Alhamdulillah..hana sudah melahirkan anak lelaki mereka dengan selamat
Selesai sahaja zack, azankan anaknya, dia mencium dahi putih anaknya dengan lembut dan membawanya kepada hana dengan perlahan-lahan
"Anak mama"- hana menggendong bayinya dengan perlahan-lahan dan mengusap pipi putih milik anaknya
"Sayang"- panggil zack
"Ya"
"Terima kasih sebab sanggup melahirkan anak abang yang comel ni"- zack mencubit pipi anaknya perlahan
"Dan abang nak minta maaf dekat sayang sebab buat sayang sakit hati...abang harap sayang dapat bagi peluang kedua dekat abang untuk tebus balik kesilapan abang yang lalu"- kata zack kepada hana. Air matanya mengalir perlahan
"Abang...sayang dah lama maafkan abang cuma sayang ego tak nak terima abang balik, dan sayang nak minta maaf sebab marah abang selama ni....hana bagi peluang dekat abang dan hana harap abang tak akan sia-siakan peluang yang hana bagi ni"- kata hana
"Terima kasih sayang, abang janji tak akan sia-siakan peluang yang sayang bagi"- zack mencium dahi Hana. Lama
"Eeeeee..... buruk la papa nangis"- Hana tersenyum memandang zack
"Mana ada, ni air lain"- zack tak mengaku
Hana menjeling sekilas ke arah zack dan memandang semula ke arah anaknya
"Muka dia sebijik macam abang, kenapa dia tak ikut sayang"- kata hana
"Sebab sayang selalu rindu abang, itu yang baby pun terikut muka abang"- zack tersenyum melihat muka cemberut hana. Dia mencubit pipi Hana
"Mata dia pun hazel macam abang tapi comel"- hana mencium pipi anaknya
"Hidung dia ikut sayang tapi yang lain semua ikut abang sebab dia bakal jadi pewaris Maxwillson"- kata zack
"Abang nak dia jadi mafia ka"- hana memandang ke arah Zack
"Terpulang dekat dia, abang cuma akan ajar dia untuk pertahankan diri tapi kalau dia nak jadi mafia, itu semua hak dia sayang"- kata zack
"Sayang tak nak dia jadi mafia tapi cukuplah dia jadi seorang anak yang soleh kepada kita"- kata hana
"Insyaallah..kita doakan yang terbaik untuk anak kita nanti"- zack mencium pipi hana
Hana hanya mengangguk sahaja
"Nama dia apa,sayang"- dari tadi zack nak tanya tapi terlupa
"Sayang ingat nak letak Zakiy Harith, cantik tak abang"- tanya hana
"Zakiy Harith Maxwillson bin Zack Darwish Maxwillson, nice name!"- kata zack
"Panjangnya nama anak mama ni"- hana ketawa perlahan takut anaknya sedar
Zack tersenyum melihat hana ketawa begitu, dia bahagia sebab hana bagi dia peluang untuk tebus kesalahan dia yang lalu dan dia bahagia sebab dikurniakan seorang anak lelaki daripada seorang wanita yang dia sayang dan cinta selamanya.
.
.
.
BAM!
Tersentak zack dan hana yang sedang mendodoikan anaknya
"Setan-setan ni kalau masuk memang tak reti bagi salam"- kata zack tak puas hati
"My baby!"- jerit aqeel
"Siapa kata ni anak kau"- zack memandang tajam ke arah aqeel
"Aloo...kau ni zack, kita kan kawan...anak kau anak aku jugak kan"- aqeel mengenyit matanya ke arah zack
Zack menjeling tajam ke arahnya. Ingat aku gay!
"Comel anak kau zack,tapi kalau ikut muka aku lagi hensem"- zaffir menggendong anak zack dengan perlahan
"Muka pun cacat, ada hati nak suruh budak tu ikut muka kau"- aiden tersenyum sinis
"Muka kau tu serupa babi! Lagi tak layak budak ni nak ikut"- zaffir membalas tidak puas hati
"Jangan mencarut depan anak aku wahai setan-setan tak guna"- zack mengambil anaknya dari pegangan zaffir
"Kau pun apa kurangnya zack"- kata khairil yang menyedari tadi hanya diam sahaja
"Aku mencarut tak teruk sangat dari korang!"- zack memandang khairil tak puas hati
"Sudah la tu, tak baik gaduh-gaduh"- sampuk hana
"Dia start dulu, sayang"- mengadu zack
"Eeee...tak malu perangai macam budak-budak"- kata zaffir
"Biarlah bini aku bukan kau, kau tu single tak ada bini... padan muka siapa suruh tak hensem"- kata zack pedas
Aqeel dan aiden ketawa mendengar sindiran zack tadi
"Kesian kau bro,kena setepek"- kata khairil sambil berjalan untuk duduk di atas sofa rumah zack
"Sial la korang ni, bukan ada yang nak back up member pun"- zaffir merengus geram
"Sapa la nak back up kau yang tak hensem ni"- kata aiden
Sedang mereka tengah bersembang, tiba-tiba ada orang masuk ke dalam rumah zack
"Assalamualaikum"- kata Puan Haseena dan dua orang lagi dibelakangnya iaitu mak uda dan maira.
Hana sudah pulang ke rumah, atas permintaan zack kerana Hana tidak tahan duduk di hospital
Aqeel yang melihat maira disitu segera bangun
"Sayang....ehh awak buat apa dekat sini"- aqeel menampar mulutnya yang tersilap sebut. Kantoi gaiss!
"Saya.."- belum sempat maira menjawab, aiden memotong
"Sayang? Aqeel ada girl friend tak bagitahu kita we....sampai hati"- kata aiden buat-buat merajuk
"Member dah bahagia mana nak ingat kawan dah"- sampuk zaffir
"Bukan aku tak nak bagitahu cuma aku tak nak perbesarkan hal ni"- aqeel menggaru tengkuknya. Malu
Maira tersenyum malu.
"Buat malu-malu kucing pulak dua ekor ni"- kata khairil yang melihat ke arah mereka berdua
"Awak sehat"- tanya maira bagi menghilang rasa kekok
"Sihat"- aqeel memandang ke arah maira
Seketika mata mereka bertentangan antara satu sama lain
"Ehemm....kalau nak buat lebih-lebih, kahwin dulu"- zack berdehem, menyentak mereka berdua.
Maira berlari ke arah mak uda. Malu
"Ciaaaaa....member kita malu-malu kucing"- aiden tersenyum ke arah aqeel
"Sial la kau"- kata aqeel perlahan
"Lepas ni makan nasi minyak la kita"- kata hana sambil melirik ke arah maira
"Insyaallah"- kata aqeel
"Tahniah bro, anda berjaya bertemu dengan jodoh anda sebelum anda tua mereput"- aiden menepuk bahu aqeel
Aqeel melirik ke arah aiden tidak puas hati
"Tunggu kau tua nanti, aku pijak tulang kau bagi patah"- kata aqeel
"Try la"- aiden menjelir lidah ke arah aqeel dan duduk bersebelah khairil
Aqeel mendengus geram
Tq support gais🌹
![](https://img.wattpad.com/cover/288465188-288-k317913.jpg)
YOU ARE READING
You 're mine,baby [𝗖]
RomanceDia, Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki yang mempunyai darah kacukan,dan ketampanannya yang mampu menarik perhatian para wanita.Dia juga me...