Kalian boleh dengar lagu di atas sambil baca bab ni.
....
Hyunsuk meraih lipatan origami lain, ingin menghabiskan banyak masa di tempat ini sambil melihat lihat kisah seorang Park Jihoon.
Lagi pun jika Hyunsuk pulang rumah awal, dia akan sendirian di sana. Ibunya masih terlantar di hospital selama berminggu minggu.
Origami kertas berbentuk pisau itu terbuka...
Aku muak...
Muak dengan drama yang tak henti henti ni...aku rasa macam sampah saat ini...hiks.
.
.
.FLASHBACK
Jihoon memandang keadaan di dalam gudang yang dipenuhi senjata itu dengan tatapan hiba, dia rasa ingin menangis saja saat bau hanyir menyengat hidungnya.
Bau darah.
Ketika ini, dia berada di dalam gudang milik seorang mafia-bernama Lim Sejun sambil berlutut di hadapan lelaki itu secara paksa.
Di sebelahnya ada seorang lelaki tua yang turut melutut dengan wajah penuh ketakutan. Nampaknya nasib mereka hampir sama.
Sejun-lelaki yang mengenakan pakaian serba hitam itu berdiri di hadapan mereka berdua dengan senyuman penuh keiblisan.
"Bagusss, mereka berdua sudah ada di sini..." Kata Sejun sambil bertepuk tangan. Pelik.
Mengapa Jihoon berada di sini??
Ah, Jihoon baru tahu yang appanya ada hutang besar dengan mafia ini. Dalam hati Jihoon ingin menyumpah seranah.
Berani betul appanya berhutang dengan seorang Lim Sejun??
Padahal seluruh daerah kawasan mereka tahu bagaimana sikap Sejun ini. Lelaki itu GILA.
'Rasanya aku muak mendengar perkataan hutang, bila benda ni nak berakhir...' Batin Jihoon.
"Park Jihoon...anak kepada Park Minho. Appa kau berhutang wang sebanyak 13 juta , bagus...sekarang lelaki tua itu mati dan anaknya yang mendapat sial."
Kata Sejun sambil menunding kepala Jihoon dengan sinis.
Pandangan Sejun beralih pada lelaki tua yang berada di sebelah Jihoon.
"Dan kau..Jinhwan....anak perempuan kau membuat kekecohan besar di kelab malam aku hingga menyebabkan kerugian yang besar...."
"Dan sialnya, budak tu dah larikan diri ke luar negara....tck."
Sejun menepuk kasar pipi lelaki tua itu. Meski pun lelaki tua itu tak bersalah namun kerana anak perempuannya...dia berada dalam keadaan begini.
See? Nasib Jihoon dan lelaki tua ini hampir sama. Mereka sama sama kesusahan kerana ahli keluarga mereka yang tak tahu bersyukur.
YOU ARE READING
[✓] replay
FanfictionHis story before he die. Main role; Jihoon, Hyunsuk, Asahi Genre: Thriller 🧷notes; violent, murder scene, harsh word Start : 24/10/2021 End : 14/12/2021