semua tetamu memberikan pelukan kepada kedua pengantin baru. Seohyun yang juga turut memeluk Doyoung sebagai tanda tahniah dipeluk erat oleh Doyoung. Seohyun melepaskan pelukan Doyoung dan meletakkan tangan kananya di atas tangan kiri Minju. "be happy! andd cepat-cepat dapat baby okey?! congratulations lovebirds!" ujar Seohyun dengan gembira sekali.
melihat Doyoung dan Minju bersama membuatkan mata Seohyun berkaca, Seohyun keluar dari wedding hall itu kerana tidak mampu menahan kesedihannya. Jimin yang ingin menghantar Seohyun pulang ditolak oleh Seohyun "i have somewhere to go.. u baliklah dulu"
SKIP
Seohyun masuk ke dalam sebuah condominium milik Doyoung "1301" passcode condominium milik Doyoung yang merupakan tarikh lahir Seohyun.
Kelihatan gambar-gambar mereka bersama penuh mengisi ruang-ruang di dalam condo itu. Mata Seohyun berkaca melihat kesemua gambar yang ada di condo itu. baginya setiap gambar membawa maksud dan memori indah yang takkan dilupakan.
SKIP
"aku nak pergi tempat lain dulu" "kau baliklah dulu.. ni kunci" kata Doyoung yang menghulurkan kunci rumah baru mereka kepada Minju. "ha? Do.." sekali lagi Minju ditinggalkan oleh Doyoung.
Doyoung datang ke condominium miliknya untuk menenangkan fikiran namun terlihat kesemua gambarnya bersama Seohyun berdua telah tiada. Doyoung melihat sehelai kertas dan sebentuk cincin ditinggalkan di atas meja.
"Doyoung, I harap u takkan baca surat ni sebab I harap u takkan tinggalkan Minju seorang diri. tapi kalau u baca surat ni, I hope u takkan datang cari I sebab if u do, I akan benci u seumur hidup I.. I akan serba salah dengan Minju. Jangan sakitkan Minju, you're a husband now... jadi suami yang bertanggungjawab kepada Minju. Lupakan masa lalu, teruskan hidup u dengan Minju.. I tahu kalau I tak pesan pada Minju suruh jaga u pun, Minju akan tetap jaga u. Tujuan I tulis surat ini untuk bgtau u yang sejak u dan Jimin muncul dalam hidup I, hari I penuh dengan kebahagiaan dan gelak tawa. U and Jimin adalah orang yang penting dalam hidup I tapi hanya sebagai seorang kawan. dan I taknak hilang u and Jimin sebagai kawan I yang ada. Thank you for everything Jimin"
Seohyun meninggalkan cincin yang pernah diberikan oleh Doyoung semasa ulang tahunnya sebelum Seohyun pergi ke London. Cincin tersebut merupakan tanda yang Seohyun adalah miliknya dan akan dilamar oleh Doyoung satu hari nanti namun oleh kerana semua itu hanyalah masa lalu, Seohyun memulangkan cincin tersebut.
Doyoung mengoyakkan surat Seohyun sambil kedua lututnya di lantai condo miliknya dan mengalirkan air mata penyesalan.
SKIP
kedua orang tua Doyoung datang ke rumah baru mereka dan melihat Doyoung yang masih tidak pulang ke rumah. "dah pukul 11 malam! dia tak balik lagi! dia pergi mana?!" "memalukan betul!" tegas Chairman Kim
"eh tu bunyi kereta! Doyoung mesti dah balik, Minju buka pintu dulu ma pa" jawab Minju dengan sopan
"Seohyun tinggalkan aku..." "Seohyun tinggalkan aku..." Semuanya dah berakhir...." ujar Doyoung terhuyung hayang akibat terlalu mabuk. "KIM DOYOUNG!! MABUK?!!" Chairman Kim baran melihat sikap anak lelakinya yang sangat memalukan itu "Doyoung.. kenapa mabuk sangat ni?" perlahan suara Puan Park berbisik ke telinga Doyoung "Seohyun tinggalkan Doyoung ma.. Seohyun... Seohyun tinggalkan Doyoung" jawab Doyoung dengan wajahnya yang penuh kesedihan
Minju yang sedang memapah Doyoung hanya diam seribu bahasa melihat suaminya berkelakuan seperti itu pada hari pertama mereka sebagai suami isteri
"KIM DOYOUNG!!!" Chairman Kim yang mula marah akan sikap Doyoung hampir menamparnya namun ditahan oleh Puan Park "JANGAN SESEKALI U PUKUL ANAK I! DIA BERKORBAN SEMUANYA UNTUK U! TERMASUK LEPASKAN ORANG YANG DIA SAYANG! JADI JANGAN PERNAH SENTUH ANAK I KALAU U ADA NIAT NAK PUKUL DIA!" marah Puan Park yang tidak menghiraukan Minju yang berada bersama mereka
"Minju, bawa Doyoung masuk bilik" kata Puan Park kepada menantunya. "mama papa balik dulu.. apa-apa jadi Minju call papa! jangan call mama sebab papa kamu ni punca semua benda ni jadi!" tegas Puan Park yang mengambil handbagnya untuk pulang ke rumah
SKIP
"honey.. u tak sepatutnya cakap macam tu depan Minju... fikirlah perasaan dia, apa dia fikir nanti bila mak mertua dia sendiri sebut pasal perempuan lain depan dia" Chairman Kim yang teruskan perbualan sesudah mereka sampai dirumah membuatkan Puan Park bertambah marah "u tahu tak apa perasaan I bila nampak Doyoung macam tu tadi?! Doyoung takpernah macam tu tau! patah hati I tengok Doyoung sedih tersiksa macam tu! I tahu dia tersiksa, tersepit tapi I takboleh buat apa-apa! and the fact that i'm his mom yang tak mampu nak bahagiakan anak I sendiri buatkan I rasa kecewa dengan diri I! and u boleh suruh I fikirkan pasal Minju?! u sedar tak apa u buat ni dah rosakkan masa depan anak kita dan masa depan Minju!" Puan Park betul-betul marah akan suaminya sehinggakan Chairman Kim diam seribu bahasa.
"u fikirlah cara nak suruh Doyoung masuk office nanti" kata Puan Park dengan suara yang penat setelah bertekak dengan suaminya tadi.
YOU ARE READING
My Love, D
Truyện Ngắn"You are like a star, i love everything about you and we will be together forever" -Kim Doyoung-