Dia,
Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki yang mempunyai darah kacukan,dan ketampanannya yang mampu menarik perhatian para wanita.Dia juga me...
Bunyi jam telah membuatkan hana terjaga dari tidur
Dia mengeliat dahulu sebelum bangun pergi ke bilik air untuk menyiapkan diri.
Setelah siap mandi,dia mengambil pakaian di dalam almari baju
Dia hanya mengenakan pakaian uniform polis seperti biasa,tetapi ada juga hari dimana dia tidak memakai pakain uniform polis kerana dia seorang inspektor yang terpaksa menjalankan tugas diluar dan jarang untuk pulang awal ke rumah
Hana melihat dirinya di hadapan cermin sebelum berjalan membuka pintu biliknya.
"Good morning Mama ku yang comel"
"Good morning sayangku"-kata puan Haseena,mama kepada hana.
Hana merupakan anak tunggalnya,suaminya sudah meninggal 4 tahun yang lalu kerana mengidap kanser paru-paru,jadi tinggallah Dia dan anaknya, hana yang paling dia sayangi.
"Bau sedap la mama, dari tingakat atas lagi hana dapat bau, mama masak apa ni?"- tanya hana setelah menapak masuk ke dapur untuk mencari aroma bau yang enak.
"Mama buat Nasi goreng cina kesukaan hana"- kata puan haseena sambil tersenyum melihat tingkah laku anaknya yang seorang ini.
"Patutlah bau sedap rupanya mama buat makanan kesukaan hana"- kata hana dengan teruja, dia terus manarik kerusi untuk menunggu mamanya menghidangkan nasi goreng kegemarannya.
Puan haseena menghidangkan makanan di atas meja makan dan mengambil pinggan untuk menyedok nasi goreng tersebut kepada hana.
"Ehh tak pa mama,biar hana buat sendiri,kesian mama penat-penat bangun pagi lepastu masak pulak untuk hana"- hana mengambil pinggan dari Puan Haseena.
"Tak ada yang penat la hana, ini kan tugas mama sebagai ibu"- kata puan Haseena.
"Mama kenalah banyak berehat sebab mama semakin hari semakin berusia, sekarang kan hana dah besar,hana dah boleh jaga diri dan jaga mama selamanya"- Hana memberikan satu senyuman manis kepada mamanya.
Puan Haseena hanya tersenyum mendengar kata-kata hana, Dia berasa bangga mendapat anak seperti hana yang banyak membantunya dan pandai menjaga diri sendiri.
"Mama,harini mungkin hana akan balik lewat sikit tau sebab hana ada lagi kes yang belum selesai"-kata hana sambil menyuapkan makanan kesukaannya.
"Hati-hati tau,mama tak nak tengok hana cedera nanti"- Puan Haseena terlalu risau kan hana yang menjalankan kes-kes diluar sana.
"Insyaallah mama, hana pergi dulu lah,mama jaga diri tau kalau ada apa-apa call ja hana"- hana berpesan kepada Puan Haseena sebelum pergi.
Hana mencium tangan dan pipi Puan haseena sebelum pantas mengambil kunci kereta dan berjalan keluar dari rumah.
"Assalamualaikum mama,bye!!!"- jerit hana di hadapan pintu rumah
"Waalaikumussalam, hati-hati tau hana"- kata puan haseena yang melihat anaknya yang tergesa-gesa keluar dari rumah.
.
.
.
Sesampai sahaja di hadapan ibu pejabat polis,Hana terus memarkir keretanya dia tempat yang di sediakan.Hana hanya menggunakan kereta Myvi miliknya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hana turun dari kereta dan terus berjalan masuk ke dalam untuk menyelesaikan tugasnya yang kemarin
"Hai hana"- tegur haikal selaku inspektor haikal.
"Hai haikal,awal awak harini?"- hana tersenyum manis melihat haikal.
"Harini saya datang awal sebab ada lagi kerja yang belum di selesaikan lagi"- terpegun haikal melihat senyuman manis hana yang cantik. Maklumlah hana ni seorang perempuan yang cantik dan berkacukan Melayu-belanda-Arab,Itulah yang menyerlahkan lagi kecantikan hana sehingga mampu mengoda para lelaki termasuklah dia.
