Seorang lelaki beruniform sekolah meraih beg sekolahnya malas dengan niat untuk mencari buku sejarah demi mata pelajaran pertama nanti.ZIPP
Dengan malas, Hyunsuk meraba isi beg sekolahnya..cuba untuk meraih buku sejarah yang disimpannya
"Tunggu sebentar...."
Sorot mata Hyunsuk jatuh pada beg kertas yang diisi barang di dalam beg sekolahnya. Setahu Hyunsuk, ini bukan barangannya.
Si dia meraih beg kertas asing ini lalu mengecek isi paperbag tersebut dengan wajah yang cukup bingung.
Deg.
Tangan Hyunsuk meraih sebuah talefon bersaiz kecil di dalamnya.
"Talefon siapa pula ni?"
Soal Hyunsuk pada angin yang sempat lalu lalang tadi.
Dia mengeluarkan semua barang barangan yang berada di dalam paperbag coklat tersebut...
Talefon, sebuah kotak hitam dan kunci bilik yang tertulis nombor 5.
Hyunsuk mengigit bibirnya, bingung harus berbuat apa soalnya dia perlu penjelasan kenapa paper bag ini ada di dalam beg sekolahnya!
Kerana keliru, dia terpaksa guna jalan buntu untuk mengetahui pemilik barang barangan asing ini. Mana tahu, tiba tiba saja Hyunsuk dituduh mencuri barang orang, kan?
"Terpaksa guna cara ni..."
Guman Hyunsuk sebelum memeluk erat barangan tersebut ke dalam dakapannya. Hyunsuk memandang ke sekeliling dahulu, takut takut ada yang melihatnya.
Setelah memastikan tiada orang yang menatapnya curiga, dia memejam matanya rapat sambil merasakan sentuhan pemilik beg ini.
"Park Jihoon, apa yang kamu lakukan?"
GASP!
Saat itu, suara cikgu Bobby berdering di telinga Hyunsuk bersama bayangan wajah Jihoon yang sedang berlari di dalam kegelapan.
Hyunsuk mengangguk pelan, jadi ini barang barangan Park Jihoon?
Pelajar yang mati di dalam kes tragis 1 hari yang lalu?
Bagaimana Hyunsuk mampu melihat bayangan tersebut? Itu Hyunsuk sendiri tidak tahu, sejak lahir lagi dia mendapat sixth sense untuk melihat kisah silam seseorang jika dia memegang barangan milik orang itu.
Tetapi ada satu persoalan di sini.
"Macam mana barangan ni boleh berada di dalam beg aku?"
Soal Hyunsuk pada dirinya sendiri.
....
Hyunsuk mengetuk permukaan meja dengan jarinya sambil membuang pandang ke arah luar tingkap kelasnya.
"Hei, kau dengarkan pasal Park Jihoon...budak kelas sebelah yang mati bunuh diri setelah menikam budak kelas kita...Kim Doyoung."
"Yupp! Aku dengar khabar...Kim Doyoung sedang koma di hospital sekarang ni. Mujur saja, Cikgu Bobby dan Cikgu Sejun sempat sampai kalau tidak...mungkin Doyoung sudah hilang banyak darah saat itu."
Hyunsuk hanya diam saat rakan sekelasnya Jaehyuk dan Yoshi yang duduk di hadapan mejanya...sedang bercerita mengenai kejadian semalam.
Jaehyuk menepuk bahu Yoshi dramatik. "Sebenarnya aku rasa kasihan pada Jihoon..."
Ucap Jaehyuk pelan membuatkan alis Yoshi menaik sebelah.
"Apa maksud kau? Bukankah Jihoon itu budak nakal di sekolah? Dia selalu bergaduh dengan pelajar junior dan suka buat masalah." Ucap Yoshi.
Jaehyuk menghela nafas.
"Entahlah...walaupun dia suka buat masalah dulu tapi...cara dia mati agak tragis..."
Yoshi mengangguk setuju.
"Aku setuju."
Hyunsuk yang dari tadi lagi mendengar perbualan mereka hanya menyetujui di dalam hati. Cara lelaki itu meninggal dunia agak tragis.
Tapi siapa peduli tentangnya? Tiada siapa yang menyukai Park Jihoon di sekolah mereka.
Cikgu Bobby selaku guru disiplin pun tidak mampu bilang beberapa kali lelaki itu keluar masuk bilik disiplin.
"Eh tapi kan, kelas kosong nombor 5 yang Jihoon selalu guna tu...memang akan dibiarkan begitu saja?"
Soal Jaehyuk sambil mengusap surai rambutnya yang semakin panjang.
Yoshi mengangguk. "Tiada siapa yang boleh masuk tempat tu sebab kunci bilik nombor 5 itu ada dengan Park Jihoon!"
"Entah di mana dia simpan kunci tu sebelum kes ni terjadi."
Deg.
Apa dia kata tadi?
Entah kenapa Hyunsuk jadi tertarik ingin mendengar topik ini.
"Kelas nombor 5?" Guman Hyunsuk pelan, fikirannya jadi melayan mengenai barang barangan Park Jihoon yang ditemuinya pagi tadi.
Dia jadi ingat tentang kunci no. 5 milik Park Jihoon itu...
"Jaehyuk, Yoshi. Aku ingin tanya sesuatu ni..."
Kata Hyunsuk sambil menepuk bahu Jaehyuk yang duduk di hadapannya.
Rakan sekelasnya menoleh ke belakang, mereka memandang bingung ke arah Hyunsuk yang selalunya diam saja saat mereka menggosip.
"Apa?"
"Apa maksud kalian dengan kelas nombor 5?"
Soal Hyunsuk, panasaran.
Sontak itu, Jaehyuk dan Yoshi berpandangan dengan pandangan tergaman.
"Kau tidak tahu?? Kelas nombor lima yang terletak di bangunan sekolah lama itu."
"Aku dengar cerita...Jihoon sewa tempat itu...dia selalu pergi ke sana setiap kali waktu rehat ataupun setelah bel loceng pulang berbunyi."
"Yup! Dia selalu menghabiskan masa di sana. Kunci bilik itu mungkin disimpannya sekarang...entah dia simpan di mana."
Sekarang Hyunsuk benar benar pasti. Kunci yang dimasukkan mereka berdua itu ada di dalam gengamannya sekarang.
25/10/2021
________
Don't forget to vote 😉
YOU ARE READING
[✓] replay
FanfictionHis story before he die. Main role; Jihoon, Hyunsuk, Asahi Genre: Thriller 🧷notes; violent, murder scene, harsh word Start : 24/10/2021 End : 14/12/2021