6

25 1 0
                                    

Setelah selesai melakukan pembedahan jantung Mr Nam, Yunho meregangkan badannya dan menghirup ice americano yang berada disisi mejanya. Tiba2 dia mendengar perbualan Dr Kim dan juga Dr Ong mengenai pergantungan kerja Effa itu tadi. 

"Saya dengar Dr Effa kena gantung kerja oleh Dr Dong Wook pagi tadi" kata Dr Kim. 

"Ehh Dr Effa kena gantung kerja? kenapa tiba2 Dr Dong Wook gantung Dr Effa?" tanya Dr Ong pula. 

"Katanya sbb Dr Effa rosakkan alat yang baru dibeli oleh Dr Dong Wook smlm, itu yang Dr Dong Wook gantung Dr Effa tuu" terang Dr Kim lagi. 

"Ouhh patutlah pun Dr Effa kena gantung kerja dengan Dr Dong Wook, itulah siapa suruh rosakkan lagi alat yg Dr Wook beli tuu, hahahaha" balas Dr Ong pula. 

Yunho yang mendengar perkara itu bergegas keluar untuk mencari di mana keberadaan Effa. Sesampainya dia di bilik Effa, Yunho melihat Effa sedang mengemas mejanya itu. Yunho pun mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik Effa. 

"Effa, betul ke saya dengar awak kena gantung kerja dengan Dr Dong Wook?" tanya Yunho dengan perasaan ingin tahu. 

"Iyaa betul laa tuu apa yg awak dengar tuu Yunho" balas Effa acuh tak acuh. 

"Alaaaa tak boleh laa saya nk jumpa awak lagi nnt" ucap Yunho sambil membuat muka sedih. 

"Ishh awak nihh Yunho, saya kena gantung kerja bukannya berhenti kerja sampai awak tak boleh jumpa saya langsung" ucap Effa geram. 

"Awak marahkan saya ke?" ucap Yunho dengan nada sedih. Effa yang tersedar bahawa dia sudah terkasar dengan Yunho segera membalas. 

"Ehh taklah Yunho, saya tengah serabut nihh haa, maafkan saya yaa kalau saya buat awak terasa" kata Effa ikhlas. 

"Hahahaha takdelah Effa, saya faham.. maafkan saya jugak yee kalau saya annoyingkan awak" balas Yunho sambil tersenyum manis kepada Effa. 

"Ishh awak nihh buat saya risau jee tau" balas Effa sambil tertawa kecil. 

"Haaa kan cantik kalau awak gelak mcm tuu, bukannya monyok jee mcm tadi" balas Yunho lagi sambil membuat muka comel. 

"Hahahaha, ishh awak nihh Yunho ada2 jee lah"balas Effa sambil ketawa melihat Yunho membuat muka comelnya yang mmg sangat comel.

Di luar bilik Minho melihat Yunho dan Effa yang sedang bergurau senda membuatkan dia berlalu pergi walaupun pada awalnya dia ingin membantu Effa mengenai pergantungan kerjanya itu. Dia berasa sakit hati melihat kemesraan yang terjalin antara Effa dan Yunho itu kerana dia sudah mula menyukai Effa namun tidak mahu mengakuinya. 

Petang itu Effa pergi mengambil adiknya Seungmin di sekolah memandangkan dia tiada kerja yang perlu dilakukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Petang itu Effa pergi mengambil adiknya Seungmin di sekolah memandangkan dia tiada kerja yang perlu dilakukan. Seungmin yang baru keluar dari sekolahnya itu terkejut melihat noona nya itu berada di hadapan sekolahnya. 

"Yaa noona buat apa dekat sekolah Minmin nihh?" tanya Seungmin pelik. 

"Noona datang nak amik adik noona yg annoying nihh laa" balas Effa sambil tersenyum senyum memandang  Seungmin untuk mengusiknya.

"Yahh noona nihh sihat ke tak nihh? demam ehhh?" tanya Seungmin lagi sambil meletakkan tangannya di dahi noona nya yg seorang itu.

"Yahhh, noona sihat laaa!! Minmin mmg nk noona sakit ke mcm mana nihh?" dengus Effa tidak puas hati.

"Takde laa tak pernah2 noona tunggu Minmin baik sekolah itu yg Minmin pelik jgk tuu" balas Seungmin. 

"Hahahaha taklah.. jom teman noona pegi makan nak tak?" tanya Effa sambil menarik Seungmin masuk ke dalam kereta. 

"Okayy cool, Minmin pun lapar gila nihh tak sempat nk makan time rehat tadi" balas Seungmin excited walaupun dia berasa pelik dengan kelakuan Effa pada hari itu. 

"Okayy kajaaaaa" balas Effa sambil mula menghidupkan keretanya. 

Setelah tiba di Hero's Soup House mereka berdua memilih meja untuk menikmati makan malam mereka. Seungmin memesan bibimbap manakala Effa memesan kimchi bokkeumbap untuk dinikmati pada hari itu. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba Seungmin memberitahu Effa bahawa pertandingan bola keranjang sekolahnya akan tiba. 

"Noona, minggu depan sekolah Minmin akan adakan pertandingan bola keranjang antara sekolah. Klau noona free datanglah" ujar Seungmin dan berharap noona nya itu akan datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut kerana dia akan bertanding di dalam pertandingan tersebut. 

"Minmin masuk ke pertandingan bola keranjang tuu tahun nihh?" tanya Effa. 

"Haah noona" balas Seungmin teruja. 

"Okay sbb Minmin ada noona taknak pergi, hahahahaha" balas Effa ingin mengusik Seungmin. 

"Yahh kalau noona taknak datang takpe lah" balas Seungmin sedih. Effa yang melihat riak wajah adiknya itu berubah mula timbul rasa bersalah. 

"Yahhh, noona main2 jee laa.. mestilah noona pergi adik noona yang comot nihh bertandingkan, takkanlah noona tak pergi" ucap Effa sambil mencubit pipi Seungmin yg gebu itu. 

"Yahhh, noona tak lawaklah.. tapi betul ke noona nak pegi tgk Minmin main bola keranjang nnt" tanya Seungmin inginkan kepastian dari Effa. 

"Gomawooooo noona" balas Seungmin yang teruja Effa akan datang melihatnya bermain nnt. 

"Iyaaa sama2, tapi kamu dah bagitau omma dgn appa belum?"tanya Effa lagi. 

"Sudahhhh dan omma cakap pengetua dah hantar surat jemputan dah untuk omma dengan appa" terang Seungmin sambil tersengih.

"Ouhh I see" balas Effa ringkas. 

Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan pun tiba dan mereka berdua makan dengan begitu berselera sekali. Effa tersenyum riang memandang adiknya yg sangat menikmati makanan yg disediakan sehingga tidak perasan di tepi bibirnya ada sedikit sos. 

Effa menyuruh Seungmin untuk mengelap mulutnya tetapi Seungmin tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Effa dan hanya membiarkan saja noona nya itu. Effa yg geram melihat tingkah adiknya itu mula mengambil tisu dan mengelap kasar bibir Seungmin. 

Seungmin yg terkejut dgn tindakan noona nya itu hanya membiarkan saja noona nya itu mengelap mulutnya yg comot itu kerana dia suka apabila noona nya itu memberi perhatian sebegitu kepada dirinya. Setelah selesai mengelap bibir Seungmin, Effa meneruskan makan manakala Seungmin hanya tersenyum gembira melihat noona nya itu. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
I LOVE YOU MY DOCTORWhere stories live. Discover now