Bab 10 | Bantuan

18 0 0
                                    

"Dude, you okay?", Tanya seorang lelaki selepas mendapati rakannya tertiarap atas tanah.

Salah seorang daripada mereka berdua memeriksa lelaki tersebut secara sepintas lalu manakala lagi seorang memeriksa kawasan sekeliling.

Dia yang memeriksa terlihat beberapa jejak kesan tapak kasut lalu mengekori jejak tersebut.

"Mamat ni okay tapi pengsan. Lembik betul"

"Sudah. Tinggalkan je dia tu. Aku jumpa kesan tapak kasut budak-budak tu. Kita kena kejar mereka"

"Okay jom!"

Langkah seribu terus dilakukan mereka. Punat kecil pada jam tangan ditekan lalu sebuah peta hologram muncul. Ianya jelas menunjukkan peta lokasi mereka berada sekarang.

"Kalau ikut kesan tapak kasut tadi, mereka mesti bergerak ke arah utara dan terus menuju kawasan gaung. Kita boleh jumpa dan tangkap mereka disitu"

"Kita akan tangkap mereka disana"

***

"Manalah air terjun ni!", Bentak hati Ezlan.

Dia yang amat kepenatan selepas terpaksa berlari tujuh ke lapan minit di dalam kegelapan hutan pada waktu malam, hanya mengharap yang di depannya adalah sebuah air terjun.

Tiba-tiba, dia berhenti mengejut selepas terlihat sesuatu membuatkan Shahran dan Izzah, yang sejak dari tadi berlari dibelakang, terlanggar badannya dan menyebabkan mereka bertiga jatuh terduduk.

"Aiyo jatuh lagi. Kenapalah malang betul nasib aku harini", Aduh Shahran sambil memeriksa hidungnya, risau kalau terkemik.

"Ei Lan! Kenapa break mengejut ni?", Soal Izzah, Habis senget tudungnya.

Yang lain juga ikut berhenti selepas terdengar mereka bertiga terjatuh untuk membantu. Khairil perasan sesuatu lalu bertindak untuk meninjau kawasan sekitar.

Dia memegang satu dahan pokok untuk melihat kawasan di hadapannya. Didapati, kelihatan sebuah gaung yang berketinggian mungkin tiga hingga empat ratus meter dari paras tempat mereka berada. Pada satu sudut, dia juga dapat melihat sebuah air terjun yang besar dan tinggi serta diterangi cahaya bulan, tidak jauh daripada kedudukan dia berada.

"Mujur Elan berhenti mendadak. Kalau tidak korang berdua boleh terus terjatuh kedalam gaung. Bawah tu air dan kita dah sampai dikawasan air terjun, yang tinggi", Ujar Khairil.

"Seriuslah ada gaung depan kita ni?! Mujur", Izzah bersyukur.

"No wonder we can hear it from a distance, its a high waterfall", Brian menambah.

"Cuma masalah sekarang, macam mana kita nak menyeberang? Depan kita gaung yang dalam dan kalau nak lalu air terjun tu pun, sah-sah air dia deras", Ulas Ainin.

Mereka semua mati kutu sambil melepaskan lelah didada masing-masing.

"Shraaa... Shraaa... Krshhh..."

Kuat kedengaran bunyi semak samun seperti dilalui sesuatu atau lebih tepat, seseorang.

"Korang! Aku dengar bunyi orang!", Cemas Izzah lalu terus bangun bersama Shahran yang juga sudah mulai panik.

Mereka semua berjalan dan merapati masing-masing. Pandangan dijatuhkan kearah bertentangan jurang tadi. Menggigil tubuh menunggu sesuatu muncul dihadapan, terperangkap diantara gaung yang dalam dan dua orang lelaki tidak dikenali. Sekarang memang tidak boleh melarikan diri.

Cahaya lampu suluh mula kelihatan terpancar dibalik dedaunan lalu munculah dua orang lelaki dengan topeng muka diantara hidung dan mulut mereka serta senjata berupa senapang dengan lampu suluh dihadapan senjata tersebut.

Pakar Muda : Gempita Hutan PurbaWhere stories live. Discover now