His story before he die.
Main role; Jihoon, Hyunsuk, Asahi
Genre: Thriller
🧷notes; violent, murder scene, harsh word
Start : 24/10/2021 End : 14/12/2021
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Junkyu...?"
"A-apa yang kau lakukan?"
Badan Jihoon membeku sepenuhnya di muka pintu saat pandangannya jatuh pada si sahabat yang sedang ingin membunuh Minho.
Pemandangan di ruang tamu rumahnya benar benar terlakar indah di hadapannya.
Jihoon menyesal.
Menyesal kerana memujuk bosnya untuk pulang awal malam tu.
Junkyu tersenyum. "Aku fikir kau akan balik lewat malam ni..." Anak matanya memandang Jihoon tanpa berkelip.
"Kau mahu bunuh appa aku...?" Soal Jihoonterbata bata sambil berjalan mendekati mereka.
"AAAUAUUAAA-"
Plak.
"DIAM LELAKI TAK GUNA!"
Minho yang asalnya ingin meminta tolong pada anaknya terdiam saat pipinya ditampar keras oleh Jihoon.
Bising, dah takde lidah pun masih nak bercakap.
Jihoon menghela nafas lelah. "Jika lelaki tua ni mati...kau akan masuk penjara Junkyu!" Kata Jihoon tegas.
Junkyu mengangguk kepalanya dengan tenang.
"Tidak apa. Hanya penjara saja, demi kau aku sanggup masuk penjara..."
Kata Junkyu sambil tersenyum penuh erti, tangannya yang masih memegang pisau di angkat tinggi lalu...
SKREK!
Junkyu menikam Minho tepat pada dadanya dengan tatapan yang kosong.
"KIM JUNKYU!!!"
Suara Jihoonbergemar kuat saat pisau dapur itu menuduk masuk ke dalam bahagian dada Minho.
SKREK SKREK
Cecair pekat memercik pada wajah mereka berdua saat Junkyu menggerakkan tikamannya pada dada Minho tanpa henti walaupun sudah terang terangan lelaki itu sudah tidak bernafas lagi.
"YAK, KIM JUNKYU!!"
BRAK
Jihoon menolak tubuh sahabatnya rapat pada dinding dengan nafas yang tersekat sekat.
"Junkyu, kau sedar tak apa yang kau dah buat ni...?" Bisik Jihoon dengan anak mata yang hampir terkeluar.