sudah sebulan lebih Doyoung menghidap penyakit kanser dan masih tidak menerima apa-apa rawatan. Kanser Doyoung yang semakin merebak membuatkannya tidak mempunyai banyak waktu untuk meneruskan kehidupan.
"Doyoung, macam mana harini? okay?" tanya Dr.Lee yang sedang melihat chart Doyoung "okay je" Dr.Lee menganggukkan kepalanya melihat keadaan Doyoung yang tidak semakin teruk itu
SKIP
"CEO OF K CORPORATION IS DIAGNOSED WITH CANCER" headline yang terpampar di kaca tv hospital JAECHEOL itu. Headline yang membuatkan telefon keluarga Kim tidak henti berdering.
Chairman Kim memutuskan untuk berterus terang tentang penyakit anaknya, Doyoung yang memegang jawatan CEO di company miliknya. Pernyataan Chairman Kim menyebabkan hospital JAECHEOL sesak dengan wartawan.
SKIP
Seohyun yang melihat berita tentang K Corporation bergegas menuju ke bilik Doyoung untuk melihat keadaannya.
Seohyun yang melihat Minju menemani Doyoung membuatkan dirinya mengundurkan diri meninggalkan mereka berdua.
SKIP
Siren kecemasan pada bilik Doyoung menyebabkan ramai doctor dan nurse bergegas ke bilik Doyoung
"DOCTOR TOLONG SELAMATKAN ANAK SAYA!!DOCTOR TOLONG!" rayu Puan Park sambil menangis teresak-esak melihat keadaan anaknya yang secara tiba-tiba kritikal.
Seohyun yang sedang melakukan pembedahan tidak dapat berita mengenai keadaan Doyoung yang kritikal itu.
Tepat 2 jam menjalani pembedahan, Seohyun melihat bahagian gastroenterologi sunyi. Seohyun melihat Jimin keluar daripada bilik Doyoung dengan keadaan tidak bersemangat
"Jimin?" "kenapa ni? are u okay?" soal Seohyun "Seohyun.. u kat mana tadi?" Jimin bertanyakan soalan kepada Seohyun tanpa menjawab pertanyaan Seohyun "I ada surgery tadi, kenapa?"
Tidak sempat Jimin memberi jawapan, Chairman Kim dan isterinya keluar dari bilik Doyoung dengan wajah yang sedih dan tidak bermaya
"Auntie? Uncle?" "Minju???" "kenapa semua orang ni?" "ada yang tak kena dengan Doyoung ke?" soal Seohyun dengan cemas
"Seohyun.. Doyoung.. Doyoung..." "DOYOUNG KENAPA?!" soal Seohyun dengan meninggikan suaranya kepada Jimin yang tak sanggup memberitahu Seohyun akan keadaan Doyoung
"biar I sendiri yang pergi tengok Doyoung!" tegas Seohyun sambil menuju ke pintu bilik Doyoung
"DOYOUNG DAH TAK LAMA!" jawab Minju yang membuatkan perjalanan Seohyun terhenti "tak lama?" "apa maksud u tak lama?" "apa maksud u??" "tadi I tengok dia okay je" "keadaan dia pun semakin baik, Dr.Lee sendiri bagtau I! macam mana pulak boleh tak lama??!" soal Seohyun dengan nada yang tinggi kepada Minju "Jimin, u jujur dengan I apa maksud Minju yang Doyoung tak lama? u sendiri dengar apa yang Dr.Lee bgtau kan?? Doyoung semakin sihat" "kenapa tiba-tiba harini Minju kata dia tak lama lagi?!" "JIMIN SAY SOMETHING!" jerit Seohyun di hospital JAECHEOL tanpa menghiraukan pesakit dan doctor yang lain.
"I.. I.. I takpercaya semua ni! I akan tanya Dr.Lee sendiri!" kata Seohyun sebelum meninggalkan mereka.
SKIP
Dr.Lee memberikan jawapan yang sama tentang keadaan Doyoung membuatkan Seohyun mengalirkan air mata yang tidak dapat ditahannya lagi. Jimin yang melihat Seohyun begitu sedih sehingga terduduk di lantai hospital JAECHEOL menghulurkan sehelai kertas yang dilipat rapi dan sebuah kotak kecil kepada Seohyun.
