4

18 1 0
                                        

Malam itu Effa dan Seungmin hanya menonton televisyen bersama sama memandangkan mereka sudah kekenyangan gara gara Seungmin memesan makanan yang banyak sewaktu mereka di kedai tteokboki tadi. Tak lama kemudian Effa masuk ke biliknya untuk tidur kerana esok dia perlu melakukan pembedahan kepada Mrs Ji. 

Keesokkan paginya, Effa datang ke hospital seperti biasa untuk melakukan pembedahan yang telah dijadualkan kepadanya. Setelah selesai melakukan pembedahan, Effa diberitahu oleh Nurse Min bahawa Dr Dong Wook ingin berjumpa dgnnya. Dia tertanya tanya sebab mengapa Dr Dong Wook ingin berjumpa dengannya. Sesampainya di bilik Dr Dong Wook, Effa mengetuk pintu perlahan dan Dr Dong Wook mengarahkan Effa untuk masuk.

 Sesampainya di bilik Dr Dong Wook, Effa mengetuk pintu perlahan dan Dr Dong Wook mengarahkan Effa untuk masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Silakan duduk Effa" pelawa Dr Dong Wook. Effa hanya menurut dan duduk di kerusi berhadapan meja Dr Wook. 

"Ada apa yaa Dr Wook hendak jumpa saya?"

"Nihh saya nk bagi alat ultra bunyi endoskopi nihh dekat awak" kata Dr Dong Wook.

"Ehh kenapa bagi dekat saya Dr, bukan ke sepatutnya Dr. Cha yang patut handle alat2 mcm nihh?" tanya Effa kehairanan. 

"Iyaa tapi Dr Cha ada emergency itu yang saya serahkan kepada awak.. awak satu department dgn Dr Cha kan?" balas Dr Dong Wook.

"Haah tapi" belum sempat Effa menghabiskan ayatnya Dr Dong Wook memotong percakapannya.

"Haa nnt dia datang awak bagi laa dekat dia, saya ada banyak keja lagi nihh nk kena buat" kata Dr Dong Wook dengan pantasnya.  Effa tidak tahu hendak berkata apa dan hanya mengiyakan saja arahan Dr Dong Wook itu dengan terpaksa. 

Setelah selesai berjumpa dengan Dr Dong Wook, Effa meminta diri dari Dr Dong Wook dan berlalu pergi. Sesampainya di kaunter jururawat, Effa memberitahu Nurse Min untuk mengambil alat ultra bunyi tersebut di biliknya untuk diberikan kepada Dr Cha nanti memandangkan Nurse Min merupakan jururawat yang bertugas dengan Dr Cha pada malam nnt.  

"Nurse Min nnt tolong bagi alat ultra bunyi yang dekat bilik saya tuu kepada Dr Cha yaa"pinta Effa kepada Nurse Min sambil tersenyum. 

"Baik Dr Effa, nnt saya serahkan kepada Dr Cha.. hati2 balik tuu Dr Effa" balas Nurse Min sambil tersenyum juga. 

"Hehehehe, terima kasih yaa Nurse Min nnt saya belanja ice americano satu" kata Effa sambil tertawa kecil.

"Cehhh ice americano jee Dr Effa nk belanja saya klau belanja saya lunch nnt takpe jugak" gurau Nurse Min kepada Effa. 

"Amboi kemain ehh Nurse Min, org bagi betis dia nk peha plk, saya tarik balik nk belanja ice americano tadi baru tahu, hahahaha" ugut Effa sambil membuat muka serius untuk mengusik Nurse Min. 

"Ishh Dr Effa nihh saya memain jee laaa, ice americano pun ice americano laa bukan selalu Dr Effa nk belanja saya nihh, hahahaha" balas Nurse Min. 

"Ehh Nurse Min nihhh saja tauu, okaylah saya balik dulu yaa.. hati2 buat keja tuu Nurse Min" kata Effa sambil meminta diri untuk pulang. 

"Okayy Dr Effa, jgn lupa mission Dr Effa tuu nk tackle Dr Minho, hahahaha" balas Nurse Min sambil mengusik Effa. Effa hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat Nurse Min yang suka mengusiknya itu. 

