Yang aku tahu dia single lah.. Dia baik wei.. Dia selalu jadi sukarelawan dekat rumah anak yatim. Selalu juga tolong orang miskin." Balas Jun perlahan. Sana mengangguk faham. Matanya memandang ke depan kembali.
" Puan Kim kalau senyum memang cantik macam tu eh? Aku tak pernah tengok dia senyum selebar tu.. Cantik betul." Soal Jun apabila memandang ke depan kembali. Serius sangat-sangat cantik senyuman pengetua sekolah mereka itu. Sana menggelengkan kepala perlahan.
" Senyuman dia memang cantik. Tapi tak pernah kitaorang tengok omma senyum macam tu. Lain macam senyuman dia kali ni." Balas Sana sambil matanya masih memandang Jisoo dan Jinyoung yang berbual mesra. Mereka berdua tak sedar yang ada dua remaja sibuk melihat mereka berdua.
" Jomlah pergi sana.. Tak baik kacau diaorang berdua. Karang baru nak berkenalan dia dah lari takut tengok Pengetua Kim ada stalker." Ajak Jun. Sana mencebik namun dia berjalan juga dulu. Jun mengikut dari belakang. Dia berjalan cepat sehingga dia dapat berjalan beriringan dengan Sana.
YOU ARE READING
OUR LIFE AT BOY SCHOOL
AcakPUAN KIM, IBU ANGKAT KEPADA TWITZONE TELAH MEMINDAHKAN 14 ORANG ANAK ANGKATNYA KE SEKOLAH MILIKNYA. NAMUN KESEMUA MEREKA MEMBANTAH KERANA SEKOLAH YANG MEREKA AKAN MASUK KE SEKOLAH YANG KHAS UNTUK LELAKI. PELBAGAI BANTAHAN DIKELUARKAN NAMUN SEMUANYA...