Hana duduk di tepi kolam yang berada di rumah zack. Tadi selepas dia makan, terus dia berjalan-jalan tepi kolam untuk menenangkan diri sebantarrr
Seseorang menegur hana dari belakang
"Hai"- sapa zaffir
Hana menjauhkan dirinya dengan zaffir. Takut
"Jangan takut la,saya zaffir kawan zack, awak siapa"- tanya zaffir. Padahal dah tahu dah latar belakang perempuan ni tapi saja nak bertanya.
"Hana"- jawab hana sepatah
Zaffir hanya meng 'o' sahaja
"Awak dah tahu sisi zack sebenar kan"- tanya zaffir di sebelah hana
"Maksud awak"- tanya hana tak faham
"Enzio"- kata zaffir sepatah
Hana tau nama tu,nama yang zack sebut masa dia bunuh dua rakan sekerjanya
"Kalau awak nak tahu tu sisi kedua zack"-kata zaffir
"Maksud awak zack ada dua identiti"- tanya hana bagi kepastian
"Yapp, zack menghidap penyakit DID dari dia sekolah menengah lagi"-kata zaffir
"Macam mana zack dapat penyakit tu"- dia pernah dengar nama penyakit tu tapi dia tak tahu macam mana pesakit boleh menghidap penyakit tu
"Panjang ceritanya,sampai esok pun tak habis"
"Pendekkan ja la"
"Ok ii"
"Dulu zack dijaga oleh pengasuh peribadi keluarga mereka, mak ayah zack selalu busy kerja sampai tak ada masa untuk anak-anak dekat rumah. Jadi zack dengan abang dia di jaga oleh pengasuh mereka la"- kata zaffir panjang lebar
"Abang zack?"- tanya hana
"Ya, Zayn Dizhwar Maxwillson abang kepada zack tapi dia dah meninggal...."- zaffir mengantung ayatnya sebelum sambung semula
"Dia meninggal sebab kena pukul teruk dengan pengasuh yang menjaga mereka, selalunya yang paling kena pukul teruk zack sebab dia terlalu nakal dan abang dia selalu lindungi dia sehingga satu hari pengasuh mereka memukul zayn sehingga mati dan bila pengasuh tu sedar ja yang anak majikan dia dah mati terus dia larikan diri sebab takut kena tangkap polis. Sejak dari kejadian tu zack selalu menyendiri,tak banyak bercakap,selalu marah dan dia berjanji untuk balas dendam sehingga dia berumur 17 macam tu rasanya, dia dapat balas dendam atas kematian abangnya tapi dari sejak tu dia dah dapat penyakit DID dan zack terus berubah,bukan diri dia yang dulu"- terang zaffir panjang lebar
"Sejak kejadian tu mak ayah zack baru sedar, dan mak zack terus berhenti berkerja untuk menjaga zack di rumah"- sambung zaffir lagi
"Sapa Enzio"- tanya hana
"Enzio tu nama berasal dari itali, sisi kedua zack tu kejam dan maybe psycho, Tapi awak jangan risau kalau zack sayangkan seseorang tu mungkin enzio pun akan sayangkan seseorang tu macam mana zack sayangkan dia"- kata zaffir menenangkan hana
' zack sayang aku ka, mengarut la hana mungkin kau punya perasaan kut tapi aku pun dah mula ada satu perasaan dekat dia '-monolog hana di dalam hati
"Awak suka dia"- tanya zaffir tiba-tiba
"Sssukaaa sssapaaa"- tanya hana keliru
"Zack"
"Ehh..takk ade laa"-jawab hana gagap tapi sebaliknya hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dia terhadap zack sekarang ini
"Mengaku ja la dah kalau suka tak baik pendam lama-lama takut basi"-zaffir cuba mengorek lagi
Pipi hana mula merona merah.malu
"Kau memang tak nak balik ka zaffir"-tegur suara garau di belakang mereka
"Kau ni kacau la zack,baru ja aku nak berdating dengan hana tetiba kau datang kacau line"- zaffir menghembus nafas geram
Zack menjeling tajam ke arahnya. Zack dengar perbualan zaffir dengan Hana tadi tapi dia hanya membiarkan sahaja. Mungkin hana perlu tahu kisah silamnya, jadi dia tak perlulah susah-susah nak bercerita selepas ni.
"Bye hana,nanti kita dating lagi tau"- zaffir melambaikan tangan kepada hana sebelum pergi
Hana hanya mengangguk sahaja
"Bye abang zack, I love you"- kata zaffit sambil mengenyit mata sebelah sebelum berlari pergi
Zack memandang tajam ke arah zaffir. Aku bukan gay la bodoh
Tinggal hana dan zack di situ. Hana bangun dan berjalan ingin berlalu pergi tapi belum sempat di nak pergi Zack memegang pergelangan tangannya
"Kau dah tahu semuanya kan"- tanya zack
Hana hanya diam
"Baguslah macam tu"- zack melepaskan pergelangan tangan hana
"ready for our wedding"-kata zack sebelum berlalu pergi
Hana hanya kaku di situ. ' aihh..tak lama dah aku nak jadi isteri orang '-monolog hana di dalam hati sebelum dia berjalan pergi
.
.
.
Zack mengambil iphonenya dan mendail nombor mamanya
"Assalamualaikum mama"- zack memberi salam kang tak bagi kena setepek pulak
"Waalaikumussalam zack, ada apa call mama ni"- tanya Datin Dafania
"Zack nak kahwin"- kata zack ringkas
"Hah! Zack dah jumpa calon isteri ka,bila zack nak kahwin"- tanya Datin Dafania tidak sabar
" Maybe lagi dua hari"- kata zack
"Hah!"
Zack menjarakkan telefonnya dengan telinga, pekak dengar mama dia jerit
"Cepatnya zack"- Datin Dafania terkejut
"Lagi cepat lagi bagus,zack tak boleh lama-lama sebab zack banyak kerja"- kata zack. Malas
"Esok mama dan papa sampai malaysia, kamu dah siapkan semua persiapan nak kahwin"- tanya Datin Dafania
"Dah mama"
"Mak mentua dengan papa mentua kamu macam mana dah setuju"
Zack diam seketika. Dia lupa yang hana ada ibu lagi, itulah kalut nak kahwin sampai lupa mak mentua sendiri
"Zack!"-orang tanya boleh dia diam membisu pulak
"Ya mama,zack dah siap semua tinggal tunggu mama ja sampai sini"- kata zack
"Hah,baguslah kalau macam tu esok mama sampai"- kata Datin Dafania
"Ya mama, Assalamualaikum,bye"- zack memberi salam sebelum menutup telefon
"Waalaikumussalam"
Zack meletakkan telefonnya di atas meja dengan perlahan. Ni kalau hempuk jugak memang dia kena tukar lagi,orang kaya seribu telefon pun dia sanggup.
Dia membaringkan badan di atas katil dan melelapkan mata untuk tidur. Pasal mak mentua dia, nanti dia akan uruskan sendiri
Tq support gais🌹
YOU ARE READING
You 're mine,baby [𝗖]
RomanceDia, Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki yang mempunyai darah kacukan,dan ketampanannya yang mampu menarik perhatian para wanita.Dia juga me...