Petang itu Minho membawa anaknya Minjae keluar bersiar siar di taman di hadapan rumah memandangkan dia bercuti pada hari itu. Sedang dia melihat Minjae bermain di gelongsor tiba tiba dia melihat Minjae berlari ke arah seseorang dengan riangnya. Setelah diperhatikan barulah Minho sedar bahawa itu ialah Effa. 

Disisi lain, Effa yang sedang berjogging itu terkejut apabila bajunya ditarik perlahan oleh seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disisi lain, Effa yang sedang berjogging itu terkejut apabila bajunya ditarik perlahan oleh seseorang. Apabila dia menoleh ke belakang dia melihat Minjae tersenyum riang memandangnya. 

"Minjaee yaaa, Minjae buat apa dekat sini sayang?" tanya Effa sambil tersenyum memandang Minjae yang comel itu. 

"Minjae main dekat taman permainan tuu omma" balas Minjae dengan ceria melihat Effa di situ. Minjae memang dari awal lagi sudah memanggil Effa dengan panggilan omma itu. 

"Ouhh, Minjae datang sorang jee ke? halmoni mana?" tanya Effa yang risau akan keselamatan Minjae itu. Dia sudah mulai menyayangi Minjae seperti anaknya sendiri kerana Minjae rapat dengannya. 

"Minjae datang dengan appa sbb halmoni ada reunion dgn kawan dia" balas Minjae sambil menunjukkan keberadaan Minho di hujung taman itu. 

"Ouh kalau mcm tuu jom omma hantar Minjae dekat appa yaa" kata Effa tersenyum.

"Alaaaa tapi Minjae nk main dekat taman permainan tuu lagi" balas Minjae sambil membuat muka sedih. 

"Okay laa klau mcm tuu omma teman Minjae main nak tak?" tanya Effa sambil mengusap rambut Minjae.

"Wahhh betul ke omma? yeayyy jom laa omma" balas Minjae sambil melompat kegirangan. 

"Iyaaa jomlah" balas Effa sambil memimpin tangan Minjae dan bermain bersamanya di taman permainan itu. 

Hari hampir menjelang senja dan Minho pun berjalan mendekati Minjae dan Effa untuk mengajak Minjae pulang ke rumah. 

"Minjae yaa, jom balik dah nak malam dah nihh" ajak Minho kepada Minjae. 

"Alaaa appa nnt laa Minjae tak puas lagi nk main dgn omma" rayu Minjae sambil membuat muka sedih kepada Minho.  Effa yang melihat kejadian itu mula memujuk Minjae.

"Minjae yaa, pegilah ikut appa balik nak malam dah nihh, nnt omma teman Minjae main lagi yaa" pujuk Effa sambil tersenyum memandang Minjae. 

"Tapi Minjae nk main dgn omma lagi, klau dekat rumah omma takde ada appa dgn halmoni jee" balas Minjae sayu. Minho dan Effa yang mendengar itu mulai tersentak. 

"Minjae yaa, takpe lah balik nnt appa temankan Minjae main transformer yaa" balas Minho cuba memujuk anaknya itu. 

"Taknak, nnt appa dapat call appa tinggal Minjae main sorang sorang lagi.. hmm, omma jom laa ikut Minjae balik rumah sekali" rayu Minjae kepada Effa. Effa yang mendengar itu hanya terdiam dan memandang Minho dengan muka serba salah. Minho mula berfikir sejenak.

"Jomlah ikut saya dan Minjae balik sekali, lagipun haritu omma suruh saya ajak awak makan di rumah sekali sbb awak tumpangkan dia pegi pasar haritu" ujar Minho mendatar. 

Effa yang mendengar pelawaan Minho itu tersenyum riang dan di dalam hati dia berasa sangat gembira dapat makan malam bersama Minho walaupun Minho seperti tidak sudi untuk menjemputnya. Namun memikirkan yang peluang sebegini tidak mungkin akan datang lagi dengan pantas Effa bersetuju untuk mengikut Minho dan Minjae pulang ke rumah. 

Minjae yang mendengarkan bahawa Effa akan mengikutnya pulang terus melompat kegembiraan dan memeluk Effa dan Effa membalas pelukannya itu. Minho tersenyum sekilas melihat gelagat mereka berdua dan berlalu pergi untuk pulang ke rumah.



I LOVE YOU MY DOCTORWhere stories live. Discover now