Bab 11 | Rahsia

30 2 0
                                    

"Tuan! Berita buruk"

Adu seorang wanita menerusi alat telekomunikasi yang dipakai di telinga kanannya. Dia bersama pasukan yang dianggotai oleh enam orang ahli telah tiba di lokasi Luq dan Hanif berada setelah Luq menghantar isyarat kecemasan.

"Ya Bella, teruskan"

"Tuan, Luq dan Hanif pengsan. Hanif ada kesan lebam di muka dan hidungnya patah. Luq pula kepalanya ada luka seperti dibaling sesuatu. Isaac kami tak dapat temui", Lapor Bella.

Ada beberapa anggota daripada mereka meninjau gigi gaung sambil menyuluh kawasan dibawahnya dengan lampu suluh berkuasa tinggi.

Dia, yang turun mencangkung dengan sebelah kaki, memeriksa badan Luq dan menjumpai sesuatu yang pelik di bahagian leher.

"Tuan, saya jumpa peluru daripada senjata taser gun di leher Luq. Tapi peluru ni bukan daripada jenis yang kita semua pakai"

"Itu mesti milik Azhar", Celah seorang wanita di balik talian.

"Hm, nampaknya Azhar dah jumpa budak-budak tu", Sambung lelaki di balik talian.

"Jadi, apa arahan saya sekarang tuan?", Soal Bella dalam satu nafas.

"Bawa mereka berdua pulang. Saya akan arahkan anggota khas untuk menjejak Azhar dengan budak-budak tu. Kita dah tidak boleh lalai"

Talian terus diputuskan serta-merta dan tiada lagi sesi komunikasi kedengaran. Bella bangkit dan dia mula mengarahkan anggotanya yang lain untuk mengusung Luq dan Hanif ke dalam Jip dan terus beredar.

Sementara itu, di lokasi lelaki dan wanita yang berkomunikasi dengan Bella itu berada, lelaki itu melepaskan keluhan berat lalu membawa pandangannya ke arah wanita tersebut.

"Sarah, pergi ke kawan mat salleh kamu tu dan dapatkan kata laluan untuk komputer ribanya. Dapatkan sekali data untuk maklumat hutan ini dalam masa sepuluh minit"

"Kalau dia taknak bagitahu?", Wanita itu menyoal.

"Tunjukkan gambar mereka..."

Sarah tersenyum lalu beredar meninggalkan lelaki itu yang kemudiannya menekan sebuah punat daripada alat telekomunikasinya di telinga.

"Semua unit bersedia untuk bergerak"

***

"Pakcik, apa nama pakcik?", Izzah memecahkan suasana.

Sudah beberapa belas minit mereka berjalan mengikutinya seperti tiada hala tuju. Izzah pula tidak sabar untuk mengetahui sekurang-kurangnya nama lelaki itu.

"Azhar", Balas lelaki itu sambil meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang.

"Hah?", Terkedu Izzah.

Yang lain juga turut terkejut. Tidak disangka mereka bahawa lelaki dihadapan mereka selama ini adalah lelaki yang disebut-sebut oleh lelaki yang memburu mereka tadi. Izzah ingin bertanya lagi tetapi dihalang oleh Ezlan dan yang lain.

"Kita tanya dia nanti", Bisik Ezlan ke telinga Izzah.

"Kamu semua okay?", Soal Azhar sambil menoleh sedikit kebelakang.

"Hmmm", Itu sahaja yang mampu dibalas mereka semua. Mahu atau tidak, mereka terpaksa mengerakkan langkah dan menyimpan dulu sejuta persoalan dalam minda.

Didalam kepenatan berjalan, Raimi terlihat sesuatu yang aneh berterbangan menuju ke arahnya. Dia berfikir itu mungkin kelip-kelip tetapi makin benda itu mendekati, dia makin pelik dan yakin itu bukan kelip-kelip.

"Korang... apa benda yang bercahaya dan berterbangan tu?"

"Dekat mana?", Ainin bertanya.

Raimi menundingkan ke arah sebuah pokok lalu mereka juga menoleh ke arah yang ditunding.

Pakar Muda : Gempita Hutan PurbaWhere stories live. Discover now