"Siapa?"Soal Jihoon, rasanya wajah orang ini cukup familiar di ingatannya.
Lelaki itu tidak bersuara melainkan menunding nametag yang dipakainya pada uniform sekolah.
"Hamada Asahi...?" Guman Jihoon.
Lelaki itu mengangguk kecil sebelum duduk bersebelahan Jihoon membuatkan lelaki itu rasa bingung.
"Kita sekelas." Ucap Asahi lagi.
"Hah?" Jihoon jelas sekali terkejut, patutlah wajah lelaki ini kelihatan agak familiar.
Mereka berdua sesama diam selepas itu. Jihoon hanya meliriknya dengan pandangan bingung.
"Waktu pulang nanti, jangan balik awal sangat." Ucap Asahi tiba tiba.
"Kenapa?"
"Nanti pada waktu jam pulang, dua orang lelaki akan datang pukul kau sebab kesalahfahaman."
"Dia fikir kau orang yang ganggu adik perempuan mereka sebab nama pelaku tu sama dengan kau...padahal orang tu sekolah sebarang jalan."
Jelas Asahi, masih lagi dengan sorot mata yang kosong.
Jihoon terdiam dengan wajah yang bingung, dia menggaru lehernya yang gatal. Ragu ragu untuk percaya dengan ucapan lelaki ini.
"Kau mesti fikir aku karang cerita, kan?"
Soal Asahi seolah olah faham isi fikiran Jihoon.
Jihoon hanya menunduk sambil memainkan jarinya.
"Aku tak karang cerita...kau mungkin tak percaya kalau aku cakap ni tapi..."
Jeda Asahi sebentar, dia memandang sorot mata Jihoon dengan intens.
"...aku boleh lihat masa depan."
.....
Jihoon sebenarnya ingin percaya ucapan Asahi tapi dia terpaksa jugak balik awal hari ni disebabkan urusan tanah arwah mak cik saudaranya.'Harap harap saja ucapannya tidak benar.' Fikir Jihoon dalam hati saat kakinya menjejak tanah luar pagar sekolah.
"Park Jihoon?!"
Bahu Jihoon terhinjut ke hadapan saat dua orang lelaki berbadan besar memanggilnya dengan lantang. Mereka berdua berdiri tak jauh darinya.
Sial, ucapan Asahi betul?!
Dengan langkah yang berat Jihoon berlari pergi dengan nafas yang berderu deru, mengabaikan pandangan bingung dari pelajar yang ada di sekitar pagar.
"YAK, PARK JIHOON?!"
Suara itu bergemar di telinga Jihoon, dia melajukan lariannya saat menyedari yang dua orang pemuda tadi mengejarnya hingga di jawasan lorong yang sempit.
YOU ARE READING
[✓] replay
FanfictionHis story before he die. Main role; Jihoon, Hyunsuk, Asahi Genre: Thriller 🧷notes; violent, murder scene, harsh word Start : 24/10/2021 End : 14/12/2021