Sana p.o.v
" Sewel gila ahli MPP tu. Ingat kita nak sangat ke berkawan dengan mereka? Perasan diri tu hensem sangat.." Ngomel jihyo geram sambil memotong bawang di hadapan mereka. Sana, jihyo, mina, minju dan ryujin sekarang ditugaskan untuk memasak makanan malam sebab jisoo balik lambat hari ni. Mereka pun tak suka menyusahkan ibu angkat mereka itu.
" Sabarlah hyo.. Nak buat macam mana? Tak pernah ada orang normal kat sekolah omma tu. Omma pun sama tak normalnya dengan diaorang.." Balas sana pula sebelum kimchi dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk.
" HA! Unnie kutuk omma tak normal eh? Bagitau omma.." Entah dari mana yuri muncul di hadapan kakak sulungnya itu bersama satu bakul berisi baju.
" Heish.. Sekali lagi yul terkejutkan orang macam tu, unnie balik pisau ni kat kau." Ugut sana sambil menunjukkan pisau yang digunakan untuk memotong kimchi sebentar tadi. Yuri menjelir lidah sebelum berjalan ke bilik belakang atau lebih dikenali sebagai bilik basuh baju.
" Ryu, cuba call omma. Tanya omma bila dia nak balik." Arah sana sebelum memandang ryujin. Ryujin memandang sekilas sana sebelum mengangguk. Pisau yang digunakan memotong kentang tadi diletak ke tepi sebelum dia membasuh tangan. Telefon rumah diambil dan dia mendail nombor ibunya.
Ryujin: Helo omma. Unnie tanya bila omma nak balik?
???: Ini anak jisoo eh? Maaflah jisoo unnie ke tandas sekejap. Nanti dia datang balik.
Ryujin: Oh okey. Ini auntie jennie eh?
Jennie: Dan ini ryujin kan? Kenal lagi kamu suara auntie.
Ryujin: Mana tak kenal. Auntie yang selalu menyanyi untuk tidurkan kami dulu.
Jennie: Hahaha.. teringat balik. Eh, ryu. Ni jisoo dah sampai.
Jisoo: Ryu? Kenapa telefon? Ada sesuatu terjadi ke?
Ryujin: Tak. Cuma sana unnie suruh tanya bila omma nak balik.
Jisoo: Oh.. Kejap lagi baliklah.. Omma nak berbual kejap dengan jennie.
Ryujin: Okey. Kami tunggu kat rumah eh.. Mina unnie masak stew ayam.
Jisoo: Uish.. Sedap betul. Um. Kejap lagi omma balik eh. Bye.
Ryujin: bye..Jisoo p.o.v
" Lama jennie tak jumpa budak-budak tu. Sihatlah diaorang?" Tanya jennie perlahan bila melihat jisoo meletakkan telefonnya ke meja semula. Jisoo hanya tersenyum sebelum mengangguk perlahan.
" Last jennie jumpa masa sana 7 tahun. 10 tahun dah berlalu.. Ni apa cerita ni? Lama tak dengar berita sejak kahwin ni.." Tanya jisoo pula. Jennie tersenyum kecil.
" Biasa je unnie. Takdelah seronok sangat kahwin. Takdelah tak seronok juga. Boleh lah sikit-sikit.. Unnie ni bila nak kahwin? Sejak Jin oppa tinggalkan unnie, jennie tak pernah tengok lagi unnie berbual dengan mana-mana lelaki. Unnie masih patah hati ke?" Tanya jennie dengan penuh berhati-hati. Takut melukakan hati wanita di depannya ini.
" Ish mana adalah.. Unnie dah tak ingatkan jin lagi. Dia dah pun bahagia dengan sowon. Biarlah dia bahagia. Cuma, luka kat hati masih terasa. Unnie tak dapat lagi buka hati untuk lelaki lain." Wanita itu bercerita dengan senyuman yang sakit. Jennie hanya dapat memandang sahaja.
" Sabarlah unnie. Mungkin jodoh unnie dengan orang lain kot. Janganlah risau.. Kalau ada jodoh takkan kemana. Nanti jennie tolong buat sesuatu untuk unnie okey?" Jennie membalas. Jisoo mengangguk perlahan. Mereka berbual-bual tentang kehidupan seharian jennie sebagai isteri dan kehidupan jisoo sebagai ibu kepada twitzone.
------
Rumah Keluarga Kim,
Jam dah hampir menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Jisoo perlahan-lahan memasuki rumahnya sebelum menutup pintu. Tak nak menganggu anak-anaknya tidur. Kelihatan yujin dan chaewon di depan Tv. Kedua-duanya terlelap dengan Tv masih dibuka. Jisoo menutup Tv dan ke dapur. Niatnya nak minum air. Tapi terhenti apabila terpandang satu nota yang diletak di atas tudung salji yang menutup makanan.
Omma, omma kena makan tau. Penat kami masak. Nanti omma simpan lauk okey?
- Sana, jihyo, mina, minju, ryujin-Senyuman muncul di bibir jisoo melihat nota itu. Tudung salji dibuka. Ada stew ayam dan stew kimchi. Mesti mina dengan minju masak. Dia mengambil sedikit nasi di dalam periuk nasi sebelum makan. Tanpa sedar, ada seseorang memerhatinya dengan senyuman ceria. Ceria melihat si ibu berselera menjamah makan malam.
Lia p.o.v
" Huh. Gila banyak kerja kelab Vocal ni. Apalah nasib aku, baru masuk dah kena jadi setiausaha kelab vocal. Tak pasal-pasal kena buat semua kerja ni. Oh tuhan, bantulah aku membalas dendam kepada jongho yang tak guna tu." Keluh Lia sebelum sambung menaip di dalam laptop yang berada di ribanya. Telefonnya yang tiba-tiba berbunyi menarik perhatiannya.
Uknown number
Hai Lia. Boleh Add
dalam contact?" Siapa pulak yang pergi chat tengah-tengah malam buta ni? Tak sihat ke apa? Dahlah tu, tak kenalkan diri pula." Bebel Lia sebelum menaip di telefonnya.
Uknown number
Ehem. Ni siapa eh?
Kenapa tiba-tibachat anak orang tengah malam?
Ni soobin. Choi
soobin. MPP sekolah.
Urgh.. Mamat ni rupanya.
Apa kau nak?
Aik? Marah ke?
Ya. Dan kalau
setakat nak berkawan
dengan aku, baik
tak payah.Bye.
Tunggu kejap. Aku nak cakap
Yang kerja tu kena siap esok.Urgh.. Whatever Choi Soobin!
Telefon terus diletakkan ke tepi sebelum dia memandang ke laptopnya semula. Baru siap 39%. Ada lagi 61%. Gila Kau Choi Jongho dan Choi Soobin. Aku pasti akan balas dendam lepas ni. Kau berdua tunggu je.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
OUR LIFE AT BOY SCHOOL
CasualePUAN KIM, IBU ANGKAT KEPADA TWITZONE TELAH MEMINDAHKAN 14 ORANG ANAK ANGKATNYA KE SEKOLAH MILIKNYA. NAMUN KESEMUA MEREKA MEMBANTAH KERANA SEKOLAH YANG MEREKA AKAN MASUK KE SEKOLAH YANG KHAS UNTUK LELAKI. PELBAGAI BANTAHAN DIKELUARKAN NAMUN SEMUANYA...