BAB 1

349 32 1
                                    

      Puan kim membuka pintu bilik disiplin SOPA high school dgn kuat. Matanya memandang 14 orang perempuan yang buat-buat tak nampak dengan dia sebelum ke arah sekumpulan budak lelaki yabg ahlinya lebih kurang 20 orang serta guru-guru dan ibu bapa yang ada kat situ.
     
       "Puan kim? Ibu twitzone?" Tanya seorang guru. Puan kim kenal guru tu. Miss wendy. Guru Homeroom kelas wonyoung, yuri dan yujin.
   
     " Ya, saya... Apa masalah anak saya lagi,cikgu?" Tanya puan kim sambil duduk di sebelah miss wendy. Miss wendy mengeluh perlahan.
  
      " Mereka bergaduh lagi puan. Kali ni kat kantin. Habis bersepah kantin. Dan budak budak lelaki ni semua kena belasah." Puan kim melihat kecederaan budak budak lelaki itu. Anaknya punya kecederaan pun agak teruk. Tapi yang dicakap adalah budak lelaki ni je?
    
       " Diaorang salah cikgu. Siapa yang suruh diaorang kacau wonyoung? You piece of sh*t!" Bebel eunbi. Siap mencarut lagi tu.
   
     " Kim eunbi. Language!" Tegas puan kim berkata. Terdiam anak keduanya itu.
   
     " Jadi. macam mana sekarang cikgu?" Tanya Puan kim. Muka Miss wendy berubah keruh. Dia melihat muka ahli twitzone yang membuat muka bosan.

     " Kami takde pilihan lain selain buang mereka sekolah. Mereka dah ada banyak kes serius." Kata miss wendy. Muka puan kim berubah. Dia memandang ahli twitzone sebelum mengeluh.

    " Baiklah cikgu. Kalau macam tu, saya dah takde pilihan lain. Boleh saya bawa mereka balik?" Puan kim bertanya. Miss wendy menganggukkan kepala. Ahli twitzone mengikut puan kim dari belakang.

    " Padan muka. Kan dah kena buang sekolah.." Kata salah seorang budak lelaki itu bercakap. Yujin yang berada di belakang sekali menjeling dengan hujung matanya sebelum keluar dari bilik disiplin.

-----------

     "  Suka buat omma risau macam ni kan? Sekolah mana lagi omma nak cari untuk kamu?" Bebel puan kim ketika memandu kereta miliknya ke rumah mereka. Nasib kereta besar. Muat mereka semua.

     " Omma, kami tak nak sekolah. Dah cakap kan dari dulu? Omma yang tak nak dengar.." Balas chaewon. Luka di tangannya disentuh perlahan. Pedih..

    " Hesh.. Dah tu bila besar kamu nak jadi apa? Tak nak jadi orang berjaya ke?" Balas puan kim. Terdiam mereka semua. Mereka tiba di hadapan seoul boy high school. 

   " Omma nak masuk office kejap. Kamu jangan kemana-mana. Kejap lagi omma datang balik." Kata puan kim sebelum keluar dari kereta. Dia memasuki sekolah miliknya tenang.

    " Bila budak ni balik selalunya unnie?" Tanya tzuyu pada mina. Mina memandang ke jam tangannya.

    " 5 minit lagi baliklah.." Balas mina. Sebaik sahaja dia habis cakap, loceng kedengaran dan berpusu-pusu budak lelaki keluar dari sekolah itu.

    " 5 minit lagi? Penipunya..." Perli tzuyu. Mina tersengih. Mereka semua memandang kesemua pelajar yang melepasi kereta itu satu persatu. Mata minju memandang ke seorang budak lelaki yang sedang berjalan keluar balik dari sekolah. Kacaknya pelajar sekolah Omma ni... Puji minju sendiri. Kalau adik-beradik dia tau, mesti dia kena perli.

   " Unnie, ryu nak keluar... Bosanlah.." Kata minju. Sana di sebelahnya mengangguk perlahan. Dia sibuk main telefon. Dia ingat pesan ibunya tapi diaorang kan twitzone, mana dengar cakap. Ryujin keluar dari kereta.

