His story before he die.
Main role; Jihoon, Hyunsuk, Asahi
Genre: Thriller
🧷notes; violent, murder scene, harsh word
Start : 24/10/2021 End : 14/12/2021
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hyunsuk meraih lipatan origami lain yang tersimpan kemas di dalam kotak kayu itu.
Seperti biasa, pemuda Choi itu akan menghabiskan waktu rehatnya di dalam kelas nombor 5 itu sambil membuka satu persatu lipatan origami yang dilipat Park Jihoon.
Dear Kim Junkyu, I know you are good friend.
Really, a good friend. Thank you...and sorry.
Again, sorry.
. . .
FLASHBACK
Jihoon bersandar pada dinding rooftop sambil memejam matanya rapat. Angin pada waktu malam bertiup menyapa telinganya.
Tap. Tap.
"Park Jihoon."
Telinga Jihoon menangkap bunyi derapan kasut diiringi suara seseorang memanggilnya.
"Apa?" Soal Jihoon, masih lagi memejam matanya rapat.
Tanpa membuka mata pun dia sudah boleh meneka siapa pemilik suara itu. Kim Junkyu, satu satunya manusia yang selalu menemaninya dikala dia sering jatuh.
Junkyu tersenyum kecil sambil duduk di samping Jihoon yang sedang bersandar pada pintu dinding rooftop.
"Kau okey, kan?" Soal Junkyu pelan.
Sontak itu, Jihoon membuka matanya dengan tatapan mata penuh persoalan.