Hana hanya meng 'o' sahaja.
"Jomlah,kita naik sekali hana"- pelawa haikal.
"Ok,jom"- hana berjalan bersama haikal menuju ke lift untuk ke tingkat atas.
Di dalam lift,haikal senyap-senyap memerhati muka hana yang cantik itu, sesungguhnya dia terasa bidadari ada bersamanya.
Sampai sahaja ditingkat atas,haikal mengambil belah kiri untuk ke tempatnya dan hana mengambil langkah di sebelah kanan untuk ke tempatnya juga.
Ramai yang bertegur sapa dengan hana dan hana hanya membalas sapaan itu dengan senyuman manis.
Sampai sahaja di tempatnya,hana meletakkan begnya dahulu tetapi sebelum dia duduk,dia terdengar seseorang memanggil namanya.
Hana!!!!
Hana mengalihkan pandangan untuk melihat orang yang memanggilnya, Siapa lagi kalau bukan Maira,kawannya yang satu ni.
"Ehh kau ni, memang tak reti bagi salam ka, terkejut aku"- hana menarik nafas melihat tingkah laku kawanya yang sorang ni.
"Ala,kau ni macam tak biasa pulak,aku kan memang macam ni"- Maira tersenyum menapak gigi putihnya yang tersusun elok.
Hana menjeling melihat kelakuan maira itu.
"Jeling-jeling,aku korek mata kau tu,baru kau tahu"- kata Maira dengan acah-acah mahu mengorek mata Hana.
"Suka hati la"- hana menjelir lidah kepada Maira.
"Malas la aku nak gaduh dengan kau ni"- Maira mencebik.
"Malas konon,nanti kau cari aku jugak untuk cari gaduh kan"- Faham sangat hana dengan perangai Maira ini,kalau sehari tak kacau dia memang tak sah.
"Hihihihi, Eh kau nak tau tak?"- Maira mula mengubah tajuk perbualan mereka.
"Apa"- hana menarik kerusinya untuk mendengar cerita maira.
Maira pun menarik kerusi sebelah Hana sebelum memulakan cerita.
"Tadikan,masa aku masuk sini kan,aku terdengarlah orang kata ada satu kes serius yang masih belum diselesaikan lagi,tak silap aq kes ni melibatkan kes mafia"- Kata Maira dengan bersungguh.
"Habistu"- tanya hana hairan, ada kena-mengena dengan dia ka.
"Aku rasa la kan nanti, mesti ketua akan panggil juga inspektor kat bahagian sini untuk selesaikan kes tu, lagipun aku dengar la kan, kes tu memang payah untuk diselesaikan sebab pernahlah ketua hantar dua orang inspektor untuk menyamar dan menyelidik aktiviti mereka tapi akhirnya dua orang inspektor tu dibunuh dengan kejam gila weee"- kata Maira dengan menjegilkan matanya dengan luas untuk menyakinkan Hana.
"Serius la we"- Hana terkejut dengan kata-kata Maira tadi.
"Hah, aku harap sangat ketua tak panggil aku untuk uruskan kes ini,kalau kau hana?"- tanya Maira kepada hana yang fokus mendengar ceritanya tadi.
"Hmmm,Kalau aku pun tak nak,aku bukannya pandai sangat bahagian kes Mafia ni,aku pun harap sangat ketua tak panggil aku nanti"- kata Hana, sebenarnya dia pun bukannya pandai sangat dalam bahagian ini sebab selalunya yang menguruskan bahagian ini ialah orang yang profesional seperti haikal.
"Hmmm,itu lah"- Maira pun berharap yang dia tidak akan dipanggil nanti sebab dia pun seperti hana juga, yang tidak pandai menguruskan kes Mafia.
"Dah la tu,lebih baik kau balik ke tempat kau dan sambung kembali kerja yang kau tak siap lagi tu daripada kau datang sini kacau aku"- kata hana kepada Maira yang duduk di sebelahnya.
" Sampai hati awak halau saye,takpe takpe saye tak nak kawan dengan awak"- Maira bangun dan berjalan menuju ke tempatnya.
Hana hanya menggeleng melihat tingkah laku Maira dan dia mula menyambung kerjanya yang tertangguh itu sebelum di serahkan kepada ketuanya.