"i dah kat luar rumah u" satu message dari Minju di pagi hari kepada Seohyun "luar rumah???" Seohyun meninjau dari tingkap biliknya dan melihat sebuah kereta Ferrari merah di depan rumahnya
"Seohyun... Minju datang" jerit Puan Oh A-Young iaitu ibu kepada Seohyun. Seohyun turun kebawah dan mengajak Minju naik ke biliknya untuk mengelakkan Minju berbual dengan keluarganya kerana sikap ingin tahu keluarganya sungguh tidak boleh dikawal. Risau akan rahsianya yang menyukai Doyoung bocor, Seohyun rela mengajak orang luar masuk ke dalam biliknya
"Mom... tu bukan ke tunang Doyoung? kenapa dia kawan dengan Seohyun??? maybeee Seohyun kene..." "eish kamu ni mengarut jelah" kata Puan Oh kepada menantunya itu "biarlah Seohyun tu nak kawan dengan siapa pun.. lagipun bukannya Seohyun bercinta atau masih ada hati dengan Doyoung pun... tu semua cerita lama" tambah Puan Oh.
SKIP
Minju yang memasuki bilik Seohyun puji akan kekemasan bilik tidurnya dan melihat banyak gambar-gambarnya bersama Jimin dan Doyoung di suatu sudut khas "wow banyaknya gambar" "eh this picture masa korang bercuti dekat..." "Jeju" jawab Seohyun sambil mendandan dirinya untuk keluar bersama Minju "ahh yes Jeju!" "Doyoung ada cerita haritu.. but I lupa hahaha" kata-kata Minju membuatkan Seohyun terdiam kerana setahunya Doyoung seorang yang tidak suka bercerita apatah lagi dengan orang yang tak rapat. "maklumlah 12 tahun I dengan dia.. so macam-macamlah dia cerita dekat I huhu" tambah Minju. Seohyun hanya mampu tersenyum memandang Minju melalui cermin meja soleknya.
SKIP
"kata nak pergi tengok baju wedding? kenapa kita dekat sini pulak?" tanya Seohyun pelik melihat Minju memberhentikan keretanya di hadapan shopping mall bukannya di hadapan butik pengantin
"hari masih panjang sooo kita enjoy dulu lah!" jawab Minju dengan selamba.SKIP
Seohyun tak sangka Minju seorang yang tidak tahu erti penat dan seorang kaki shopping "Seohyun ni cantik!!! sesuai untuk u!!" kata Minju sambil mendekatkan sehelai dress ke badan Seohyun "eh kenapa untuk I pulak.. U beli jelah untuk u"tolak Seohyun dengan sopan "eh mana boleh, u kan dah teman I shopping harini.. so anggap jelah ni hadiah dari I" "jangan tolak okay Dr.Choi" "Minju.. I" "kalau u tolak, kita takkan habis shopping sampai u terima hadiah I" kata Minju yang berkeras memberikan Seohyun hadiah "okay..." jawab Seohyun dengan pasrah
"dah habis shopping!! soo nextt baju weddingg!!!" kata Minju dengan gembira
setelah sampai di butik pengantin, perjalanan Seohyun yang melihat pelbagai jenis baju pengantin terhenti //"nanti beberapa tahun akan datang, I janji I akan sediakan wedding yang grand untuk kita! I akan duduk luar fitting room tunggu u siap pakai baju wedding and terkejut" "terkejut? kenapa terkejut?" tanya Seohyun "terkejutlah sebab u cantik sangat" Seohyun yang mendengar kata-kata Doyoung terus tersenyum dan memukul perlahan Doyoung "siapa kata I nak kahwin dengan u?"// sedikit flashback yang indah bersama Doyoung terlintas difikiran Seohyun. Seohyun sedar yang kini semua kenangannya bersama Doyoung telah menjadi masa lalu. Seohyun menghela nafas panjang dan berusaha menahan kesedihannya di hadapan Minju yang bakal menikah dengan lelaki yang telah lama dia cintai.
SKIP
"Seohyun!! ni cantik takk??" "u rasa kalau bulan depan muat lagi ke?" "bulan depan?" tanya Seohyun "yes, bulan depan.. bulan depanlah I kahwin" "Doyoung takde bgtau ke??" jawab Minju sambil mengemaskan rambutnya "wow bulan depan" kata Seohyun sendiri sambil senyum kecil. Saat itu dirinya betul-betul kecewa dan sedih akan sikap Doyoung yang merahsiakan perkara itu. "no worries Seohyun... kalau Doyoung tak jemput.. it's okay... I jemput... u're my guest now" "but takkanlah Doyoung tak jemput kan... dia jemput lambat je tu, busy kat office" kata Minju yang melihat Seohyun hanya mendiamkan diri.
"Minju.. I rasa peninglah.. boleh tak I balik naik taxi dulu?" "naik taxi? eh I hantarlah.." "no no it's okay, u continue jelah cari baju wedding u" kata Seohyun yang menolak kebaikan Minju "eh dah siap.. I dah letak baju yang I nak kat kaunter.. jap eh.. I bayar. I yang ambik u so ofclah I yang akan hantar u" Seohyun yang tidak mampu membahas lagi hanya turuti kata Minju. "kalau macam tu I tunggu u kat luar"
SKIP
"thank you Seohyun for today.. hope yo..." tak sempat Minju menghabiskan ayatnya Seohyun mencelah "bye Minju, drive safe" Seohyun turun dari kereta dan terus masuk ke rumahnya tanpa menoleh kebelakang untuk melihat Minju.
"sorry Seohyun.. i need Doyoung in my life" "i'm sorry" ujar Minju sendiri yang melihat Seohyun berlalu pergi dari pandangannya.
YOU ARE READING
My Love, D
Historia Corta"You are like a star, i love everything about you and we will be together forever" -Kim Doyoung-