"Mama rindu hana"- Puan Haseena menggosok perlahan pipi hana
"Hana pun rindu mama"- hana tersenyum memandang Puan Haseena
"Hana,macam mana kau boleh jadi macam ni"- tanya maira. Risau
"Aku penat sikit"- kata hana perlahan. Hana melirik ke arah zack
Zack hanya mengangguk, dia membenarkan hana memberitahu perkara sebenar kepada maira
"Penat? Kau buat apa penat sampai koma"- tanya maira. Hairan
"Aku..."-belum sempat hana habis cakap,zack memotong
"Dia kena tikam"- kata Zack
Puan Haseena dan maira jelas terkejut mendengar apa yang dikatakan zack tadi
"Zack tak bagitahu pun dekat ibu,kata hana kena tikam"- tanya Puan Haseena kepada menantunya
"Zack tak nak ibu risau"- kata zack. Zack memanggil Puan Haseena dengan panggilan ibu
"Ibu mana tak risau kalau tengok anak dia sakit"- kata Puan Haseena. Risau
"Mama..hana dah okay la sekarang,lagipun zack selalu jaga hana"- hana memegang tangan mamanya erat
"Kau selalu kata okay tapi sebenarnya kau tak okay,jangan la buat macam ni hana...aku risau la kalau jadi apa-apa dekat kau"- kata maira
"Ye la, Puan Haseena dan Datin maira"- kata hana
"Tengok tu"- kata maira tak puas hati. Boleh pulak dia main-main
Hana tergelak melihat maira yang mengadu dekat mamanya. Dia melirik ke arah tempat zack duduk tadi tapi tak ada, mungkin dia keluar
"Maira,tolong bagi hana makan, makcik nak keluar kejap"- kata puan Haseena kepada maira
Maira hanya mengangguk
"Mama nak pergi mana"- tanya hana
"Kejap je la sayang"- puan Haseena berlalu keluar
"Dah...makan ni,bagi kau sihat"- maira menghulurkan bekal yang disediakan oleh mama hana
"Baik. Datin. Maira"- kata hana satu-satu
.
.
Zack duduk di salah satu kerusi di dalam hospital itu.
"Zack"
Zack tersentak mendengar seseorang memanggil namanya dan beralih melihat Puan Haseena
"Kenapa ibu?"-tanya zack
"Ibu minta maaf kalau ada buat Zack terasa tadi,ibu cuma terlalu risaukan hana"- Dia duduk di sebelah zack
"Zack tak terasa pun tadi, lagipun salah zack jugak sebab tak jaga hana betul-betul"- kata zack
"Jangan salahkan diri sendiri zack, ibu cuma nak zack jaga hana sepanjang ibu tak ada di sisi dia...hana tu adalah satu-satunya permata ibu yang paling bermakna dalam hidup ibu"- kata puan Haseena
"Sejak papa hana meninggal, dialah yang menjadi tulang belakang dalam keluarga ni...dia selalu jaga ibu, walaupun kekadang dia busy tapi dia tetap ada masa untuk ibu....hana banyak simpan kesedihan dalam diri dia dan dia jarang nak luahkan dekat orang sebab dia tak nak orang risau dekat dia"- sambung Puan Haseena lagi
"Ibu harap sangat yang zack dapat jaga dia dengan baik"- kata Puan Haseena
"Ibu jangan risau,zack akan jaga hana seperti nyawa zack sendiri"- kata zack kepada mak mentuanya. Inilah janji dia untuk hana
"Alhamdulillah kalau zack cakap macam tu, sekurang-kurangnya ibu tak perlu risau dekat hana nanti dan zack pun kena jaga diri tau"- kata Puan Haseena lembut
"Ibu masuk dulu,nak tengok hana"- Puan Haseena meminta diri untuk pergi
Zack hanya mengangguk sahaja
"Aku tak akan biarkan hana sakit dan aku akan jaga dia untuk selama-lamanya, selagi aku hidup dekat dunia ni, jangan harap seorang pun boleh sakitkan hana"- kata zack perlahan.
.
.
.
Klak!
Zack masuk dalam bilik wad hana
"Sayang dah makan"- tanya zack
"Dah...tunggu abang,nak masuk temankan sayang tidur"- hana tersenyum memandang ke arah zack
Zack naik ke atas katil bersebelahan hana
"Dah tidur,abang temankan sayang malam ni...esok sayang dah boleh balik"- zack mengelus perlahan rambut hana
Hana hanya mengangguk
"Abang cakap apa dengan ibu tadi"- tanya hana.
"Macam mana sayang tahu abang cakap dengan ibu tadi"
"Ini hanalah...hana tahu mesti ibu keluar nak bercakap dengan abang"- kata hana
Zack menjuit hidung hana
"Tak ada apa,ibu cuma suruh abang jaga hana"- kata Zack
"Abang jaga hana,hana jaga abang"- hana tersenyum manis ke arah Zack
Zack mencium bibir hana.geram, comel sangat
"Abang curi kiss hana"- hana menampar dada bidang zack.
"Lupa ka...You're mine,baby"- zack membisik perlahan di telinga hana
Hana tersenyum bahagia. Dia bahagia sangat bila dapat tahu yang zack cintakan dia dan sayang dia seperti layaknya seorang isteri mendapat kasih sayang seorang suami
"Tidur la,jangan pandang lama-lama,nanti abang terkam baru tahu"- zack tersenyum nakal
Hana memejam matanya dan tidur dalam pelukan hangat zack
' I love you abang '-kata hana di dalam hati
' I love you sayang '-monolog zack dalam hati. Dia mengeratkan lagi pelukannya pada hana
Bahagianya😀terasa cemburu tapi tetiba teringat single🐒
Tq support gais🌹

ANDA SEDANG MEMBACA
You 're mine,baby [𝗖]
RomanceDia, Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki yang mempunyai darah kacukan,dan ketampanannya yang mampu menarik perhatian para wanita.Dia juga me...