𝟏𝟑 : 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐫𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭

728 135 28
                                    

Hyunsuk bersandar pada dinding dengan helaian nafas yang nipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hyunsuk bersandar pada dinding dengan helaian nafas yang nipis. Dia memandang kotak kayu yang berisi 3 lipatan origami lagi.

Hyunsuk tersenyum kecil sebelum membuka lipatan origami yang tersusun di hadapannya.

Dia memejam matanya saat sebuah memori terbayang di ingatannya.

Sejak aku mengenal seorang Hamada Asahi. Satu pengajaran yang akan aku tanam dalam kamus hidup aku.

Jangan pernah melanggar nasihat dan pesanan dari Asahi.

Tapi aku lakukannya...sekali lagi.

.
.
.




FLASHBACK

Jihoon menutup lokernya sambil meringis sakit, dia mengusap wajahnya yang penuh dengan kesan luka akibat pukulan dari Hanse beberapa hari yang lalu.

Saat dia ingin menoleh ke belakang, sorot matanya jatuh pada Asahi yang berdiri begitu dekat dengannya.

"Jihoon."

"Apa??" Soal Jihoon cukup pelan, dia mengusap lehernya. Rasanya dia masih rasa kurang selesa berada berdekatan lelaki ini.

Mungkin kerana fakta yang lelaki ini mampu melihat masa depan.

"Jangan pergi ke makmal sains pukul 8.00 malam nanti."

Ucap Asahi sambil mengerling sekilas ke arah Junghwan dan Hatuto yang sedang berbual tidak jauh dari mereka.

"Tapi..."

"Ingat pesanan aku."

Kata Asahi sambil menepuk bahu Jihoon pelan sebelum berlalu pergi meninggalkan Jihoon yang bingung sendirian.

Lagi lagi Jihoon menggaru lehernya yang tidak gatal.

Dasar pelik.

Kenapa pulak Jihoon nak pergi makmal sains pada waktu seperti itu. Lagi pun, bukankah waktu itu sesi pelajaran sudah tamat?

.....

Rasanya Jihoon ingin menarik pemikirannya yang Asahi itu pelik. Lihatlah dirinya yang sedang berjalan di koridor sekolah pada jam 7:58 malam.

Jihoon bukannya sengaja balik lewat tapi dia terpaksa.

Dia terpaksa kerana tidak sengaja mengotorkan kereta Cikgu Seungwoo dengan sebaldi air sampah semasa ingin membuangnya ke dalam longkang.

Dan berakhir dia mencuci tingkap kereta cikgu disiplinnya hingga lewat malam. Tidak sendirian, cikgu Seungwoo menemaninya tadi.

Tapi mungkin sekarang lelaki dewasa itu sudah balik dan tinggallah Jihoon yang ingin mengambil begnya di dalam kelas.

[✓] replayWhere stories live. Discover now