3

20 1 0
                                        

Pagi itu Effa melakukan pembedahan apendiks untuk Mrs Nam setelah dipersetujui oleh beliau untuk melakukannya kerana dia bimbang penyakitnya itu akan menyukarkannya untuk bekerja seperti biasa. Setelah selesai melakukan pembedahan Effa kembali ke biliknya untuk merehatkan diri sebentar. Semasa Effa sedang merenggangkan badannya satu nombor yang tidak dikenali memanggilnya. Dengan ragu ragu Effa menjawab panggilan tersebut.

"Hello" ucap Effa kepada pemanggil di sana.

"Boleh saya tahu ini Cik Effa ke, kakak kepada Kim Seungmin?" kata pemanggil di sana.

"Yaa saya, kenapa dengan adik saya yaa?" tanya Effa risau kalau2 terjadi sesuatu terhadap adiknya yg sorang itu.

"Ouh saya Cikgu Seonho, guru kelas Seungmin .. saya nk bagitahu bahawa Seungmin bergaduh dengan rakan sekelasnya, Cik Effa boleh datang ke sini ke?" tanya lelaki yang bernama Seonho itu.

"Okay baiklah saya datang sekarang" balas Effa sambil bersiap siap untuk bergegas keluar ke Yellow Wood (YW) High School. 

Yellow Wood High School 

Sesampainya di YW High School, Effa terus menuju ke bilik guru untuk mendengar penerangan dari guru kelas adiknya itu. Setibanya Effa di bilik guru itu dia melihat ada seorang wanita pertengahan usia bersama seorang pelajar mungkin anaknya dan dia melihat adiknya Seungmin hanya menundukkan wajahnya. Effa mengetuk pintu lalu masuk ke dalam ruangan itu.

"Cik Effa?" tanya lelaki yang memakai tag nama Seonho itu. Seungmin hanya melihat noonanya itu dengan riak muram.

"Ya saya" ucap Effa sambil memandang guru tersebut.

"Mcm nihh cik, adik cik telah bergaduh dengan kawannya sekelasnya sehingga bertumbuk antara satu sama lain dan masing2 taknak mengaku salah, jadi saya terpaksa memanggil cik untuk datang ke sini untuk menyelesaikan perkara ini memandangkan Mrs Choi tidak berpuas hati dengan perkara ini." ucap Seonho panjang lebar. 

Effa hanya menganggukkan kepalanya mendengar penjelasan guru yang bernama Seonho itu. Dia kemudiannya bangun dan memohon maaf kepada Mrs Choi atas kelakuan adiknya itu.

"Maafkan kelakuan adik saya yaa Mrs Choi" tunduk Effa sopan kepada wanita tersebut.

"Awak ingat dengan maaf awak tuu boleh selesaikan semua perkara nihh ke? Muka anak saya yg dah lebam nihh siapa nk bertanggungjawab?" balas Mrs Choi dengan angkuhnya.

"Tapi klau nk diikutkan lebam dekat muka anak puan tuu rasanya tak seberapa nk dibandingkan dengan adik saya nihh" balas Effa menahan geram.

"Jadi awak nk kata yg anak saya nihh salah sbb lukanya sikit berbanding adik awak tuu? adik dgn kakak sama jee tak mengaku salah" balas Mrs Choi sambil ketawa sinis. 

Effa yg sudah tidak dpt menahan marahnya membalas "excuse me Mrs Choi, klau betul anak puan tuu betul kenapa lukanya ringan berbanding adik saya and for your information I know my brother very well and he's no the type to start the fight unless your son started it first!!" bidas Effa sambil menarik tangan adiknya Seungmin dan berlalu pergi dari situ.

Mrs Choi menahan amarahnya apabila semua guru mulai memandang dirinya dan mulai berbisik antara satu sama lain. Di dalam kereta, Seungmin ingin menerangkan tentang kejadian sebentar tadi  tapi memandangkan noonanya itu hanya mendiamkan diri sahaja dia tidak berani untuk memulakannya. 

Setelah 10 minit memandu akhirnya mereka sampai di Hospital Levanter. Effa mengarahkan Seungmin untuk mengikutinya ke dalam hospital itu. Seungmin hanya menuruti sahaja arahan noonanya itu. Effa melihat wajah Seungmin yg luka dan lebam akibat daripada pergaduhan itu.  Setelah menelitinya Effa mengambil kapas yg telah dibasahkan dgn antiseptik untuk mencuci luka dan lebam di muka Seungmin. 

I LOVE YOU MY DOCTORWhere stories live. Discover now