--------

7eleven,

    " Bosan betul sekolah. Kan bagus kalau sekolah tu tutup selamanya.." Rungut ryujin mencapai sebotol air minarel dari dalam peti sejuk. Dia mengeluarkan 1000 won dari poketnya. Nasib baik duit belanja hari ni tak guna lagi.

   " Eh, aku dengar budak sekolah kau ada yang buat masalah lagi." Kata sebuah suara. Mula-mula ryujin buat tak nampak, tapi bila nampak baju SOPA, dia mengintai dari diam. Seorang budak sekolah omma dengan sekolah SOPA.

   " Biasalah.. Mencari masalah je budak-budak tu.. Dah entah berapa kali dibuang sekolah. Ni tengok luka aku ni. Sakit tau tak... Diaorang tumbuk." Rungut budak tu. Ryujin kenal budak tu. Budak yang dia menjadi mangsa dia.

   " Siapa tumbuk kau? Kau kan lelaki,mana boleh lemah sampai kena tumbuk dengan perempuan.." Kata lelaki yang memakai baju seoul boy high school. Ryujin masih mendengar secara diam-diam.

    "  Itulah perempuan tu. Ryujin nama dia. Patutlah mak dengan ayah dia buang dia. Dia memang menyusahkan." Balas lelaki berbaju SOPA itu. Kali ni,ryujin dah tak tahan. Dia mendekati dan membaling botol yang masih penuh kepada belakang lelaki SOPA tadi.

    " Hei!" Baru je lelaki tu nak marah, namun bila nampak muka ryujin. Dia terdiam. Lelaki sekolah omma tadi terdiam membaca nametag ryujin. Tertulis 'Kim Ryujin'. Lelaki itu tersenyum sinis. Ryujin pula mengimbas nametag lelaki itu. Choi Beomgyu.

   " Kau rupanya budak yang menyusahkan orang tu.. Patutlah.. Sesuai dengan perangai kau dan muka kau yang tak cantik tu. Aku agak, mesti ibu kau buang kau sebab kau menyusahkan dia kan?" Kata beomgyu sinis. Ryujin menolak bahu beomgyu kuat. Beomgyu agak terkejut dengan kekuatan ryujin yang mampu menolaknya sehingga terlanggar dinding di belakangnya.

   " Shut up, flithy human. I'm not talking to you." Kata ryujin sebelum berpusing ke arah lelaki SOPA tadi. 

   " Kau dengar sini eh. Aku dengar sekali lagi kau sebut pasal keluarga aku, memang kau takkan jumpa ibu dengan ayah kau lagi lepas ni..." Kata ryujin sambil menarik lokar baju sekolah budak tu. Dia melepaskannya kerana telefon di dalam koceknya tiba-tiba berbunyi. Dia mengeluarkan dan melihat ID pemanggil. Tertulis ' Kim Wonyoung. '

Ryujin: Helo?
Wonyoung: Unnie, where are you? Omma dah nak mengamuk ni..
Ryujin: Kejap. Unnie datang sekarang. Wait..
Wonyoung: okey...

     " Kau selamat hari ni. Unnie, keep the change. Ryu beli air minarel yang kena baling tu." Ryujin menghulurkan 1000 won kepada penjaga kaunter itu. Penjaga kaunter bernametag Lisa tu memang kenal dia. Lisa mengangguk. Dia menyimpan duit itu. Ryujin melangkah keluar meninggalkan kedai itu dan berlari ke kereta ommanya. 

    Dalam perjalanan balik, twitzone dihujani dengan bebelan puan kim tentang perangai mereka dan juga tentang ryujin yang keluar tak bagitahu dia. Namun, ryujin mendiamkan diri. Perkara yang berlaku di dalam 7eleven tu buat hati dia meletup. Panas je..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

OUR LIFE AT BOY SCHOOLWhere stories live. Discover now