BAB 15

53 8 4
                                    

Jisoo p.o.v

      " Aku rasa aku dah okey nak lanjutkan hubungan ni dengan Jinyoung, tapi aku masih tak berani nak kenalkan Jinyoung dengan anak-anak aku, Jennie... Macam manalah aku nak buat ni?" Soal Jisoo perlahan sebelum mengacau air di dalam gelas menggunakan straw yang disediakan.

      " Kenapa kau takut nak kenalkan kat anak-anak kau? Takut diaorang tak terima Jinyoung?" Soal Jennie semula. Agak pelik sebab dia tahu anak-anak Jisoo nak ibu mereka bahagia je. Sepanjang Jisoo bersama Jinyoung, dia nampak sinar kegembiraan pada wanita itu. Kenapa anak-anak dia nak halang pulak kan?

     " Kau tahukan aku ada sejarah teruk? Mereka hanya takut Jinyoung akan tinggalkan aku macam mana Jin tinggalkan aku. Diaorang kan tak suka tengok ibu diaorang menderita..." Balas Jisoo menjawab soalan Jennie itu. Jennie mengangguk tanda faham dengan situasi Jisoo sekarang ini.

      " Aku cadangkan kat kau, kau slow talk dengan diaorang. Kenalkan dulu Jinyoung sepenuhnya kat diaorang, baru lepas tu kau cakap hajat kau. Kau boleh juga buat dinner kat mana-mana dengan Jinyoung. Mungkin lepas diaorang kenal Jinyoung, baru diaorang akan kenal Jinyoung sebenarnya. Jinyoung tu nampak je dingin, tapi dia baik sebenarnya. Kau pun tahu kan?" Jennie memberikan cadangannya kepada Jisoo. Jisoo mengangguk bersetuju dengan cadangan Jennie. Tak salah dia mencuba.

     " Jisoo, tu bukan anak kau ke? Yuri? Dengan siapa tu?" Laju kepala Jisoo menoleh ke belakang. Nampak Yuri berjalan sambil menyilangkan tangan sambil seorang lelalki mengejarnya dari belakang. Dia tergelak kecil kerana dia kenal dengan pelajar lelaki itu. Pelajar lelaki sekolahnya yang diarahkan menjaga Yuri.

      " Hyunjin. Exco asram sekolah aku a.k.a salah seorang pengawas sekolah. Tak silap aku dia adik Jinyoung, kan? Jinyoung ada tunjuk gambar keluarga dia masa tu. Dia kata Hyunjin adik tiri dia." Kata Jisoo. Jennie mengangguk. Tahu tentang Hyunjin. Itupun tahu dari Jaebum tentang adik tiri Jinyoung itu.

      " Hei, tengok apa tu? Leka semacam je..." Soal Jaebum yang baru sampai bersama pesanan milik kedua-dua wanita itu. Mereka memandang ke arah Jaebum dan Jinyoung sebelum menggeleng. Nasib baik juga kelibat Hyunjin dan Yuri tak lagi kelihatan di situ. Kalau tak, mahu terkejut dia tengok Hyunjin. Sebab selalunya perempuan je yang ikut dia, ni kali ni dia pula yang ikut perempuan.

      " Umm... Jinyoung, malam ni kan, awak free tak?" Soal Jisoo tiba-tiba sebelum menyuap fries ke dalam mulutnya. Jinyoung mengangguk dengan muka pelik. Aik? Kenapa tiba-tiba ni? Ada apa-apa ke?

      " Kalau awak free, saya nak ajak awak dinner sama-sama kat rumah saya malam ni. Bolehlah saya kenalkan awak dekat anak-anak saya. Saya pun rasa kita boleh upgrade hubungan kita ni ke arah yang lebih serius..." Perlahan-lahan Jisoo menuturkan. Jinyoung perlahan-lahan mengukir senyuman manis sebelum mengangguk.

      " Of course. Saya akan datang malam ni. Akhirnya, awak rasa apa yang saya rasa juga?" Jisoo mengangguk perlahan. Kedua-duanya bertentang mata sebelum tersenyum-senyum malu. Jennie dan Jaebum di depan mereka berdua membuat muka sedikit jijik.

      " Korang jangan nak jijik-jijik eh... Korang masa bercinta dulu lagi teruk tau... Setiap saat kena telefon. Menyampah jiwa single aku setiap kali kena keluar dengan korang berdua..." Bebel Jinyoung yang sedar dengan tatapan pasangan suami isteri itu. Akhirnya, mereka berempat sama-sama ketawa keriangan.

-----------

Rumah Keluarga Kim,

Author p.o.v

v

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OUR LIFE AT BOY SCHOOLWhere stories live. Discover now