Eunbi p.o.v
" Wei perempuan." Eunbi langsung tak mengangkat muka dari buku di depan matanya kerana dia mengenali suara itu. Siapa lagi kalau bukan Ketua MPP a.k.a rakan sekelas yang dipaksa bersamanya membuat projek rumah Hijau.
" Kau nak apa lelaki? Perhatian?" Soal Eunbi semula. Mata masih berlari-lari di atas buku yang dibacanya. Chan mengeluh sebelum meletakkan kotak di atas meja mereka berdua. Barulah Eunbi mengangkat muka.
" Oh.. Dah jumpa juga akhirnya kotak ni.. Kalau aku tak suruh cari, memang kau takkan cari kan?" Kata Eunbi memegang kotak itu dan cuba mencari kalau ada koyak ataupun kerosakan pada kotak itu. Chan memandang tingkah laku eunbi sehingga gadis itu tersedar dia diperhatikan. Dia meletakkan semula kotak itu di tempatnya.
" Seriuslah Chan? Kau memang nak perhatian ke apa?" Soal Eunbi sekali lagi. Chan menggelengkan kepalanya perlahan.
" Aku nak tanya sesuatu. Tapi jangan marah. Kalau kau marah, aku lari dulu. Kau ingat ke apa jadi sebelum Puan Kim jumpa kau kat rumah kosong tu?" Soal Chan perlahan. Mata Eunbi berhenti berlari di atas bukunya. Dia menganggalkan cermin mata yang dipakainya dan memandang ke arah lelaki itu sambil menongkat dagu.
" Kenapa kau nak tahu sangat? Kau bukannya rapat dengan aku. Adik beradik aku pun tak tahu kejadian tu." Soal Eunbi semula. Chan mengetap bibir. Entah. Dia pun tak tahu kenapa dia nak tahu sangat benda tu. Sejak pertama kali dengar, dia tak boleh berhenti fikir apa sebenarnya terjadi kat eunbi.
" Rumah kosong tu rumah keluarga aku sebelum diaorang hilang. Diaorang hilang masa aku kat sekolah. Aku tak tahu saudara mara aku jadi aku duduk kat situ. Mulanya aku fikir aku akan mati je kat situ, tapi nasib baik. Omma jumpa aku. Dia bawa aku balik dan perkenalkan adik beradik aku. So, this is me now. Kim Eunbi." Cerita Eunbi. Dia menyarungkan semula cermin mata dan menyumbat earphone dalam telinga. Supaya tidak mendengar komen Chan. Matanya kembali berlari di atas buku.
" Aku tak sangka ada orang macam kau juga.. Aku ada family tapi tak pernah hargai diaorang..." Bisik Chan perlahan. Matanya memandang Eunbi lagi. Sedih kisah hidup dia tapi dia tak pernah kisah. Muka dia sentiasa gembira. Terutamanya ketika bersama adik beradiknya.
-------
Sementara itu,
Mina p.o.v
" Kim Mina!" Langkah mina terhenti mendengar seseorang memanggil namanya. Belum sempat dia berpaling ke belakang, buku yang terlebih muatan di tangannya diambil seseorang. Jadi, dia pegang setengah, orang yang memanggilnya memegang setengah.
" Sini aku tolong. Sir Bambam pun satu.. Suruh perempuan bawa buku yang terlebih muatan ni.. Dahlah Bilik Guru jauh.." Bebel Wonwoo. Mina hanya membiarkan wonwoo membebel sambil memegang buku yang dibawanya. Dia meneruskan langkah ke bilik guru. Wonwoo yang tersedar dirinya ditinggalkan mengikut mina dari belakang.
" 10 meter. Itu jarak kawasan tadi dengan kelas. Saya bawa buku terlebih muatan tu selama 10 meter. Masih fikir perempuan lemah?" Soal Mina. Wonwoo hanya tersengih. Tak dapat menjawab soalan mina itu. Kemudian, kepalanya terfikirkan satu soalan.
" Mina, kenapa korang adik beradik tak masuk sekolah perempuan je? Kenapa masuk sekolah campuran? Rasanya sekolah perempuan lebih okey untuk korang dari sekolah campuran atau sekolah lelaki." Soal Wonwoo. Langkah mina terhenti. Wajah Wonwoo diperhatikan dengan tajam sehingga serba salah lelaki itu dibuatnya.
" Sebelum aku jawab, kenapa korang pilih sekolah lelaki dari sekolah campuran? Disebabkan bencikan perempuan? Ataupun korang belok?" Soal Mina sinis semula. Wonwoo faham maksud belok itu. Pantas dia menidakkan.
YOU ARE READING
OUR LIFE AT BOY SCHOOL
RandomPUAN KIM, IBU ANGKAT KEPADA TWITZONE TELAH MEMINDAHKAN 14 ORANG ANAK ANGKATNYA KE SEKOLAH MILIKNYA. NAMUN KESEMUA MEREKA MEMBANTAH KERANA SEKOLAH YANG MEREKA AKAN MASUK KE SEKOLAH YANG KHAS UNTUK LELAKI. PELBAGAI BANTAHAN DIKELUARKAN NAMUN SEMUANYA...