"Yesss! Akhirnya siap jugak kerja aku"-Gumam hana perlahan.
Hana bangun dari tempat duduknya dan mula meregangkan badannya yang lenguh.Setelah meregangkan badan,Dia mengambil fail yang telah disiapkan dan berjalan menuju ke bilik ketuanya.
Tok
Tok
Tok
Hana mengetuk pintu dahulu sebelum mendapatkan arahan untuk masuk.
"Masuk"- suara garau dan tegas menyuruh hana masuk.
Hana masuk dan menundukkan kepala tanda hormat kepada ketuanya.
"Assalamualaikum tuan, Selamat pagi,Saya nak serahkan fail pasal kes dadah di pulau Langkawi, saya berjaya menyiasat dan unit kita pun berjaya menangkap penjenayah yang terlibat"- kata hana sambil menyerahkan fail kepada ketuanya.
"Bagus!, Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada awak dan semua unit yang terlibat dalam kes ini"- kata Tuan Hasyim atau gelaran pangkatnya ialah penguasa polis (SP) Hasyim selaku ketua kepada hana.
"Terima kasih tuan"- hana menunduk hormat.
"Hana"
"Ya tuan,ada apa yang masih tak kena ka dengan kerja yang saya lakukan?"-tanya hana keliru. takut la, kut dia ada salah ka atau apa-apa, sebab tengok dari riak wajah ketuanya nampak macam serius.
"Kamu duduk dulu,saya ada nak beritahu kamu sesuatu"- kata Tuan Hasyim dengan kata-kata yang serius.
Hana hanya mengikut arahan dan menarik kerusi untuk duduk di hadapan ketuanya. Dia berasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu yang bakal terjadi. Dia menarik nafas dan bersedia mendengar sesuatu yang bakal diberi tahu 'itu'.
"Saya nak awak jalankan satu kes ini......"- Tuan Hasyim menghentikan kata-katanya sebelum menyambung semula.
Hana mengerut dahinya tanda tidak faham.
"Kes pasal MAFIA"- Tuan Hasyim menekan sikit perkataan yang terakhir itu.
Terkejut hana mendengar kata-kata tuannya tadi.
"Kes mafia?"- hana masih keliru.
"Ya,saya tahu kamu tak cekap dalam bahagian kes ini tapi saya terpaksa untuk menyerahkan kes ini kepada kamu untuk diselesaikan atas arahan orang atasan kita"- Tuan Hasyim memang terpaksa menyerahkan kes ini kepada hana kerana ini diatas arahan orang atasan walaupun dia tahu bahawa hana tidak cekap dalam bahagian ini.
Memang terkejut beruk la hana apabila mendengar kata-kata tuannya tadi.
Hana terdiam,
"Tapi tuan,kenapa saya yang kena uruskan kes ini dan kenapa bukan inspektor haikal yang uruskan ataupun inspektor yang lain"- hana bertanya tidak puas hati. Kenapa dia? Dan bukannya orang lain?
"Seperti yang saya katakan tadi ini semua diatas arahan dan saya tidak boleh membantah arahan mereka, inspektor haikal ada kes yang perlu dia uruskan. jadi, dia tak boleh uruskan kes ini"
"Jadi hana, kamulah orang yang paling dipercayai untuk melakukan kes ini,saya faham yang kamu tidak cekap untuk menguruskan tapi kamu kena JUGA mengambil risiko untuk menyelesaikan sesuatu misi dan kamu kena ingat bahawa tugas sebagai inspektor tidak terlalu mudah sebab itulah kamu kena selalu bersedia apabila menerima sesuatu arahan"- sambungnya lagi, dia memberikan kata-kata tegas kepada hana.
Hana terkedu mendengar kata-kata yang diberi oleh Tuan Hasyim tadi selaku ketuanya.
Ya, memang dia perlu bersedia untuk menghadapi risiko yang bakal terjadi apabila sesuatu perkara yang penting berlaku,tidak kira perkara itu susah atau senang dia tetap kena ambil serius.
Hana terdiam sebelum dia bercakap..
Dia menarik nafas seketika...
