"Ktik ktik ktik..."
Kedengaran bunyi papan kekunci yang kuat dari dalam sebuah ruangan bilik yang luas tetapi sunyi. Sebuah layar yang dipancarkan secara hologram kelihatan memaparkan beberapa gambar hutan dan sebuah struktur binaan sambil paparan tersebut dibelakangi oleh seorang lelaki yang tekun dengan komputer ribanya. Azhar yang kelihatan fokus pada mulanya mula mengerutkan dahinya sedikit.
"Perjalanan aku dengan budak-budak tu akan jadi sangat merbahaya. Haih...", Satu keluhan berat dilepaskan olehnya sambil dia menghempaskan badannya ke sandaran kerusi beroda tempat dia duduk.
Dia menjatuhkan pandangannya pada sebuah bingkai gambar selepas mengusutkan kepalanya. Gambar tersebut adalah gambar swafoto milik dirinya bersama George dan Sarah yang mengenakan kot berwarna putih seperti kot yang dipakai doktor. Jika diamati, gambar tersebut diambil ketika mereka masih belajar bersama di luar negara. Rasa rindu mula terbit pada sudut kecil hatinya.
"Aku kena selamatkan hutan ni", Bisik hatinya.
Mata dikerling ke arah jam yang menunjukkan waktu sudah pukul 8.13 pagi. Khairil ingin menyambung kembali tidurnya tetapi dia teringat sesuatu lalu terus bingkas bangun secara mendadak diatas katilnya.
"Ni mimpi ke?!", Jerit kecilnya sambil memandang ke segenap ruangan tempat dia berada.
Dia bersama yang lain telah dijemput oleh Azhar untuk tidur di dalam ruangan istirahat yang terdapat dalam makmal tersebut. Ruangan itu menempatkan 10 set katil dua tingkat lengkap dengan pendingin hawa dan soket serbaguna. Tempat istirahat itu juga dipisahkan antara lelaki dan wanita dengan rekaan yang futuristik dan ruang sangat luas untuk keselesaan pengguna.
"Aduh, bukan mimpilah", Bisiknya perlahan mengharap apa yang terjadi atas diri dan kawan-kawanya semalam hanyalah mimpi sahaja. Dia memerhati lagi ruangan dia berada sekarang dengan pandangan kosong, mencuba untuk menghadam situasi dan memorinya.
Khairil menjejakan kakinya turun daripada katil yang terletak pada aras bawah lalu segera ke arah telefonnya yang dicas. Mujur dalam ruangan itu ada menyediakan kemudahan kabel pengecasan.
"Awal bangun Khai?", Shahran menegur sambil mencuit badannya dari belakangnya membuatkan Khairil terkejut kecil.
"Kau ni! Terkejut aku", Tungkas Khairil.
"Huh kau nak terkejut kenapa? I am not a ghost okay", Balas Shahran sambil menjeling.
"Adoi, orang pagi-pagi ambik berkat tapi korang dua bising-bising pulak", Ezlan menyampuk.
Kini Shahran dengan Khairil pula hairan. Ezlan muncul daripada mana?
"Woi sejak bila kau ada situ?", Shahran menyoal.
"Aku dari tandas lah! Wei sumpah tandas lawa gila macam tandas hotel lima bintang! Nak membuang pun terasa premium kau rasa!", Berpinar mata Ezlan bercerita.
"First time ke guna tandas cantik?", Shahran berseloroh.
"Alah Shahran sah-sah rumah kau je tandas semua mewah-mewah. Kaya kan", Khairil membalas.
"Ouh thanks for reminding how rich am I. I Almost forgot that every toilet bowl in my house is made from pure gold and I exclusively importing the water from Niagara Falls to my house just for me to shower using it. Kau hado?", Shahran mula riak.
"Beria gila!", Khairil meluat.
"Serius lah Shahran? I thought you use melted gold time mandi?", Ezlan membalas sambil menjeling.
"Otak kau! Baik kau suruh aku berendam dalam gunung berapi terus!", Geram Shahran.
"Yelah, kalau dah semua nak gold", Ezlan menambah. Tangan ke bahu mata ke atas.
YOU ARE READING
Pakar Muda : Gempita Hutan Purba
Science FictionDulunya pupus, sekarang didepan mata. Sebelumnya fantasi, kini menjadi realiti. Banyak persoalan, tidak pula jawapannya. Keterujaan hendak melancong bertukar menjadi tragedi apabila pesawat dinaiki tujuh sahabat terjebak dalam nahas udara dan terhem...