Effa is a doctor at Levanter Hospital and she has a biggest crush towards her colleagues Minho who is a senior doctor there. Effa never hesistate to show Minho her affection and try everything that she could to make Minho likes her back but still Mi...
Sesampainya mereka di rumah Minho, Mrs Lee menjemput Effa masuk ke rumahnya dengan ramah. Pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh Mrs Lee untuk menyambut Effa. Setelah selesai makan malam, Mrs Lee mengajak Effa untuk menonton televisyen bersamanya.
"Effa jom teman omma tengok drama Five Enough, omma suka tengok si Sunghoon dengan Shin Hye Sun tuu berlakon" ajak Mrs Lee kepada Effa.
"Ye ke eomeoni, Effa pun suka jugak tgk Sunghoon berlakon dalam Marriage Story nampak berkarisma sangat" balas Effa sambil tersenyum kepada Mrs Lee. Selepas itu mereka berdua pun menghabiskan masa bersama sama dengan menonton Five Enough tersebut.
Setelah drama tersebut tamat, Effa meminta diri untuk pulang namun Minjae menahannya dari pulang.
"Omma, teman laa Minjae tidur malam nihh boleh?" pinta Minjae dengan muka sayu.
"Minjae yaa, aunty Effa kena balik dah malam dah nihh.. appa teman Minjae tidur yaa" celah Minho sambil tersenyum kepada Minjae.
"Tapi Minjae nk tido dgn omma malam nihh, dgn appa dah selalu.. boleh yaa omma?" rayu Minjae lagi.
"Lee Minjae!!! sejak bila Minjae tak dengar cakap appa nihh? appa dah cakap kan biar appa yang teman Minjae tidur" geram Minho kerana Minjae tidak mahu mendengar cakapnya dan meminta Effa untuk menemannya tidur.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mrs Lee memarahi Minho kerana meninggikan suaranya kepada Minjae. Effa yang melihat Minjae ketakutan segera menenangkannya sambil memandang Minho geram kerana memarahi Minjae seperti itu.
"Minjae yaa, harini omma tidur dgn Minjae tapi nnt Minjae kena dengar ckp appa yaa.. boleh sayang?" pujuk Effa sambil mengelus perlahan rambut Minjae. Minjae hanya menganggukkan kepala sambil menahan nangis.
Setelah itu, Effa membawa Minjae ke dalam bilik untuk menemaninya tidur sambil membacakan buku cerita kepadanya. Sedang asyik Effa membacakan Minjae buku cerita tiba tiba Minjae menanyakan soalan yang membuatkan Effa tersentak.
"Omma, appa dah tak sayangkan Minjae ke?" tanya Minjae sayu.
"Ehh mana ada laa sayang, appa sayangkan Minjae sangat2 tau.. kenapa Minjae cakap mcm tuu?" balas Effa yang terkejut dgn soalan Minjae itu.
"Taklah appa tak pernah marah Minjae mcm tadi" balas Minjae perlahan.
"Taklah sayang, appa marahkan Minjae tadi sbb Minjae tak dengar cakap appa sbb tuu appa marah.. tapi kan Minjae tau tak yang marah tuu tanda sayang tau" pujuk Effa kepada Minjae.
"Betul ke omma? klau macam tuu nnt hari2 Minjae buat appa marah supaya hari2 appa sayang Minjae, hehehehe" balas Minjae sambil ketawa perlahan.
"Ehhh budak nihh, dia mengusik omma plk yaa" geram Effa sambil mencubit pipi gebu Minjae itu.
"Hahahahaha, sakitlah omma cubit pipi Minjae nihh" cebik Minjae.