12

17 0 0
                                        

Malam itu apabila pulang dari hospital Effa membersihkan dirinya dan bersiap siap untuk tidur memandangkan esok merupakan hari cutinya. Effa bercadang untuk marathon drama Business Proposal  yang dibintangi oleh Ahn Hyo Seop pelakon kesukaannya.  Sedang Effa leka menonton dramanya itu, tiba-tiba handphone nya berdering menandakan ada seseorang yang memanggilnya. Effa menghentikan dramanya dan melihat siapa yang menelefonnya itu. Rupa-rupanya Mrs Lee yg menelefonnya. 

"Hello Effa" sapa Mrs Lee dengan nada yang gelisah.

"Yaa omma" balas Effa. 

"Kamu di hospital ke skrg nihh Effa?" tanya Mrs Lee lagi. 

"Ouhh Effa baru jee balik dari hospital nihh kenapa omma?" tanya Effa pelik. 

"Tak, tadi omma telefon Minho nk bagitahu dia yg Minjae demam tapi dia tak angkat pulak, itu yg omma call kamu kalau-kalau kamu dekat hospital lagi" balas Mrs Lee. 

"Minjae demam? teruk ke omma ? " tanya Effa yang risau akan keadaan Minjae itu.

"Minjae demam dari petang tadi lagi tapi omma dah bagi dia makan ubat pun tak kebah lagi panas badan dia, itu yang omma risau skrg nihh" balas Mrs Lee risau. 

"Ouhh takpe, kalau macam tuu omma tunggu kejap nanti Effa datang tengokkan Minjae" balas Effa dan segera bangun untuk ke rumah Mrs Lee untuk melihat keadaan Minjae. 

Sesampainya di rumah Mrs Lee, Effa menekan loceng dan tak lama kemudian Mrs Lee pun tiba di hadapan pintu dan menjemput Effa masuk ke rumahnya untuk melihat Minjae. Effa melihat Minjae tertidur dengan wajah yang pucat itu memandangnya sayu. Dengan perlahan Effa mendekati Minjae untuk memeriksa keadaannya. 

"Berapa hari dah Minjae demam nihh omma?" tanya Effa kepada Mrs Lee perlahan takut-takut mengejutkan Minjae yang sedang tidur itu. 

"Baru petang tadi Minjae demam tapi omma dah bagi dia makan ubat pun tak turun lagi panas badan Minjae nihh" balas Mrs Lee risau.

"Kalau mcm tuu kita lap badan Minjae dengan kain basah dulu, klau panas badan Minjae masih tak hilang kita bawak dia ke hospital yaa omma?" balas Effa pula. 

"Haa ikut kamulah Effa, omma ikut saja apa yang terbaik untuk Minjae" ucap Mrs Lee yang mahukan Minjae kembali sihat seperti sediakala. 

Effa mengambil kain kecil dan membasahkan kain tersebut lalu mengelap badan Minjae yang panas itu. Tindakan Effa itu membuatkan Minjae terjaga dari tidurnya dan membuka matanya perlahan lahan untuk melihat siapakah yang mengelapnya itu. 

"Omma?" panggil Minjae separuh sedar. 

"Yaa sayang, omma nihh.. Minjae ada tak selesa dekat mana-mana ke, bagitahu omma?" balas Effa dengan lembut. 

"Omma, Minjae rindu omma, huhuhuhu" balas Minjae terisak isak. 

"Minjae yaa, omma pun rindu Minjae.. Minjae cepat sembuh yaa nnt kita boleh pegi jalan jalan lagi" balas Effa sayu. 

"Baik omma.. Omma peluk Minjae sampai Minjae tidur boleh?" rayu Minjae perlahan. 

"Yaa sayang, mestilah boleh" balas Effa sambil menarik Minjae ke dalam pelukannya untuk tidur. 

Levanter Medical Hospital 

Setelah selesai melakukan pembedahan kepada Mr Kwak, Minho pergi ke mejanya untuk berehat. Dia mendapati bahawa terdapat 10 panggilan telefon daripada ommanya  sewaktu dia masih di bilik pembedahan tadi. Tanpa berlengah Minho terus mendial semula nombor ommanya itu. Tidak lama kemudian talian mereka pun bersambung.

"Hello omma, kenapa omma telefon Minho? tadi Minho ada operation tak sempat nak angkat" tanya Minho. 

"Omma telefon nak bagitau kamu yg Minjae demam dari petang tadi tak kebah2 lagi" balas Mrs Lee. 

I LOVE YOU MY DOCTORWhere stories live. Discover now