"ni permintaan Doyoung kat I" kata Jimin sambil tangannya mengelap air mata di wajah Seohyun
SKIP
"I takkan buka surat ni! kalau I buka surat ni.. maknanya u tinggalkan I lagi sekali.... I takkan buka surat ni!" kata Seohyun sambil memeluk surat dan kotak yang diberikan oleh Doyoung.
SKIP
"Seohyun..." Seohyun yang sedang termenung di tingkap biliknya mengalihkan pandangan ke arah suara yang memanggil namanya dengan suara yang sayu. "Doyoung" melihat Doyoung berdiri di hadapannya membuatkan Seohyun bangun dari tempat duduknya "Doyoung.. u buat apa kat sini? u dah boleh jalan ke? u okay dah sekarang?" soal Seohyun sambil matanya melihat ke seluruh badan Doyoung "I okay... I datang sini nak minta satu benda dengan u.." jawab Doyoung dengan perlahan
"boleh tak u.. spend time dengan I harini? sekejap pun jadi.." kata-kata Doyoung yang membuatkan Seohyun mengalihkan badannya membelakangi Doyoung. Seohyun yang cuba untuk menahan kesedihannya hanya memberikan anggukan kepada Doyoung.SKIP
"tempat ni... tempat yang banyak memori indah dan memori yang melukakan hati kita semua.." kata Doyoung yang ditemani oleh Seohyun.
"I harap malam ni ada bintang" ujar Doyoung sambil memandang langit yang hampir gelap itu "lambat lagi nak keluar bintang.. kita balik hospital lah dulu... nanti sejuk pulak" jawab Seohyun "I nak duduk sini lama sikit, dah sebulan lebih kat hospital.. dah lama tak tengok bintang" "I harap u sudi teman I..." balas Doyoung yang matanya masih fokus kepada langit.
Kesunyian pada ketika itu membuatkan Doyoung bersuara "kalau u boleh putar balik masa kembali pada masa lalu, apa u akan buat?" "hmm.. entahlah kalau I.." tak sempat Seohyun menghabiskan ayatnya, Doyoung bersuara lagi "kalau I, I nak balik pada waktu kita kecil yang takde masalah, takde banyak hal kene fikir and kita pun takkan berada dalam situasi macam sekarang ni" kata-kata Doyoung membuatkan Seohyun diam dan tidak membalas kata-kata Doyoung.
"bagi I.. waktu tulah yang waktu yang paling bermakna sekali.." "u ingat tak, dulu kita selalu datang kat sini main bola masa waktu petang.. sampai u marah I dengan Jimin sebab ajak u main bola padahal u perempuan hahaha" Seohyun yang turut tersenyum teringatkan memori lama itu akhirnya bersuara "mestilah ingat, takkan I tak ingat pulak.. u and Jimin pernah tendang bola sampai kene I.. kesan dia sampai sekarang tau I ingat!" ketawa kecil Doyoung mendengar kata-kata Seohyun
"Seohyun.. I sejuk... boleh tak u peluk I?" Seohyun tanpa memikirkan apa-apa terus memeluk Doyoung. Pelukan Seohyun membuatkan Doyoung tersenyum dan memeluk Seohyun dengan erat "terima kasih Seohyun sebab pernah jadi orang yang membuatkan hari-hari I rasa bahagia dan bermakna.. Terima kasih" Seohyun tersenyum mendengar kata-kata Doyoung.
Beberapa minit selepas Doyoung mengucapkan kata terima kasihnya, perlahan-lahan tangan Doyoung jatuh membuatkan Seohyun memeluk Doyoung dengan lebih erat.
"Doyoung.. bintang dah keluar.. u taknak tengok ke?" soal Seohyun sambil menahan tangisannya "Doyoung.. Doyounggg..." panggilan Seohyun yang tidak dijawab oleh Doyoung membuatkan Seohyun menangis teresak-esak.
YOU ARE READING
My Love, D
Cerita Pendek"You are like a star, i love everything about you and we will be together forever" -Kim Doyoung-