Part 51✨

6.2K 157 3
                                    

Sudah 8 bulan hana di perlis bersama kandungannya yang sudah mencecah 8 bulan. Dia tinggal bersama dengan maira dan juga mak saudara maira iaitu mak uda tapi kekadang zaffir akan melawat dia dekat sini. Sebenarnya dia pun tak sangka macam mana zaffir boleh tahu dia dekat sini. Bila teringat balik, zaffir adalah seorang hacker dan boleh detect keberadaan Hana dekat mana, tapi hana tak kisah yang penting zack tak tahu dia dekat mana sekarang ini

"Hana! Hang buat apa tu!"- panggil mak uda, dia berasal dari perlis

"Hana tengah ambil kain ni"- kata hana diluar rumah

"Ya Allah, mak uda dah habaq kat hang jangan duk buat kerja berat-berat sangat tapi hang ketegaq jugak"- marah mak uda tapi dalam nada yang tidak kuat. Dia dah melarang hana untuk membuat kerja berat-berat dirumah sebab kandungan hana semakin membesar dan bila-bila masa sahaja boleh bersalin

"Hihihihihi...hana bosan sebabtu hana nak tolong mak uda"- hana menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu

"Mai mak uda buat, hang pi masuk dalam rehat...jangan duk buat kerja sangat satgi jadi apa-apa kat anak,susah"- kata mak uda

"Ye la"- hana hanya akur dan berjalan masuk ke dalam rumah

Hana duduk di atas sofa sambil memegang perutnya yang semakin besar.

"Assalamualaikum anak mama, anak mama sihat tak dalam tu...nanti dah cukup masa, anak mama akan keluar dan mesti comel macam...."- hana terhenti percakapannya. Tiba-tiba dia teringat Zack

"Abang...hana rindu abang...dah lama kita tak jumpa tapi mesti abang masih bencikan hana"- kata hana perlahan. Air matanya mengalir perlahan di pipi putihnya

"Assalamualaikum!"

Tersentak hana apabila mendengar orang memberi salam, dia mengesat air matanya dan pergi melihat orang itu

"Waalaikumussalam, maira!"- jawab Hana

"Awalnya kau balik harini, kau tak ada kes ka"- tanya hana

"Aku kerja sekerat hari"- kata maira sambil melangkah kaki ke dalam rumah

Hana hanya meng 'o' sahaja dan mengikuti langkah maira ke sofa

"Nahh, aku belikan laksa yang kau mengidam tu"- maira menghulurkan laksa ke tangan hana

"Susahkan kau ja, terima kasih maira"- hana menyambut huluran maira

"Tak ada yang susahnya, lagipun kalau ibu mengidam kena tunaikan takut baby dalam perut meragam"- kata maira sambil menyentuh perut hana

"Aku rasa lepas bersalin ni, aku nak cari kerja la...aku nak sara anak aku"- kata hana. Selama ini, maira lah yang menyara hidup dia sepanjang dia mengandung, dia dah minta untuk berkerja tapi maira tak benarkan sebab maira risau kandungan dia

"Ikut kau la, yang penting lepas bersalin,pantang dulu...bila dah sihat kau cari la kerja"- kata maira.

"Bila hang balik maira, mak uda tak perasan pun tadi"- kata mak uda yang baru sampai di situ

"Baru ja tadi"- kata maira

"Dah balik tu, pi la mandi.. tak kan hang nak membusuk tang tu"- kata mak uda

"Ye la"

Maira bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya

"Laksa tu, mai mak uda peringat dulu bagi panas...nanti sedap la nak makan panas-panas"- kata mak uda kepada hana

Hana hanya akur dan memberikan laksa itu kepada mak uda


















.




















.




















.

BAM!

Zaffir masuk ke dalam bilik kerja zack dengan meroboh pintu dengan kuat

Zack hanya buat tidak tahu sahaja dengan perangai zaffir yang tak reti bagi salam itu

"Nahh...fail kau"- zaffir melempar fail itu ke atas meja zack dan duduk di kerusi hadapan zack

"Hmmm"- itu sahaja jawapan Zack

"Kau ni aku tengok, semakin hari semakin teruk"- kata zaffir

"Aku nak Hana"- kata Zack perlahan

"Aku tahu kau rindu hana tapi kau kena la uruskan diri kau tu...ni rambut serabai, baju tak kemas"- kata zaffir

"Zaffir"- panggil zack dengan seruis

"Apa"

"Kau pergi mana setiap hujung minggu"- tanya zack dingin. Dia perasan yang zaffir selalu menghilang setiap hari cutinya iaitu pada hujung minggu

"Aakuu pergi.... jalan-jalan la, kau pun tahu kan aku suka berjalan"- zaffir memberi alasan

"Kau tahu kan hana dekat mana,aku kenal kau zaf...kau tipu aku"- zack memandang tajam ke arah zaffir

"Tipu apa...aku manaa tau hana kat mana"- zaffir memandang ke arah lain bila dia menyedari zack tajam memandang ke arahnya

"Bagitahu ja la zaf...8 bulan aku cari dia, aku tunggu dia tapi aku still tak jumpa...aku tahu kau sembunyikan keberadaan hana dari aku"- zack berdiri dan berjalan memandang ke arah cermin kaca bangunannya yang dapat melihat keindahan di luar

Zaffir terasa bersalah terhadap Zack tapi pada masa yang sama dia kesian dekat hana. Zaffir menarik nafas sebelum dia bercakap

"Buah pelam...cari dia kat situ"- kata zaffir

"Wtf...mana ada tempat nama buah pelam, sial"- kata zack tak puas hati

"Ada zack...kalau kau nak hana, kau cari kat situ"- kata zaffir sebelum di berlalu keluar

"Buah pelam?"- zack masih memikirkan tempat yang ada nama buah pelam

Setelah beberapa minit berfikir

"Buah pelam?.....maybe,perlis sebab ada satu tempat tu nama dia pauh dan digelar buah pelam"- zack masih memikirkan tentang itu

Zack membuka Google dan search nama itu, setelah beberapa minit kemudian....

"Bodoh punya kawan, orang panggil buah pauh, yang dia panggil buah pelam. Sekali dengan aku bodoh"- kata zack seorang diri

Zack mengemas barangnya dan berlalu keuar dari bilik kerjanya

































Tq support gais🌹(maksud pelam tu bermakna pauh dekat Perlis✌️)
Ubah cikit dari sebelum ni😅

You 're mine,baby [𝗖]Where stories live. Discover now