"Baiklah tuan,Saya akan mengambil risiko untuk menguruskan kes ini dan saya akan cuba sedaya-upaya untuk menjayakan misi ini"- dengan rela hati,hana bersetuju untuk menjalankan kes 'itu'.
'Ya Allah kalau ini adalah tanggungjawab ku sebagai pegawai polis,kau permudahkan lah urusan ku untuk menguruskan nya'-doa Hana di dalam hati. Dia berharap sesuatu tak akan terjadi apabila dia menjalankan kes 'itu'.
"Baguslah kalau kamu setuju untuk menjalankan kes ini, Satu lagi saya nak beritahu kamu,kes ini pernah dijalankan oleh 2 orang inspektor kita tapi.....-Tuan Hasyim menarik nafas sebelum menyambung semula kata-katanya tadi.
"Nasib tidak menyebelahi mereka, mereka dibunuh dengan kecam dan tanpa belas kasihan sekali, Jadi, saya harap kamu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil serius dalam kes ini"- kata Tuan Hasyim dengan tegas dan serius dalam soal kes yang bakal dijalankan oleh hana.
Hana menelan air liur. Ya, dia pernah dengar cerita pasal kes yang dikatakan oleh ketuanya daripada Maira. Jadi, kes yang bakal dijalankan ini ialah kes mafia ' itu '.
"Saya seorang saja ka yang terlibat dalam kes ini Tuan?"- tanya hana ragu-ragu. Tak kan la dia sorang ja yang kena settle kan kes ini. Bukannya dia tak berani untuk seorang diri tapi, dalam kes ini memerlukan kerjasama orang lain untuk menyelesaikannya.
"Kamu akan jalankan kes ini dengan inspektor Aizat, dia sekarang tengah menyamar menjadi salah seorang anak buah di sana, Jadi nanti, kamu akan mendapat arahan daripada dia untuk bertindak sekali"- kata Tuan Hasyim.
Hana hanya mengangguk tanda faham tetapi hati dia berat sekali mahu menjalankan kes ini kerana dia dapat merasakan seperti sesuatu yang bakal berlaku.
"Kalau tak ada apa-apa lagi Tuan, Saya meminta diri dulu"- Hana menundukkan kepalanya tanda hormat.
Tuan Hasyim hanya mengangguk tanda tiada apa lagi yang perlu dicakapkan.
Selepas menerima anggukkan daripada Tuan Hasyim, Hana berjalan keluar daripada bilik ketuanya.
Dalam perjalanan untuk ke tempatnya, Fikirannya hanya memikirkan pasal kes yang bakal diuruskan olehnya sendiri.
.
.
.
"Hanaku yang comel lagi yang cantik,jom pergi makan"- Sapa maira di sebelah Hana.
Berkerut dahi maira melihat kawannya seorang ini,selalu kalau dia tegur mesti dijawab tapi kali diam membisu.
"WOIII!!!!"- jerit maira di sebelah telinga hana
"Oh mak kau hijau"- terhinjut bahu hana mendengar orang menjerit di tepi telinganya.
"Ehh, Mak aku warna putih bukan hijau lah"
"Kau ni, jangan la jerit kat telinga aku nanti pekak la"- Marah hana tak puas hati.
"Aku tak kan jerit kalau kau tak termenung macam tadi tau,aku panggil kau dari tadi satu pun kau tak menjawab ke kau termenung pasal boyfriend niii"- teka maira.
"Aku mana ada boyfriend la, cuma aku terpikir macam mana nak settlekan kes yang bakal aku jalankan nanti"
"Kes apa?"- tanya maira tidak faham.
"Nanti la aku cerita dekat kedai makan"- Hana bangun dari tempat duduknya dan menggambil beg tangan sebelum terus berjalan pergi ke lif
"Okay"- maira mengikut langkah hana yang berjalan di hadapannya
Tq🥰sorry kalau ada typo🙂
YOU ARE READING
You 're mine,baby [𝗖]
RomanceDia, Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki yang mempunyai darah kacukan,dan ketampanannya yang mampu menarik perhatian para wanita.Dia juga me...