𝟏𝟓 : 𝐇𝐢𝐬 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐥𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫

753 140 23
                                        

_______________

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

_______________

Bilik wad hospital bernombor 045 dipandang lama oleh Asahi sebelum lelaki itu melangkah masuk.

Sorot matanya jatuh pada Kim Doyoung yang sedang tertidur lena di katil pesakit. Sudah berminggu minggu lelaki itu koma.

Rasanya aneh bagi Asahi...melawat seseorang di hospital yang terang terangan orang itu tiada hubungan apa apa dengannya.

Asahi mendekati katil pesakit. "Tolong sedarkan diri..." Pintanya dengan pandangan berharap.

"Jelaskan pada dunia yang Jihoon tak salah...dia tak tikam kau dan dia tiada niat untuk bunuh diri malam tu..."

"Jelaskan pada semua orang, siapa pelaku tak guna tu?!"

Nada suara Asahi semakin meninggi.

Asahi tahu siapa pelakunya, cukup tahu. Dia sempat melihat bayangan masa depan yang jelas pada malam tu tapi terlambat...Jihoon sudah dikhabarkan mati.

Tentu saja tiada orang yang akan percaya kalau dia cakap dirinya mampu melihat masa depan.

Orang akan percaya kata kata Doyoung saja, dia yang menjadi mangsa malam tu.

KRECK.

Suara gesekan pintu kedengaran membuatkan Asahi spotan berpaling ke belakang.

"Siapa?"

Soal Asahi pada lelaki berkaca mata di hadapannya. Dapat Asahi lihat, lelaki itu masih mengenakan unifom sekolah.

Jaehyuk tersenyum nipis.

"Asahi?" Soalnya ragu ragu.

Dahi Asahi berkerut, macam mana lelaki ini tahu namanya. Ah, mungkin namanya terlalu popular hingga semua orang tahu.

"Sebenarnya Ji-"

TIK-

TIK-

TIK-

TIK-

Ucapan Jaehyuk terpotong saat suara mesin alat pernafasan dari Doyoung kedengaran.

"Eunghh..."

Lenguhan dari Doyoung yang baru terbangun kedengaran.

Kim Doyoung....lelaki itu sudah sedarkan diri.

Asahi yang panik melihatnya menekan butang kecemasan bersebelahan katil, cuba memanggil doktor.

"Apa yang terjadi?" Soal dokter yang baru saja masuk bersama perlatannya.

"Dia sudah sedar...pesakit sudah sedar!"

.....

Hyunsuk mengambil nafas sedalam yang mungkin sebelum membuka lipatan origami yang terakhir.

[✓] replayTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang